niat solat jumaat

Apa itu solat jumaat? Apakah niat solat jumaat? Bagaimanakan cara mengerjakan solat Jumaat? Apakah syarat wajib dan syarat sahnya?

Solat Jumaat ialah solat fardhu dua rakaat yang wajib ditunaikan pada hari Jumaat bagi lelaki muslim yang sudah baligh.

Ia ditunaikan bagi menggantikan solat fardhu Zuhur pada setiap hari Jumaat. Namun, solat Jumaat juga tidak wajib bagi perempuan dan sesiapa yang sedang bermusafir.

Solat ini wajib ditunaikan secara berjemaah di masjid dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal secara tetap di kawasan itu.

Ia didahului dengan dua khutbah dan diikuti dengan solat dua rakaat.

Syarat Wajib Solat Jumaat

Antara syarat yang mewajibkan seseorang Muslim itu untuk menunaikan solat Jumaat ialah:

  • Islam
  • Baligh
  • Merdeka
  • Berakal
  • Lelaki

Syarat Sah Solat Jumaat

Syarat sah solat fardu Jumaat:

  • Ditunaikan pada waktu Zuhur pada hari Jumaat.
  • Ditunaikan di satu tempat atau bangunan di dalam kawasan kediaman tetap, pekan atau kampung walaupun tidak di dalam masjid.
  • Ditunaikan secara berjemaah sekurang-kurangnya 40 orang ahli jemaah termasuk imam.
  • Makmum adalah penduduk yang bermastautin di kawasan itu.
  • Didahului dengan dua khutbah

Lafaz Niat Solat Jumaat

Usolli fardol jum’ati rak’ataini makmuman lillahi taala

“Sahaja aku solat fardu Jumaat dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala”

Cara Mengerjakan Solat Jumaat

Rakaat Pertama

  1. Berdiri tegak menghadap kiblat.
  2. Tunggu imam mengangkat takbiratul ihram.
  3. Sesudah imam mengangkat takbiratul ihram, makmum hendaklah mengangkat takbiratul ihram dengan niat solat Jumaat.
  4. Membaca doa iftitah.
  5. Membaca Al-Fatihah.
  6. Selesai membaca doa iftitah, makmum harus diam dan mendengar bacaan Al-Fatihah dari imam dulu dan aminkan.
  7. Selepas imam selesai membaca Al-Fatihah, maka para makmum pula membaca surah Al-Fatihah secara perlahan sahaja.
  8. Setelah selesai membaca Al-Fatihah, dengar sahaja bacaan surah pilihan dari imam.
  9. Setelah imam selesai membaca surah pilihan, maka ikutlah segala gerak dan perbuatan imam bermula dari rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan sujud kedua.
  10. Makmum jangan mendahului imam dari segi perbuatan.

Rakaat Kedua

  1. Ulangi langkah dari membaca surah Al-Fatihah hingga sujud.
  2. Kemudian, bangun dari sujud kedua dan duduk tahiyat akhir.
  3. Selepas imam memberi salam, makmum juga perlu turut memberi salam.
  4. Sehabis salam, amat baik jika kita mengikut imam bertasbih, tahmid, takbir dan berdoa.

Perkara Sunat Pada Hari Jumaat

  • Mandi sebelum pergi ke masjid
  • Memakai pakaian yang bersih
  • Memakai bau-bauan
  • Bersegera ke masjid
  • Perbanyakkan zikir, istigfar, doa dan terutama sekali selawat
  • Khusyuk ketika mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib

Oleh itu, di atas merupakan beberapa perkara yang perlu anda tahu tentang Solat Jumaat. Semoga apa yang disampaikan bermanfaat untuk semua.

Sumber

https://akuislam.com/blog/ibadah/niat-solat-jumaat/

https://theaqra.com/2020/07/16/cara-solat-fardhu-jumaat/

https://www.namazzamani.net/how-to-perform-salah/how-to-perform-salat-al-jumah.htm

Tagged: