Nourishing Body Lotion

Nourishing body lotion selalunya digunakan sebagai pelembap untuk merawat atau mencegah kulit kering, kasar, bersisik, gatal dan kerengsaan kulit seperti luka bakar kulit akibat terapi radiasi. Kebayakan losen pelembap mengandungi emolien adalah bahan yang melembutkan dan melembapkan kulit dan mengurangkan gatal dan mengelupas.

Seperti produk penjagaan kulit yang lain, jika anda mempunyai masalah kulit seperti berminyak atau kering, anda perlu memilih losyen yang sesuai untuk kulit anda. Tidak kira sama ada produk itu berjenama atau tidak, jika formulasinya tidak sesuai dengan anda, kesannya pasti tidak akan dapat dilihat. Sebelum anda membeli losyen untuk kulit kering, pastikan produk mempunyai kriteria berikut.

  • Diuji secara dermatologi
  • Losyen yang membantu mengunci kelembapan pada kulit
  • Diformulasikan oleh bahan yang melembapkan kulit
  • Mampu menghidrat kulit
  • Utamakan losyen yang mempunyai SPF untuk melindungi kulit dari sinaran UV

Nourishing Body Lotion dari Himalaya memenuhi kesemua kriteria diatas! Jadi losen dari Himalaya ini sepatutnya menjadi pilihan utama anda dalam penjagaan kulit badan.

Anda sedang mencari losyen untuk badan? Mahukan losyen badan yang tidak berminyak serta menjadikan kulit terasa lembut, sihat dan bermaya? Jawapannya hanya satu iaitu Nourishing Body Lotion dari Himalaya. Nak tahu lebih lanjut mengenai Nourishing Body Lotion? Jom baca artikel ini.

Himalaya Nourishing Body Lotion menggabungkan 100% bahan aktif herba untuk mengembalikan kandungan air badan anda kerana keadaan cuaca yang berbeza menjadikan kulit kehilangan kelembapannya. Paling menariknya losen ini tidak berminyak dan sesuai untuk semua jenis kulit. Diadun dengan semua bahan semula jadi seperti Aloe Vera dan Winter Cherry, yang terkenal dengan sifat penghidratannya yang kuat, Nourishing Body Lotion sangat meresap ke dalam kulit untuk melembapkannya sepenuhnya dalam jangka masa yang lama.

Kelebihan Nourishing Body Lotion

  • Ideal untuk penggunaan sehari-hari
  • Tidak berminyak
  • Menghidrasi kulit secara intensif
  • Memberikan kelembaban jangka panjang
  • Menyembuhkan kulit kering dan iritasi
  • Kemasan anti bocor
  • Cepat diserap kulit
  • Harga berpatutan
  • Mudah dibawa
  • Aroma yang menyenangkan
  • Bebas paraben
  • Bebas silikon
  • Tidak mengandung pewarna
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

5 Sebab Perlunya Nourishing Body Lotion

Melembapkan Kulit

Perubahan cuaca yang tidak menentu, terutama bagi orang Malaysia yang tinggal di iklim tropika, menjadikan kulit memerlukan lebih banyak kelembapan agar kulit tidak kering. Kulit kering akan terdedah kepada kegatalan, menyebabkan kulit menjadi merah. Dengan menggunakan Nourishing Body Lotion setiap hari, tepat setelah mandi, dapat membantu mengunci kelembapan kulit agar tetap lembut dan terhidrasi. Oleh itu, kulit kering dan retak dapat dielakkan.

Menghaluskan Kulit Yang Kasar

Kelebihan Nourishing Body Lotion dapat membantu menghaluskan kulit kasar. Walaupun jenis kulit anda tergolong normal, atau cenderung berminyak, sebenarnya masih terdapat beberapa kawasan kulit kasar di badan, seperti bahagian siku atau lutut. Sekiranya digunakan secara berkala, penggunaan body lotion dapat menjadikan kawasan kulit kasar lebih halus.

Mencegah Pembentukan Jerawat

Kadang kala, kelenjar minyak menghasilkan sebum atau minyak semula jadi yang berlebihan. Keadaan ini terdedah kepada pori-pori yang tersumbat, menyebabkan jerawat. Sekiranya kulit anda terhidrasi dengan baik, kelenjar minyak anda akan menghasilkan sebum yang mencukupi untuk mengelakkan pembentukan jerawat.
Cubalah gunakan Nourishing Body Lotionyang kaya dengan vitamin C di dalamnya. Vitamin C adalah antioksidan yang berpotensi dapat membantu mengurangkan jerawat.

Bahan Rahsia Yang Digunakan Dalam Nourishing Body Lotion

Aloe Vera

Aloe Vera terkenal dengan khasiat penyembuhannya, kaya dengan polisakarida dan nutrien yang menunjukkan tindakan antibakteria dan antikulat. Pelindung UV semula jadi, sifat pelembab, pelembutan dan pelembap yang kuat menyuburkan kulit. Aloe Vera atau lebih dikenali sebagai pokok lidah buaya adalah antara tumbuhan semula jadi yang paling banyak khasiat kepada manusia sama ada untuk kegunaan luaran mahupun dalaman. Antara komponen aktif yang terkandung dalam tumbuhan ini adalah air, pelbagai vitamin (A, C, E, B1, B2, B3, B6 dan B12) dan mineral (kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium dan zat besi), enzim serta asid amino.

Winter Cherry

Ia adalah agen anti-tekanan yang berkesan. Dalam penjagaan kulit, tumbuhan ini digunakan untuk tindakan antioksidannya, yang membantu pertumbuhan semula sel kulit dan melembutkan kulit. Selain itu, Winter Cherry digunakan untuk merawat arthritis dan gout serta meningkatkan aliran air kencing (sebagai diuretik) dalam keadaan masalah buah pinggang dan pundi kencing.

Cara Nourishing Body Lotion Berfungsi

Nourishing Body Lotion adalah produk penjagaan yang melembapkan kulit dengan beberapa cara. Pertama, kandungan minyak di dalamnya akan menarik air ke permukaan kulit. Apabila digunakan secara topikal, minyak dalam losyen berinteraksi dengan protein khas yang menjadikan kulit terasa halus.

Kedua, losen ini mengandungi bahan yang disebut zat oklusif. Bahan ini berfungsi dengan membentuk penghalang untuk mencegah kehilangan air dari kulit. Semakin kerap anda menggunakannya, bahan oklusi di dalam losyen akan terus menjaga kelembapan kulit anda.

Bahan yang termasuk dalam bahan oklusi termasuk petrolatum, minyak mineral, dan dimethicone. Bahan-bahan ini juga sering digunakan dalam pelbagai produk pelembap kulit, baik untuk kulit wajah dan seluruh badan.

Ketiga, losen Himalaya ini dilengkapi dengan humectants dan emolien. Humectants adalah bahan yang menarik air ke kulit, seperti minyak. Sementara itu, emolien berfungsi memperbaiki permukaan kulit yang bersisik, kasar, kering, dan terdedah kepada kerengsaan.

Waktu-Waktu Yang Perlu Memakai Nourishing Body Lotion

1. Sebelum Bersukan

Pemakaian body lotion sebelum berolahraga di luar rumah akan menjaga kulit tetap lembap. Namun, sebaiknya gunakan lotion berbahan ringan yang tidak menyumbat pori-pori. Pilihlah lotion yang mengandung SPF agar dilindungi oleh sinaran matahari berbahaya.

2. Setelah Bercukur

Bercukur dapat mengikis sedikit lapisan kulit Anda. Area yang dicukur nantinya akan lebih mudah mengering dan mengalami iritasi. Pemakaian lotion bermanfaat untuk menambah kelembapan kulit sehingga lapisan pelindungnya menjadi lebih kuat.

3. Sebelum Tidur

Kulit tubuh akan kehilangan air yang cukup banyak selama Anda tertidur. Dengan memakai body lotion atau body butter bertekstur kental sebelum tidur, anda dapat melindungi kulit dari risiko kekeringan.

Gunakan Nourishing Body Lotion mulai hari ini sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan tubuh badan anda! Bahan-bahan hebat yang digunakan mampu memperbaik keadaan kulit anda. Dapatkan Nourishing Body Lotion Himalaya segera, klik pada butang (KLIK UNTUK BELI) hari ini sebelum kehabisan stok!

Summary
Nourishing Body Lotion Himalaya Kaya Dengan Khasiat Semulajadi
Article Name
Nourishing Body Lotion Himalaya Kaya Dengan Khasiat Semulajadi
Description
Nourishing body lotion selalunya digunakan sebagai pelembap untuk merawat atau mencegah kulit kering, kasar, bersisik, gatal dan kerengsaan kulit seperti luka bakar kulit akibat terapi radiasi. Kebayakan losen pelembap mengandungi emolien adalah bahan yang melembutkan dan melembapkan kulit dan mengurangkan gatal dan mengelupas.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: