A92

Mungkin ramai di antara anda yang ingin tahu adakah masih releven untuk kita membeli telefon pintar Oppo A92 setelah dilancarkan pada Mei 2020, iaitu kira-kira setahun yang lalu. Jadi, mari kita lihat isi-isi penting untuk kita nilaikan bersama.

Oppo Malaysia secara rasmi telah melancarkan model kelas pertengahan mereka iaitu A92 pada Mei tahun lalu, setelah memperkenalkan A52 dan A72 sebulan sebelum itu.

Spesifikasi pada model A92 telah mendedahkan bahawa peranti itu yang menggunakan IPS LCD 6.5 inci FHD, Chipset Snapdragon 665, dan bateri berkuasa 5,000 mAh adalah klon kepada model A72.

Sebelum itu mari kita lihat kepada reka bentuk dan rekaannya di bawah, di mana mungkin akan memudahkan kita membuat keputusan di akhir artikel ini nanti.

Reka Bentuk dan Binaan

Rekaan yang baik, Oppo A92 mempunyai glasstic melengkung 3D di belakang dengan reka bentuk bulatan sepusat. Bahagian sisi yang melengkung kelihatan sangat menarik dan menjadikan telefon ini mudah digenggam. Manakala pillihan warna yang ada adalah Twilight Black, Aurora Purple dan Shining White.

Walaupun secara amnya hitam adalah warna kegemaran saya, tetapi pilihan varian Shining White mungkin kelihatan lebih menarik. Untuk memilih antara dua varian warna adalah seperti memilih antara pemandangan waktu siang dan malam, jadi anda tentukan sendiri yang mana lebih menyenangkan mata anda.

Walaupun saya memuji reka bentuknya, mempunyai bahagian belakang yang berkilat bererti ia seperti magnet kepada cap jari anda, dan jika anda menggunakan Twilight Black, cap jari anda akan kelihatan sangat ketara. Mungkin ia tidak akan kelihatan sebaik Shining White.

Terdapat juga quad kamera di belakangnya, disertakan dengan LED flash dan jenama logo Oppo. Di sebelah kanan pula terdapat power button, yang juga berfungsi sebagai sensor cap jari.

Pengimbas cap jari juga agak pantas, mampu membuka paparan kunci dalam sesaat.

Sementara itu, di sebelah kiri pula terdapat volume rocker dan card tray untuk dua kad SIM bersaiz nano dan kad microSD yang menyokong sehingga 256GB. Tombolnya diperbuat daripada plastik tetapi kukuh, mudah diklik, dan mempunyai kedudukan yang baik, jadi ianya lebih mudah dijangkau.

Di bahagian bawah, A92 mempunyai bicu audio 3.5mm, mikrofon utama, port USB Type-C, dan loudspeaker.

Secara keseluruhan rekaannya, Oppo A92 kelihatan mempunyai sedikit daya ketahanan yang kuat, padat dan menarik, pada masa yang sama mempunyai reka bentuk yang moden dan terkini, dan ianya masih releven pada masa ini.

Sememangnya pelbagai jenis model dan spesifikasi smartphone dipasaran, namun sebagai bakal pembeli kita hendaklah melakukan survey. Hal ini adalah bagi mengelakkan kita membeli spesifikasi yang tidak wajar.

Terutamanya dalam keadaan semasa yang runcing dangan masalah pandemik yang turut mempengaruhi kewangan kita hendaklah memilih dan membeli dengan bijak. Semuanya untuk mengelakkan pembaziran.

Tidak semua keperluan kita harus dimiliki mengikut kemahuan kita jadi pilihlah jalan yang bijak untuk memiliki keperluan anda. Semoga bermanfaat!

Sumber:

https://liveatpc.com/oppo-a92-review-great-features-all-around-but-not-without-issues/

https://www.yugatech.com/gadget-reviews/oppo-a92-review/#sthash.h2S7T2yA.dpbs

https://www.gsmarena.com/oppo_a92_launched_in_malaysia_is_just_a_rebranded_a72-news-43003.php

Summary
Oppo A92 Hanya Jelmaan Semula A72
Article Name
Oppo A92 Hanya Jelmaan Semula A72
Description
Mungkin ramai di antara anda yang ingin tahu adakah masih releven untuk kita membeli telefon pintar Oppo A92 setelah dilancarkan pada Mei 2020, iaitu kira-kira setahun yang lalu. Jadi, mari kita lihat isi-isi penting untuk kita nilaikan bersama.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: