octodrine
Octodrine pada mulanya digunakan sebagai ubat untuk hidung tersumbat. Namun pada hari ini, octodrine disertakan sebagai bahan dalam produk

Octodrine pada mulanya digunakan sebagai ubat untuk hidung tersumbat. Namun pada hari ini, octodrine disertakan sebagai bahan dalam produk yang digunakan sebagai makanan tambahan untuk meningkatkan prestasi bersenam, “membakar lemak,” atau meningkatkan penurunan berat badan.

Beberapa produk mendakwa bahawa ia secara semulajadi berasal daripada tumbuhan aconite, tetapi tidak ada bukti yang jelas bahawa octodrine boleh dapat dijumpai daripada tumbuhan ini.

Kemungkinan octodrine yang terdapat dalam makanan tambahan dibuat di makmal dan bukannya dihasilkan daripada sumber semula jadi.

Octodrine nampaknya serupa dengan perangsang lain yang disebut dimethylamylamine (DMAA). DMAA telah dikeluarkan dari pasaran di negara-negara tertentu kerana masalah keselamatan.

Bagaimanakah ia berfungsi?

Octodrine dianggap mempunyai kesan perangsang yang serupa dengan dekongestan seperti pseudoephedrine, efedrin, dan lain-lain.

Sebilangan penjual produk mengatakan bahawa ia adalah alternatif yang lebih selamat daripada efedrin dan dimethylamylamine.

Walau bagaimanapun, tidak ada maklumat saintifik untuk menyokong kenyataan ini.

Langkah berjaga-jaga dan Amaran Penggunaan

Kehamilan dan menyusu badan: Tidak ada maklumat yang cukup yang boleh dipercayai mengenai keselamatan mengambil octodrine jika anda hamil atau menyusui. Elakkan penggunaannya agar tidak berlaku sebarang kesan sampingan yang tidak diingini.

Tekanan darah tinggi: Octodrine mungkin mempunyai kesan perangsang dan meningkatkan tekanan darah. Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, elakkan pengambilan.

Glaukoma: Ia mungkin mempunyai kesan perangsang dan menyebabkan saluran darah menjadi sempit. Ini boleh memburukkan lagi beberapa jenis glaukoma. Sekiranya anda menghidap glaukoma, elakkan pengambilan.

Denyutan jantung tidak teratur (aritmia jantung): Kebarangkalian ia mempunyai kesan perangsang dan menyebabkan degupan jantung cepat. Ini boleh memburukkan lagi sakit jantung. Sekiranya anda mempunyai degupan jantung yang tidak teratur, elakkan daripada mengambilnya.

Pembedahan: Selain itu, Octodrine mungkin mempunyai kesan perangsang yang mungkin mengganggu pembedahan dengan meningkatkan denyutan jantung dan tekanan darah. Berhenti mengambil nya sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pembedahan dijadualkan.

Kesan Sampingan

Octodrine MUNGKIN TIDAK SELAMAT apabila diminum.

Malah ia juga mungkin mempunyai kesan yang serupa dengan dimethylamylamine (DMAA) yang merupakan perangsang yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius, termasuklah serangan jantung dan kematian.

Interaksi

Kami tidak mempunyai maklumat untuk interaksi ubat ini.

Kontraindikasi

Octodrine MUNGKIN TIDAK SELAMAT apabila diminum. Ia barangkali mempunyai kesan yang serupa dengan dimethylamylamine (DMAA) yang merupakan perangsang yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius, termasuklah serangan jantung dan kematian.

Dos

Dos octodrine yang sesuai bergantung pada beberapa faktor seperti usia, kesihatan, dan beberapa keadaan pengguna.

Pada masa ini tidak ada maklumat saintifik yang cukup untuk menentukan julat dos yang sesuai. Perlu diingatkan bahawa produk semula jadi tidak semestinya selamat dan dos yang tepat adalah penting.

Pastikan anda mengikuti arahan yang relevan pada label produk dan berjumpa dengan ahli farmasi atau doktor atau pegawai perubatan sebelum menggunakannya.

Sumber:

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-1538/octodrine

https://www.rxlist.com/octodrine/supplements.htm

Summary
Octodrine (Hidung Tersumbat/Bakar Lemak) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Article Name
Octodrine (Hidung Tersumbat/Bakar Lemak) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Description
Octodrine pada mulanya digunakan sebagai ubat untuk hidung tersumbat. Namun pada hari ini, octodrine disertakan sebagai bahan dalam produk
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: