Nusajaya adalah rumah kepada pusat pentadbiran kerajaan Johor. Tetapi nama Nusajaya ini telah ditukar kepada Iskandar Puteri sejak Januari 2016.
Menurut Datuk Ismail Karim, Setiausaha Kerajaan Negeri, pertukaran ini diperkenan oleh Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Bagi mereka yang ingin bercuti ke Johor, anda wajib berkunjung ke Nusajaya. Terdapat banyak tempat menarik di bandar ini.
Jadi, dalam artikel ini, kami kongsikan untuk anda 8 daripada daya tarikan menarik yang ada di Nusajaya.
1. Stand-up Paddle Boarding di Pelabuhan Puteri

Bagi mereka yang ingin melakukan aktiviti sukan air di hujung minggu, anda boleh datang ke Pelabuhan Puteri. Stand-up Paddle Boarding adalah salah satu aktiviti sukan air yang anda boleh lakukan di sini.
Dalam aktiviti yang berkembang daripada aktiviti surfing ini, anda akan berdiri di atas papan dan anda perlu menggunakan pendayung untuk mengawal kestabilan.
Aktiviti Stand-up Paddle Boarding ini menggabungkan warisan meluncur dan beberapa disiplin, menjadikannya suatu aktiviti sukan yang menarik minat ramai orang tanpa mengira kekuatan.
Seterunsya, aktiviti Stand-up Paddle Boarding ini telah berkembang daripada aktiviti meluncur yang kemudiannya dijadikan pertandingan, memancing, yoga dan membuat lawatan.
2. Penginapan Mewah di Hotel Pelabuhan Fraser Place Puteri

Hotel Pelabuhan Fraser Place Puteri terletak betul-betul di sebelah Pelabuhan Puteri dan Marina Walk. Dengan tawaran penginapan dan sarapan dari serendah RM199, anda boleh memilih bilik daripada pilihan studio, suite satu bilik tidur, suite dua kamar tidur dan suite tiga bilik tidur, bergantung kepada keperluan anda sama ada bercuti sendiri atau sekeluarga.
Tempat penginapan ini memiliki gaya oasis dan reka bentuk dalaman yang moden dan mewah. Kemudahan yang disediakan termasuklah mesin basuh dan pengering, tab mandi, ketuhar gelombang mikro, peti sejuk dua pintu, dapur kecil dan alat pembuat kopi.
Keselesaan yang ditawarkan di hotel dengan 297 unit penginapan kontemporari ini telah berjaya menarik pelancong perniagaan, pasangan mahupun keluarga.
3. Ekopelancongan Kampung Sungai Melayu

Kampung Sungai Melayu yang merupakan kampung terpelihara ini terletak berhampiran Kota Iskandar. Meskipun terletak di bandar yang berkembang pesat, ia masih dikelilingi oleh pohon bakau dan muara dan ia menawarkan lebih dari sekadar suasana yang tenang dan kehijauan yang indah.
Bagi mereka yang sukakan alam semula jadi, anda boleh datang ke kampung ini dan menikmati lawatan dengan bot, memerhatikan burung dan menangkap kepiting. Ekosistemnya yang unik dan gaya hidup desa pasti akan memberikan anda pengalaman yang unik berhampiran bandar.
Selain itu, anda juga boleh bermain permainan tradisional, ikuti nelayan untuk mencuba memancing atau menikmati pakej gaya hidup tradisional Melayu. Aktiviti ini sesuai untuk anda yang inginkan pengalaman kehidupan desa yang sebenar.
Makanan yang ada di sini juga tidak kurang hebatnya. Di kampung ini anda boleh menikmati makanan laut dan produk tempatan yang lain.
Untuk berseronok di sini, murah sahaja. Pakej yang ada bermula dari harga serendah RM25 untuk setiap orang dan anda suda boleh menikmati pakej seperti Pakej Lawatan Bot, Pakej Pembelajaran, Jejak Kampung Melayu, Pakej Memancing atau Pakej Menonton Burung.
4. VRinity

Virtual Realm Sdn Bhd adalah syarikat di bawah syarikat Korea Selatan KT Corporation dan Iskandar Innovations Sdn Bhd, ahli kumpulan Iskandar Investment Berhad (IIB). Syarikat ini membangun arked video iaitu VRnity.
Di VRnity, terdapat 8 permainan dengan ratusan mod. Permainan tersebut termasuklah Black Badge di mana ia boleh disertai oleh dua ke empat pemain untuk menyelesaikan teka-teki dan menyusun strategi sumber.
Bagi mereka yang sukakan permainan di medan perang, mereka boleh mecuba Special Force VR: Ace, dimana mereka akan berlawan menggunakan gear dan senjata dalam adegan Realiti Maya.
Selain itu, para pengunjung juga boleh menunggang roller coaster atau meluncur di Tembok Besar di dunia Realiti Maya di Teater Dinamik.
5. Iskandar Malaysia Studios

Iskandar Malaysia Studios pada asalnya dinamakan sebagai Pinewood Iskandar Malaysia Studios. Namun, pada tahun 2019, apabila Pinewood Group dan Iskandar Malaysia Studios mengakhiri perkongsian 10 tahun mereka, namanya studio ini ditukar kepada Iskandar Malaysia Studios.
Iskandar Malaysia Studios yang ditubuhkan pada 2016 ini memiliki piawaian global, pentas filem canggih, studio TV, tangki penggambaran air, dan kemudahan sokongan pengeluaran yang luas. Ini kerana ketika ia ditubuhkan , Iskandar Malaysia Studios telah ditetapkan sebagai destinasi utama untuk produksi hiburan yang difilemkan di Asia Tenggara.
Program hiburan seperti Asia’s Got Talent, Skyfire, Marco Polo, Lost in The Pacific telah diadakan di sini.
6. Pusat Kejiranan Anjung

Anjung Nusajaya terletak di kawasan kejiranan yang berada dalam jarak lima minit berjalan kaki dari Ledang Timur dan Educity. Ia merupakan pusat membeli-belah yang dibuka kepada pelanggan sejak tahun 2010.
Anjung Nusajaya menempatkan Mydin Hypermarket seluas 50,000 kaki persegi, medan selera, dan tempat letak kereta untuk para pengunjungnya. Terdapat 41 lot kedai runcit di sini.
Penduduk beredekatan Ledang Timur dan penduduk Kota Iskandar selalunya membeli-belah di sini. Anjung yang dibina di atas tapak seluas 9.5 hektar ini juga menempatkan Balai Polis Iskandar Puteri.
7. The Lifestyle Retail, Mall Of Medini

Anda boleh membeli-belah di Mall Of Medini. Dari makanan, hiburan dan fesyen, semuanya ada! Mall ini juga menempatkan LEGOLAND Malaysia.
Dengan keluasan 2 juta kaki persegi dan dipenuhi pelbagai perniagaan runcit, makanan ringan, hiburan, dan gaya hidup untuk seisi keluarga, pusat membeli-belah ini mensasarkan pelancong dari seluruh dunia.
8. LEGOLAND

LEGOLAND pertama di asia dibina di Negara kita. Bangga kan! Ia terletak di Medini Iskandar Malaysia dan dibuka sejak 15 September 2012.
LEGOLAND menjadi pemacu industri pelancongan di Kota Iskandar dengan taman-taman tema menarik yang mampu menerima sehingga lebih daripada 1 juta pelawat domestik dan antarabangsa setahun.
Taman tema yang berkeluasan 76 ekar ini menawarkan lebih daripada 40 pertunjukan, perjalanan, dan pengalaman “hands-on” kepada pengunjungnya. Seiring dengan kepesatan pembangunan di sini, pusat membeli-belah, hotel bertema, hotel perniagaan serta kawasan pejabat dan rumah turut berkembang di Kota Iskandar.
Akhir sekali,
Menarik bukan tempat-tempat yang ada di Nusajaya @ Kota Iskandar ini? Jadi, tunggu apa lagi? Selamat bercuti di Nusajaya!
Sumber:
https://iskandarputerijohor.com/stand-up-paddle-boarding-at-puteri-harbour/
https://iskandarputerijohor.com/experience-luxurious-stay-at-fraser-place-puteri-harbour/
https://iskandarputerijohor.com/kampung-sungai-melayu-ecotourism/
https://iskandarputerijohor.com/iskandar-malaysia-studios/
https://iskandarputerijohor.com/anjung-neighbourhood-centre/
https://iskandarputerijohor.com/the-lifestyle-retail-mall-of-medini/