Now Reading
Staycation Mewah 2021

Staycation Mewah 2021

nouri glass villa

Tidak perlu pergi tempat yang jauh untuk staycation kerana di Malaysia masih banyak untuk anda diterokai. Jika tidak tahu mana-mana anda boleh pergi untuk staycation, sini ada beberapa tempat paling best menawarkan percutian glamour dan mewah.

Nouri Glass Villa

Alamat: Lot 3488, Jalan Sungai Congkak, Kampung Padang, 43100 Hulu Langat, Selangor, Malaysia

Dengar nama pun dah tahu yang Villa yang terletak kat Hulu Langat ni adalah rumah konsep gelas kaca yang sangat gojes. Villa 7 bilik yang boleh memuatkan 20 orang ni berada atas tanah persendirian, memang privasi terjaga. Seluruh banglo untuk anda saja.

Nouri Villa ni mempunyai sungai di kedua belah kawasan, dan juga bersambung dengan dusun buah berekar-ekar besarnya. Dikelilingi kehijauan dan keindahan alam semulajadi, sangat sesuai nak buat family gathering, percutian keluarga, reunion atau majlis kecil kat Nouri Glass Villa. Biliknya ada 3 king bed, 3 queen bed & 1 bunk bed. Ruang tamu yang cukup luas, dapur yang lengkap, ruang makan, ruang rehat & taman. Kawasan BBQ tersedia. Semuanya diterangi natural light disebabkan villa dilitupi kaca. Mesti cantik kan?

Macam-macam aktiviti boleh dibuat termasuk mandi sungai ataupun swimming pool yang cukup luas. Aktiviti memancing, sukan air, hiking & board games pun boleh dilakukan kat sini. Kesimpulannya, memang takkan bosan lah. Dekat je dengan KL ni. Kalau nak duduk sini, cepat hubungi Tuan empunya Nouri Glass Villa untuk booking.

Sekiranya rumah ini telah dibooking, jangan risau masih ada hotel dan homestay di sekitar Selangor yang juga menawarkan pemandangan yang indah dan menjanjikan memori percutian yang menarik.

Dash Box Hotel, Cyberjaya

Alamat: Persiaran Apec, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Harga bermula sekitar RM156/malam.

Dash Box Hotel yang terletak di Cyberjaya ini menawarkan tempat penginapan yang cukup unik dan menarik buat para pengunjung. Rata-rata ia menjadi pilihan kerana lokasinya yang strategik dan tidak jauh dari bandar, namun tetap aman dan tenang. Dengan konsepnya yang segar, urban dan ala hipster, anda pasti terpukau dan dapat memenuhi akaun Instagram dengan pelbagai gambar menarik.

Terdapat 2 jenis bilik yang disediakan untuk pilihan pengunjung, iaitu jenis Studio atau Kabin. Kedua-duanya tetap selesa dengan rekabentuk dalaman yang cukup unik dan moden. Yang paling menarik, tentulah kolam renang yang pasti membuat anak-anak tak sabar untuk mandi-manda. Ada kolam untuk dewasa juga.

Bamboo Village Kuala Lumpur

Alamat: Jalan Serai 4, 43100 Hulu Langat, Selangor

Harga bermula sekitar RM 48 (dorm) dan RM120 (cottage).

Bagi anda yang inginkan lari daripada keserabutan kota raya dan kembali ke persekitaran alam semulajadi, cubalah menginap di Bamboo Village yang terletak di kawasan Hulu Langat.

Dengan berkonsepkan buluh, Bamboo Village menawarkan atmosfera yang menyegarkan dalam lingkungan kawasan hutan yang indah. Terdapat pelbagai jenis tempat penginapan yang boleh dipilih seperti dorm, cottage, dan banglo. dengan harga yang berpatutan.

Kalau nak lebih adventure, boleh juga memasang khemah di dalam kawasan Bamboo Village dan menggunakan kemudahan di Bamboo Village. Caj yang dikenakan adalah RM 15/khemah. Di sini, anda juga boleh mempelajari banyak benda dengan menjadi sukarelawan dalam melakukan kerja-kerja petukangan di Bamboo Village.

The Kabin, Kuala Selangor

Alamat: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram, Selangor

Harga bermula sekitar RM160 saja, bergantung kepada jenis bilik dan peak season.

The Kabin adalah satu lagi resort berkonsepkan kontena yang terletak di Kuala Selangor. Dengan reka bentuk yang moden dan minimalis, dekorasinya yang simple tetap menawan hati.

Anak-anak kecil pasti seronok sebab ada kolam renang yang besar dan selesa di sini. Dikelilingi suasana yang menenangkan, memang tak rugi bawa satu keluarga menginap bersama.

Rumah Kebun

Alamat: Kg Sg Semungkis (Batu 14), 43100 Hulu Langat, Selangor.

Harga bermula sekitar RM1500 untuk rumah yang boleh memuatkan 12 orang pengunjung.

Teringin nak rasa menginap di tree house? Jom pergi ke Rumah Kebun. Anda pasti terpukau dengan keindahan dan ketenangannya. Nak barbeque boleh, berenang di kolam renang, atau sungai dan air terjun yang berdekatan.

Semua fasiliti cukup lengkap, ruang terbuka dan bukaan yang luas, serta kelibat ayam kampung dan kambing-kambing, anda pasti berasa begitu dekat dengan alam sekitar!

Tubestay, Bukit Jugra

Alamat: Jalan Bukit Jugra, Jugra Lama, 42700 Banting, Selangor, Malaysia

Bermula dengan idea seorang jurutera, tiub konkrit binaan ini dipulihara menjadi sebuah bilik penginapan. Memang tak pernah terfikir, kan? Tentunya akan memberi pengalaman baru buat anda! Ia berkonsepkan glamping iaitu seakan-akan sebuah perkhemahan yang mewah.

Kemudahan-kemudahan asas seperti tandas awam, dapur ringkas, kafe, ruang BBQ, mesin basuh, dan sistem air bertapis disediakan untuk keselesaan. Selain itu, terdapat kaunter untuk tempahan sukan ekstrim atau extreme sport seperti paragliding, basikal trike, hiking, berbasikal, jogging, memancing. dan permainan tradisional.

Kawasan sekitar TubeStay juga luas dan sesuai untuk majlis reunion, family gathering, dan sebagainya. Tapi, dengar kata buat masa ini, Tubestay sedang dalam proses berpindah ke lokasi baru. Sama-sama kita nantikan ya.

Padi Box, Sekinchan

Alamat: Lot 11126, Jalan Tali Air 4, Tanjong Karang, Selangor

See Also
Jeram

Padi Box adalah penginapan dan kafe berkonsepkan kontena yang ceria dan berwarna-warni di tengah-tengah bendang sawah padi, suasana yang begitu sesuai untuk menaikkan mood anda.

Di sini anda boleh menikmati kecantikan alam semulajadi yang sungguh mengagumkan, terutamanya pada waktu pagi dan ketika matahari terbenam. Dengan harga penginapan bermula RM118, ianya menawarkan sebuah pengalaman yang indah dan luarbiasa, jauh dari kesibukan kotaraya.

Kepyok Resort, Beranang

Alamat: Kg. Kuala Pajam, Beranang, Selangor

Harga penginapan bermula sekitar RM400/malam, bergantung kepada tarikh dan kekosongan.

Senibina di resort ini yang berasaskan batu-bata, jubin Terracotta, dan kayu jati. Kesemua bahan binaan semulajadi ini menyerlahkan lagi unsur tropikal di resort tersebut.

Sri Damai Resort, Hulu Selangor

Alamat: 640, Kampung Pasir Putih, Kalumpang, 44100 Kerling, Selangor.

Dengan harga bermula RM150, ianya sangat berpatutan buat seluruh keluarga.

Selain disajikan dengan keindahan alam semulajadi, resort di sini juga mempunyai ladang rusa, ladang kambing, air terjun mini, dan kolam air tawar yang berdekatan. Nak memancing pun boleh. Air sungainya jernih, bersih, dan sejuk.

Penginapan yang disediakan seperti chalet, homestay dan dorm dengan kemudahan dalaman yang lengkap dan baik, kunjungan anda pasti meninggalkan memori yang tidak dapat dilupakan.

Jadi anda sudah ada idea untuk penginapan terbaik di Selangor? Pelbagai pilihan harga ditawarkan jadi anda perlulah menjadi pengguna yang bijak dengan membandingkan atau merancang percutian semasa promosi dilakukan. Jom melawat tempat-tempat menarik di Selangor pada cuti sekolah akan datang.

Sumber:

1) https://www.jelajahmaya.com/nouri-glass-villa-destinasi-staycation-mewah-ada-private-swimming-pool/#.YQgVsY4zbIU

2) https://siraplimau.com/tempat-penginapan-homestay-menarik-selangor/

3) https://www.booking.com/villas/region/my/selangor.ms.html

error: Content is protected !!