nusakuya resort

Pernahkan anda dengar tentang Nusakuya Resort di Sabah? Jika tidak, mari baca artikel ini untuk ketahui tentang resort menarik ini!

Sabah terkenal dengan keindahan pulau dan pantai. Cakap sahaja tentang Sabah, apa yang difikirkan oleh kebanyakan orang adalah perairannya yang jernih dan biru.

Ramai juga yang datang ke sini semata-mata untuk melihat terumbu karang dan kehidupan laut.

Bagi anda yang bercadang ingin bercuti di Sabah sambil menikmati pemandangan laut yang indah, Nusakuya Resort di Semporna Sabah adalah jawapannya.

Nusakuya Resort merupakan tempat penginapan terapung yang indah dan terletak berhampiran pulau Bum Bum iaitu kira-kira 15-20 minit perjalanan dengan bot dari bandar kecil Semporna. Boleh dikatakan inilah dia Maldives di Malaysia!

Di resort ini, pelbagai kemudahan di sediakan untuk para pengunjungnya. Antaranya ialah pakej penginapan yang termasuk makanan sarapan, makan siang dan makan malam, serta pengangkutan bot ke dan dari jeti Semporna dan peralatan snorkeling. Bukan itu sahaja, ada juga penghantaran dari Lapangan Terbang Tawau ke jeti.

Seterusnya, anda yang inginkan penghantaran khas terus ke bilik pun boleh. Tapi dengan bayaran tambahan lah ye.

Disebabkan resort ini terapung, mungkin ada sesetengah pelancong yang risau akan aspek keselamatan. Jadi, untuk mengatasi hal ini, setiap malam akan ada pegawai penguatkuasa polis yang melakukan rondaan di kawasan resort ini.

Tambah lagi, bermula dari 6:00 petang hingga 6:00 pagi pada keesokan harinya, mana-mana pengunjung tidak dibenarkan keluar dari kawasan resort. Ini untuk keselamatan anda juga ya!

Di samping itu, disebabkan perairan di resort ini cetek, tiada kapal besar yang akan berlayar di sini.

Satu lagi, tiada ombak besar di kawasan resort dan lautnya pun cetek di sepanjang 50 km. Jadi, anda boleh tidur lena dengan selamat.

Semasa melakukan aktiviti menyelam pula, anda masih akan selamat kerana tiada batu besar dan landak laut di sini.

Aktiviti menyelam boleh dilakukan pada waktu matahari terbit, seawal jam 6:00 pagi. Anda pasti akan kagum dengan keindahan perairan di sini kerana airnya begitu jernih.

Ini adalah disebabkan tiada perkampungan berdekatan resort ini, jadi air pun jauh dari pencemaran dan sentiasa bersih.

Setiap bilik di Nusakuya dilengkapi dengan balkoni dan tangga yang turun terus ke laut. Seronok bukan? Anda juga boleh memilih sama ada mahukan bilik double untuk 2 orang atau bilik triple untuk 3 orang.

Harga bilik pun berpatutan. Untuk bilik double, harganya adalah dari RM800 semalam dan dari RM1,100 untuk bilik triple bagi penginapan 2 hari 1 malam.

Harga ini termasuk makanan, pengangkutan bot, dan peralatan snorkeling. Kalau nak lagi murah, cuba tempah lebih awal ya!

Manakala mereka yang ingin tinggal lebih lama, berikut adalah harga pengipan:

  • 3H2M adalah RM1500 untuk bilik double dan RM2000 untuk bilik triple
  • 4H3M adalah RM2100 untuk bilik double dan RM2800 untuk bilik triple 

Akhir sekali,

Nusakuya Resort adalah tempat yang sempurna untuk anda yang inginkan percutian di perairan Sabah. Untuk menempah resort ini, anda bolehlah berhubung melalui email [email protected]. Selamat bercuti di Nusakuya Resort!

Sumber:

http://www.borneo-hotels.com/sabah/beach-island.htm

https://gosemporna.blogspot.com/2020/10/nusakuya-resort-sabah-malaysia-borneo-1.html

https://www.havehalalwilltravel.com/nusakuya-resort-semporna-sabah

Summary
Nusakuya Resort – Resort Terapung di Semporna, Sabah
Article Name
Nusakuya Resort – Resort Terapung di Semporna, Sabah
Description
Pernahkan anda dengar tentang Nusakuya Resort di Sabah? Jika tidak, mari baca artikel ini untuk ketahui tentang resort menarik ini!
Author
Publisher Name
CERIA SIHAT
Tagged: