Neutropenia
Individu menghidap neutropenia mempunyai bilangan sel yang luar biasa yang disebut neutrophil. Neutrophils adalah sel dalam sistem imun anda yang menyerang bakteria dan organisma lain apabila mereka menyerang badan anda.

Individu yang menghidap penyakit Neutropenia mempunyai bilangan sel dipanggil sebagai ‘neutrofil’ yang terlalu rendah. Neutrofil adalah sel dalam sistem imun anda yang menyerang bakteria dan organisma lain apabila badan anda diserang.

Selain itu, ia juga merupakan sejenis sel darah putih. Sumsum tulang anda yang mencipta sel-sel ini. Sel neutrofil ini kemudiannya bergerak dalam aliran darah dan seterusnya ke kawasan jangkitan. Seterusnya, sel-sel ini akan membebaskan bahan kimia untuk membunuh mikroorganisma yang menyerang badan anda.

 

Jenis Neutropenia

Terdapat pelbagai jenis Neutropenia termasuklah:

 

– Neutropenia kitaran

Ini adalah sindrom kongenital yang jarang berlaku dan menyebabkan variasi dalam bilangan neutrofil. Ia dikatakan berlaku pada 1 daripada 1,000,000 orang.

 

– Sindrom Kostmann

Ini merupakan gangguan genetik yang mana neutrofil dihasilkan pada tahap yang lebih rendah. Individu dengan sindrom Kostmann ini mudah terdedah kepada jangkitan sejak kecil.

 

– Neutropenia idiopatik kronik

Ini adalah versi Neutropenia yang biasa dan boleh menjejaskan golongan wanita.

 

– ‘Myelokathexis’

Ini adalah keadaan yang mana neutrofil gagal bergerak dari sumsum tulang ke aliran darah.

 

– Neutropenia autoimun

Ini berlaku apabila sistem imun individu menyerang dan memusnahkan sel neutrofil.

 

– Sindrom Shwachman-Diamond

Ini adalah masalah genetik yang jarang berlaku dan menyebabkan pelbagai masalah termasuk masalah kerdil, masalah pankreas dan jumlah neutrofil yang rendah.

 

– Neutropenia neonatal isoimun

Ini adalah keadaan yang mana antibodi ibu melalui plasenta menyerang neutrofil pada janin. Keadaan ini selalu pulih dengan sendirinya dalam tempoh 2 bulan. Ia boleh terjadi tanpa sebarang simptom atau boleh menyebabkan ‘sepsis’.

 

Punca Neutropenia

Neutrofil dihasilkan di sumsum tulang pada pusat tulang yang lebih besar. Sebarang gangguan dalam proses ini boleh menyebabkan berlakunya penyakit ini.

Kebiasaannya, penyakit tersebut berlaku disebabkan rawatan kemoterapi untuk menangani sakit kanser. Malah, kira-kira separuh daripada pesakit kanser yang menjalani kemoterapi akan mengalami Neutropenia.

Faktor lain yang berpotensi menyebabkan masalah kesihatan tersebut termasuklah:

  • Leukemia.
  • Penggunaan ubat tertentu, termasuklah antibiotik dan ubat untuk tekanan darah tinggi, gangguan psikiatri dan epilepsi.
  • Sindrom Barth iaitu gangguan genetik yang menjejaskan banyak sistem.
  • Sindrom Mielodisplastik, ia merupakan gangguan yang berlaku apabila sel-sel darah tidak berfungsi kerana adanya masalah dengan pengeluaran sumsum tulang.
  • Mielofibrosis, masalah sumsum tulang yang jarang berlaku dan juga dikenali sebagai osteomielofibrosis.
  • Kebergantungan pada minuman keras.
  • Kekurangan vitamin, terutamanya vitamin b12, folat dan kekurangan tembaga (copper).
  • Sepsis, sejenis jangkitan aliran darah yang menggunakan neutrofil lebih cepat daripada kadar sel ini dihasilkan.
  • Sindrom Pearson.
  • Jangkitan tertentu, termasuk hepatitis A, B dan C, HIV /AIDS, malaria, tuberkulosis, demam denggi dan penyakit Lyme.
  • Hipersplenisme, atau limpa yang menjadi besar.

 

Sesetengah keadaan autoimun juga boleh menyebabkan bilangan neutrofil berkurangan seperti:

Bayi pramatang lebih cenderung dilahirkan dengan keadaan Neutropenia berbanding bayi yang dilahirkan berhampiran tarikh matang mereka. Keadaan ini menjejaskan 6 hingga 8 peratus bayi yang baru dilahirkan di unit rawatan intensif neonatal. Sebagai peraturan umum, semakin kecil bayi itu, semakin besarlah kemungkinan mereka untuk mendapat penyakit berkenaan.

 

Simptom Neutropenia

Penyakit Neutropenia biasanya tidak menghasilkan sebarang simptom. Dalam sesetengah kes, individu hanya mengetahui bahawa mereka mempunyai Neutropenia apabila menjalankan ujian darah untuk alasan yang tidak berkaitan. Namun begitu, individu mungkin mempunyai gejala lain daripada jangkitan atau masalah lain yang menjadi punca kepada penyakit tersebut yang dihidapi mereka.

 

Rawatan Neutropenia

Neutropenia adalah keadaan apabila anda mempunyai terlalu sedikit sel yang melawan bakteria dan organisma lain dalam tubuh anda. Rawatan untuk menangani keadaan itu termasuklah:

  • Pengambilan antibiotik jika masalah itu berpunca daripada jangkitan bakteria.
  • Faktor perangsang koloni ‘Granulocyte’. Ini merangsang sumsum tulang untuk menghasilkan lebih banyak sel-sel darah putih yang boleh melawan jangkitan pada badan.
  • Perubahan pengambilan ubat-ubatan, jika ia boleh dilakukan berdasarkan kes Neutropenia yang berlaku kerana penggunaan sesetengah ubat.
  • Pemindahan sel stem mungkin berguna untuk merawat beberapa jenis Neutropenia yang serius, termasuklah jenis berpunca daripada masalah sumsum tulang.
  • Ubat epilepsi.

SUMBER

https://www.webmd.com/a-to-z-guides/neutropenia-causes-symptoms-treatment

https://www.mayoclinic.org/symptoms/neutropenia/basics/definition/sym-20050854

https://www.healthline.com/health/neutropenia

https://www.medicalnewstoday.com/articles/265373

Summary
Neutropenia (Neutropenia) - Jenis, Punca, Simptom dan Rawatan
Article Name
Neutropenia (Neutropenia) - Jenis, Punca, Simptom dan Rawatan
Description
Individu menghidap neutropenia mempunyai bilangan sel yang luar biasa yang disebut neutrophil. Neutrophils adalah sel dalam sistem imun anda yang menyerang bakteria dan organisma lain apabila mereka menyerang badan anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: