Olay Hydration Cream

Olay telah maju dalam bidang kecantikan dan sains selama lebih dari 65 tahun. Jenama ini terus berinovasi untuk menegakkan ramuan, formula, dan produk dengan standard yang tinggi. Sebelum sebarang ramuan masuk ke dalam produk penjagaan kulit yang dikeluarkan, Olay akan mengumpulkan maklumat keselamatan dan ketoksikan yang berkaitan pada ramuan tersebut. Ini  Ini bermaksud Olay akan meminta para saintis menyelami kajian semasa dan melakukan ujian yang ketat di makmal P&G mereka yang canggih.

Kelebihan menggunakan produk:

Krim pelembab siang ini mampu mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan pada kulit wajah supaya kulit kelihatan awet muda. Di samping menjadikan kulit lebih muda, ia juga melindungi kulit daripada sinaran UVA/UVB kerana mengandungi bahan pelindung SPF15. jadi, kulit anda tidak akan kekeringan ataupun terbakar akibat sinaran matahari yang terik.

Teknologi Energizing Kulit yang unik ini mampu memperbaiki kerosakan kulit dan memberi tenaga kepada lapisan kulit agar kulit lebih mudah menerima bahan anti-penuaan seperti Amino Peptides, Hyaluronic Acid dan Vitamin B3. Ia mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan pada wajah supaya kulit lebih anjal, licin dan awet muda.

Olay Regenerist Revitalizing Hydration Cream SPF 15 juga memberikan penghidratan yang optimum pada siang hari dan melindungi kulit anda daripada sinaran UVA / UVB yang berbahaya dengan adanya SPF 15. Formulasi ini tidak berminyak dan mudah menyerap ke dalam kulit untuk memastikan keselesaan sepanjang hari.

Ia secara beransur-ansur akan mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan pada kulit supaya kulit kelihatan lebih muda dengan kompleks Amino-peptida yang membantu memperbaharui permukaan kulit untuk tekstur yang lebih halus.

Kebaikan produk:

– Memperbaharui penampilan kulit awet muda

– Mengurangkan penampilan garis halus dan kedutan dengan pelembapan

– Membuang sel kulit mati dan menghaluskan kulit

Cara penggunaan:

  1. Urut sedikit dengan gerakan membulat ke atas,
  2. Fokuskan pada kawasan seperti garis kening dan rahang
  3. Gunakan pada waktu pagi selepas mencuci muka dengan pembersih muka.

Apakah kandungan pelembab yang terbaik?

Produk pelembab seperti losyen, krim, serum, dan salap adalah kaedah terbaik yang boleh diamalkan setiap hari untuk menambahkan kelembapan dan merawat kulit kering. Jika anda sedang mencari pelembab yang sesuai untuk kulit anda, pastikan bahan-bahan ini dinyatakan pada produk tersebut.

  • Asid hyaluronik
  • Gliserin
  • Ceramides
  • Spf
  • ” Noncomedogenic ” Yang tertera di label

Noncomedogenic bermaksud ia tidak akan menyumbat liang pori kulit anda. Selain itu, pelembap dengan kandungan SPF juga baik untuk kulit kerana memberi perlindungan daripada matahari.

Bahan-bahan lain yang perlu dipertimbangkan dalam pelembap:

Occlusives

Bahan berminyak yang menghalang penyejatan air, seperti petrolatum, alkohol cetyl, anolin, lesitin, minyak mineral, parafin, dan asid stearat.

Humectants

Bahan yang menarik air dari udara ke lapisan luar kulit, seperti gliserin, madu, dan panthenol.

Vitamin

Membantu mengurangkan garis halus dan kedutan dan merangsang pengeluaran kolagen seperti vitamin C dan vitamin E

Summary
Olay Regenerist Revitalising Hydration Cream SPF15
Article Name
Olay Regenerist Revitalising Hydration Cream SPF15
Description
Olay telah maju dalam bidang kecantikan dan sains selama lebih dari 65 tahun. Jenama ini terus berinovasi untuk menegakkan ramuan, formula, dan produk dengan standard yang tinggi.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: