Nixoderm

Sebagai manusia, kita sememangnya akan mempunyai pelbagai masalah di atas kulit kita. Ini termasuk, jerawat, jeragat, bintik hitam, ruam, kegatalan, cacing gelang dan pelbagai lagi masalah kulit yang akan menyebabkan kita tidak rasa selesa untuk menjalankan kehidupan harian kita. Oleh itu produk NIXODERM adalah salah satu produk di pasaran yang mampu membantu untuk mengurangkan simptom dan juga menyembuh mana-mana masalah kulit yang tidak serius dengan penggunaan yang kerap.

Nixoderm Ointment

NIXODERM Ointment

  • Nixoderm Ointment berbeza dari jenama lain kerana ia tidak menyebabkan kulit anda terasa berminyak atau melekit. Ia akan melekat pada kulit dan membolehkan bahan aktif terus tahan lama di atas kulit untuk jangka masa yang lama.
  • Cream ini mengandungi tiga bahan aktif yang khusus untuk mengatasi jerawat, bintik hitam, gatal-gatal, ruam dan kurap pada kulit dan kulit kepala.
  • 6% asid benzoat – mengandungi sifat anti-kulat, 2.5% salicylic acid – sebagai ejen keratolitik yang merawat dan mencegah jerawat dan sulfur presipitasi sebanyak 4.6% – ia adalah agen anti-septik, anti-kulat dan parasit.
Nixoderm Sulfur and SA soap

Sulfur & Salicylic Acid Soap

  • Sabun Nixoderm akan membuang kulit mati, mengelakkan liang pori dari tersumbat, membunuh kuman, memerangi jerawat dan mengurangkan bau badan.
  • Ia juga dapat membantu melembabkan kulit, melegakan masalah jerawat dan masalah kulit lain.
  • Sabun ini adalah juga bebas daripada paraben, alkohol, SLS dan berasaskan sayuran. cream

ream

nixoderm anti bacterial soap

NIXODERM Anti Bacterial Soap

  • Sabun Sulfur Nixoderm diformulasikan khas dengan 10% sulfur untuk melindungi kulit anda dari jangkitan bakteria.
  • Sulfur mempunyai sifat antibakteria yang menjadikan bahan ini amat berkesan untuk merawat keadaan kulit seperti jerawat dan lebam rambut dengan membunuh kuman didalamnya.
  • Ia membantu mencegah pori-pori yang tersumbat, melegakan jerawat di muka dan badan, serta melindungi badan daripada bau busuk.
  • Mengandungi emolien untuk melembutkan kulit. Dengan penggunaan yang kerap, kulit akan nampak lebih sihat dan licin. ointment
nixoderm soap free cleanser

NIXODERM Soap Free Cleansing Bar

  • Sabun Nixoderm ini bebas sabun dan mengandungi p.H5.5.
  • Diperkaya dengan minyak argan, minyak zaitun, Vitamin E & B5, sel induk buah epal dan kolagen.
  • Sabun ini akan membersihkan secara lembut ke dalam liang roma tanpa mengeringkan kulit.
  • Produk ini juga menenangkan, melembapkan dan memberi nutrisi ke atas permukaan kulit.
  • Ia juga mengekalkan kulit pada kelembapan yang optimum sambil melindungi kulit dari kuman. cream
Nixoderm Face & Body Cleanser

NIXODERM Face & Body Cleanser

  • Nixoderm Face & Body Cleanser adalah pembersih yang ringan, tidak menjengkelkan dan mempunyai pH yang seimbang yang direka untuk kulit kering dan sensitif.
  • Ia telah diuji secara dermatologi, diperkaya dengan 3 ceramida penting (Ceramide NP, Ceramide AP, Ceramide EOP), vitamin E, minyak zaitun, bebas sabun, tidak komedogenik, bebas dari wangian, minyak mineral, paraben, dan sulfat.
  • Sabun ini boleh membersihkan, menghidrat dan melindungi kulit dengan lembut.
  • Kandungan ceramides melindungi kulit daripada perengsa luaran dan memastikan kulit sentiasa terhidrat dan elastik.
  • Vitamin E dan minyak zaitun di dalam sabun ini berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas. ointment
tiger balm

Tiger Balm

  • Tiger Balm Ointment klasik ini adalah salap yang kebiasaan digunakan oleh kita dari kecil sampai ke tua.
  • Ia sering digunakan untuk rawatan sakit kepala ia juga digunakan untuk menenangkan pelbagai penyakit seperti hidung tersumbat, kembung perut dan kegatalan akibat gigitan serangga.
  • Produk ini dapat menghilangkan rasa sakit dan kegatalan dengan cepat seperti Nixoderm Ointment tadi. Diperbuat dari ramuan herba.
antabax soap

Antabax Antibacterial Soap

  • Antabax Antibacterial Soap Fresh diformulasikan khas dengan Derma Protect System yang mengandungi Serum Kelembapan Mikro, dimana ia akan menjadikan kulit lebih lembut, licin, dan sihat.
  • Sabun ini boleh menghapuskan 99.9% kuman dan bakteria yang berbahaya, ia dapat memberikan perlindungan antibakteria selama 24 jam.
  • Kalau anda tidak jumpa produk Nixoderm, sabun ini adalah alternatif yang bagus.
sebamed soap bar

Sebamed Cleansing Bar

  • Sabun ini ialah 100% bebas dari sabun dan alkali dan membersih secara mendalam dan lembut pada kulit anda.
  • Ia mengandungi pelembap dan asid amino semula jadi untuk kebaikan kulit.
  • Produk ini mempunyai ejen penjagaan kulit termasuk inulin gula semula jadi yang bersesuaian dengan kulit untuk mengekalkan dan membantu menstabilkan keseimbangan kelembapan kulit.
  • Diformulasikan dengan Panthenol dimana ia akan membantu menjana semula kulit anda.
  • Sabun ini mempunyai komposisi khas dengan Vitamin E yang akan melicinkan kulit apabila digunakan dengan kerap.
JF Sulfur Soap

JF Sulfur 10% Skin Solutions Anti Acne Soap

Sabun ini mengandungi 10% sulfur.
Bahan yang diformulasi menggunakan teknologi paling moden untuk mendapatkan ramuan saintifik dan minyak wangi eksklusif.
Ia juga boleh mencegah dan menyembuhkan kebanyakan penyakit kulit yang disebabkan oleh kulat seperti dermatomycosis, cacing gelang,kaki atlet dan lain-lain.
Ia juga dapat mencegah jangkitan kecil yang disebabkan oleh bakteria atau kudis yang disebabkan oleh tungau pada kulit.
Setanding dengan sabun sulfur Nixoderm. ointment

sebamed face and body wash

Sebamed Face & Body Wash

  • Sabun ini mempunyai kompleks penjagaan kulit berdasarkan Minyak Zaitun yang digabungkan dengan Panthenol dan pati tumbuhan untuk mengatasi kerengsaan, kehilangan lipid dan kelembapan semasa pengunaan.
  • Produk ini adalah bebas sabun dan membersih dengan lembut.
  • Ia boleh membantu melindungi kulit yang sensitif dan kering dari kekeringan dan kerengsaan, menjadikannya licin dan lembut.
Tagged: