Norma Baharu Pasaraya
Norma baharu pasaraya sewaktu PKP memainkan peranan penting dalam mencegah COVID-19.

Norma baharu pasaraya sewaktu PKP memainkan peranan penting dalam mencegah COVID-19. Kebanyakan pasaraya telah melakukan pendekatan untuk mengehadkan penyebaran COVID-19 di premis-premis mereka. Walau bagaimanapun, dalam kes Perintah Kawalan Pergerakan yang diringankan, jumlah pelanggan semakin meningkat dan pihak pasaraya perlu lebih berjaga-jaga.

Dalam artikel ini, anda boleh mendapatkan Panduan bagi Pasaraya untuk Mencegah COVID-19 di sini: https://bit.ly/2VpxdJg

Bagi pekerja, panduan tersebut merangkumi latihan dan latihan semula, keperluan pakaian perlindungan individu (PPE), rutin pembersihan bagi premis dan troli pasaraya, pembayaran tanpa sentuhan, waktu makan pekerja dan risiko bersosial.

Selain itu, norma baharu pasaraya sewaktu PKP turut menawarkan idea tentang bagaimana untuk menentukan jumlah maksimum pelanggan yang dibenarkan masuk ke dalam premis dan bagaimana untuk mempercepatkan sesi membeli-belah.

Pembeli juga bertanggungjawab terhadap pekerja pasaraya dan pelanggan lain. Bagi pembeli, panduan tersebut turut merangkumi penjarakan fizikal yang selamat, membasuh tangan dan disinfieksi, penggunaan topeng, pengimbasan suhu dan sesi beli-belah keutamaan. Malah, ia turut menyediakan nasihat tentang meminimumkan tingkahlaku yang berisiko.

Sebagai contoh, pembeli yang memakai sarung tangan mungkin mendatangkan risiko kepada orang lain dan diri sendiri kerana pemakaian sarung tangan boleh memberikan rasa keselamatan palsu yang seterusnya menjurus kepada risiko menyentuh barang-barang.

Perubahan atau alternatif dalam kaedah membeli-belah sangat disyorkan sepanjang norma baharu pasaraya ini. Ini termasuk meluaskan pilihan beli-belah atas talian dengan serivis penghantaran rumaj, mewujudkan servis beli-belah “pick-up” atau membungkus barang-barang umum di dalam pek meminimumkan sentuhan sewaktu membayar.

Ianya adalah penting bagi pasaraya seluruh negara sewaktu PKP mengikuti panduan yang seragam dan belajar antara satu sama lain dan negara-negara lain.

Sumber:

https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2020/04/11/sops-for-our-supermarkets

https://www.nst.com.my/news/nation/2020/05/593904/covid-19-sop-issued-all-retailers-operating-during-hari-raya

Summary
Norma Baharu Bagi Pasaraya Sewaktu PKP (COVID-19)
Article Name
Norma Baharu Bagi Pasaraya Sewaktu PKP (COVID-19)
Description
Norma baharu pasaraya sewaktu PKP memainkan peranan penting dalam mencegah COVID-19.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: