Oppo A31

Awal tahun 2020, Oppo A31 telah diluncurkan dengan mempunyai pelbagai jenis warna iaitu Mystery Black, Lake Green dan Fanstasy White. Seperti syarikat pengeluaran telefon pintar yang lain contohnya Samsung dan Xiomi, Oppo juga antara syarikat gergasi yang sering meluncurkan telefon pintar baharu.

Oppo A31 antara telefon pintar yag digemari oleh masyarakat global. Hal ini kerana terdapat beberapa ciri menarik yang telah ditambah baik dan dilengkapi oleh Oppo A31.

Peranti ini dikawal selia oleh Mediatek MT6765V/CB Helio P35 Octa-core processor, PowerVR GE 8320GPU yang membekalkan prestasi yang pantas dan laju tanpa sebarang masalah seperti tersangkut atau lambat.

Malah, paparannya mempunyai 270 PPI density dan membekalkan resolusi sebanyak 720 x 1600 pixel. Terdapat tri-kamera di bahagian belakang telefon pintar iaitu 12MP yang menggunakan kanta ‘wide-angle’, 2 MP yang menggunakan kanta ‘macro’ dan 2 MP yang menggunakan kanta ‘depth’.

Tri-kamera di bahagian belakang telefon pintar memudahkan anda untuk mengambil gambar. 12MP kamera utama memastikan gambar anda kekal fokus dan jelas. Manakala, kanta macro bertujuan untuk ‘zoom’ walaupun kecil. Seterusnya, ‘depth’ kamera membantu menghasilkan gambar yang lebih menarik.

Antara ciri menarik yang boleh dilakukan oleh kamera Oppo A31 adalah kesan Potrait Bokeh yang akan memfokuskan kepada objek utama yang ingin diambil dan mengaburkan latar belakang. Kanta macro membantu mengambil objek yang kecil contohnya bunga Morning Dew yang sedang mengembang.

Mod warna Dazzle juga membantu untuk mencantikkan gambar yang diambil dengan cara mencerahkan warna objek di dalam gambar. Gambar swafoto yang diambil juga akan lebih kelihatan ‘natural’ dan cantik.

Hal ini kerana, kamera hadapan terdapat satu kamera sahaja yang terdiri daripada 8MP yang menggunaka kanta ‘wide-angle’. Turut dipasang dengan bateri Non-removable Li-Po 4230 mAh. Janka masa untuk bateri berahan adalah selama 35 jam sekiranya memainkan audio secara berterusan dan 8 jam sekiranya memainkan video secara berterusan.

Telefon pintar ini turut dilengkapi dengan 4GB RAM dan memori simpanan dalaman adalah 128 GB. Namun, RAM boleh ditukar ke 6GB dan memori simpanan dalaman boleh dibesarkan sehingga 256GB. Oppo A31 juga mempunyai versi terbaharu sistem operasi dan Android 9.0.

Telefon bimbit sememangnya sangat penting dalam kehidupan kita yang kian meningkat tahap penggunaan teknologi ini. Dalam keadaan sekarang pelbagai spesifikasi yang diperlukan. Kalau dulu telefon hanya untuk menghubungi.

kemudian setelah kehadapan telefon berkembang dengan trend menghantar pesanan ringkas. Selepas itu berkembang dengan telefon yang bersifat MP3 sehinggalah kini menjadi telefon pintar. Tanpa kita sedar secara tidak langsung hasil ciptaan dan perubahan itu menjadi keperluan apabila kita semakin ke hadapan.

Begitulah dengan pasaran sekarang terdapat banyak telefon pintar yang mempunyai pelbagai spesifikasi dan keistimewaannya masing-masing. Dalam keadaan pandemik dan ekonomi yang kian mencabar ini, sememangnya tidak mudah untuk sesetengah dari kita berbelanja demi mendapatkan keperluan seperti telefon pintar ini. Walaubagaimanapun keperluan yang kita perlukan itu jangan pula bertukar kepada kemahuan semata-mata.

Berbelanjalah ikut kemampuan dan keperluan semasa jangan lah kerana keperluan kemahuan mengatasi segalanya. Semoga pengenalan berkaitan ini memberi manfaat ke pada anda.

SUMBER:

https://www.oppo.com/en/smartphone-a31/specs

https://www.oppo.com/en/smartphone-a31

https://www.gizmochina.com/product/oppo-a31/

Summary
Oppo A31: Telefon Pintar Perlu Dimiliki
Article Name
Oppo A31: Telefon Pintar Perlu Dimiliki
Description
Awal tahun 2020, Oppo A31 telah diluncurkan dengan mempunyai pelbagai jenis warna iaitu Mystery Black, Lake Green dan Fanstasy White. Seperti syarikat pengeluaran telefon pintar yang lain contohnya Samsung dan Xiomi, Oppo juga antara syarikat gergasi yang sering meluncurkan telefon pintar baharu.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: