Neutrogena Hydro Boost Water Gel dengan Hyaluronic Acid

Neutrogena Hydro Boost

Neutrogena Hydro Boost Water Gel dapat menghilangkan kulit kering dengan cepat dan menjadikannya kelihatan licin, lembut dan terhidrat hari demi hari.  Formula gel air daripada Neutrogena yang sangat terlaris sehingga berjaya memenangi anugerah ini dapat  menyerap dengan cepat dan serta-merta memberikan penghidratan yang mendalam kepada kulit.

Keistimewaan pelembab ini adalah ia mengandungi Hyaluronic Acid yang membantu menghidrat dan mengunci kelembapan kulit secara semula jadi. Produk ini sangat sesuai bagi mereka yang berkulit kering untuk menjadikan kulit lebih lembut dan licin. Selain itu, ia adalah sejenis pelembab yang bebas kandungan minyak, jadi anda boleh menggunakannya sebelum mengaplikasikan solekan seperti primer.

Anda tidak perlu risau ketika menggunakan pelembab ini kerana ia bersifat tidak komedogenik iaitu tidak menyumbat liang pori. Jika anda seorang yang berkulit sensitif, anda juga boleh menggunakannya kerana ia tidak mengandungi bahan alkohol yang boleh merengsakan kulit.

Kandungan  Utama Dalam Neutrogena Hydro Boost Water Gel dengan Hyaluronic Acid

Air

Air adalah bahan yang paling biasa dalam mana-mana produk penjagaan kulit. Kebiasaannya bahan ini dilihat pada senarai pertama ramuan yang bermaksud ia adalah bahan terbesar yang membentuk produk tersebut.

Dimethicone

Bagi penjagaan kulit, bahan ini menjadikan kulit halus seperti sutera, membuat kulit kelihatan berkilau, dan membentuk penghalang sebagai pelindung kulit. Ia juga berfungsi dengan baik untuk memudarkan garis-garis halus pada wajah buat sementara waktu namun ia bagus untuk kulit. Terdapat juga gel rawatan lain yang menggunakan dimethicone sebagai bahan asas untuk produk yang memudarkan parut dan meningkatkan keanjalan kulit.

Gliserin

Gliserin adalah pelembap semula jadi yang terdapat di kulit kita. Ia merupakan molekul yang sangat biasa tetapi selamat, berkesan dan murah yang digunakan selama lebih dari 50 tahun. Selain itu, ia bukan hanya sejenis pelembap sederhana tetapi ia juga bertindak untuk menjaga lipid kulit di antara sel kulit dalam keadaan sihat, melindungi daripada kerengsaan, dan membantu memulihkan lapisan kulit. Pelembap dengan kandungan gliserin yang tinggi sangat bagus untuk merawat kulit yang sangat kering

Kebaikan Menggunakan Moisturizer Neutrogena Hydro Boost Water Gel

  1. Mencegah kulit kering

Tahukah anda bahawa faktor persekitaran seperti cuaca sejuk atau panas dan penyaman udara dapat menghilangkan kelembapan keluar dari kulit? Di sinilah penggunaan moisturizer setiap hari dapat melindungi kulit anda daripada kekeringan. Ia bukan sahaja menggantikan kelembapan kulit yang telah hilang malah membantu mencegah kulit kering pada masa akan datang.

  1. Mengurangkan masalah kulit

Penggunaan pelembab yang sesuai untuk kulit dapat membantu keseimbangan kulit. Sekiranya kulit terlalu kering atau terlalu berminyak, masalah kulit seperti jerawat kemungkinan akan muncul. Menurut pakar dermatologi, jika kulit anda jenis yang berminyak, penggunaan losyen lebih sesuai untuk anda berbanding penggunaan krim.  Sekiranya kulit anda jenis yang kering, penggunaan Neutrogena Hydro Boost Water Gel lebih sesuai untuk anda kerana  mempunyai kandungan minyak yang lebih tinggi.

See Also
dove deodorant roll-on

  1. Mengurangkan cela

Penggunaan Neutrogena Hydro Boost Water Gel pada kulit akan menjadikan kulit nampak lebih berkilau dan sihat sehingga cela pada wajah tidak kelihatan. Sebilangan pelembap mempunyai warna yang boleh disesuaikan dengan warna kulit apa pun.

  1. Membantu kulit kekal muda

Kulit yang terhidrat adalah kulit yang sentiasa kelihatan muda. Penggunaan Neutrogena Hydro Boost Water Gel dapat mencegah garis-garis halus dan kedutan pada masa akan datang. Kehilangan sel kulit setiap hari menjadikan bahagian kulit yang senstitif seperti muka, telinga, leher, dan dada menjadi kering dan berisiko tinggi mendapatkan barah kulit. Oleh itu, pelembap dapat membantu memberi kulit sensitif anda dorongan yang diperlukan untuk memperbaiki diri dan kekal sihat.

  1. Melindungi kulit dari matahari

Penggunaan produk yang mengandungi bahan SPF sangat penting terutama pada persekitaran cuaca yang panas setiap hari. Oleh itu, pakar dermatologi mengesyorkan menggunakan SPF setiap hari pada  pelembap 2-dalam-1 yang mengandungi perlindungan matahari.

Cara menggunakan pelembap Neutrogena Hydro Boost Water Gel

Sapukan pelembab secara merata ke seluruh muka dan leher selepas mencuci muka pada waktu pagi dan malam sebelum tidur.

error: Content is protected !!