Neurobion

Neurobion

RM41.40

Neurobion adalah gabungan vitamin B1, B6 dan B12 yang diuji secara klinikal untuk membantu sel-sel saraf anda dengan meningkatkan fungsi saraf dan melegakan sakit saraf, mengurangkan perasaan kesemutan dan rasa mati.

Makanan tambahan kompleks seperti vitamin B, termasuklah produk Neurobion, dapat membantu merawat atau mencegah kekurangan nutrien tertentu. Rujuk dengan doktor anda sebelum mengambil suplemen kerana mereka boleh mengganggu kesan ubat-ubatan lain.

SHAKLEE B COMPLEX WITH FOLIC ACID

RM92.00

Keistimewaannya ialah ia menggunakan sistem penyerapan biokatif berpaten yang memudahkan asid folik lebih mudah diserap untuk memudahkan penyerapan.

Ia membekalkan kesemua lapan vitamin B yang seimbang untuk menguatkan tubuh anda, melengkapi jurang nutrisi vitamin B.

Ia juga membekalkan kuantiti asid folik dan biotin yang mencukupi, sesuai untuk tubuh yang sihat dan kulit yang cantik.

Nutrilite B Complex

RM92.70

Produk ini mengandungi tujuh jenis vitamin B yang berbeza serta Inositol dan PABA (Asid Para Aminobenzoik).

Kandungan vitamin B dalam produk ini diperolehi secara semulajadi daripada yis berkultur yang mudah dicerna dan diasimilasi.

Ia membantu pembebasan tenaga dari lemak, karbohidrat dan protein. Ia juga penting untuk perkembangan sel darah merah, dan juga fungsi normal sistem saraf.

Hanya tiga tablet sehari untuk memenuhi keperluan-keperluan vitamin B.

21st Century B-complex with Lipotropics, Wheat Germ & Lecithin 

RM20.50

Produk ini mengandungi 7 jenis vitamin, Folic Acid dan PABA.

Selain itu, ia mengandungi 3 lipotropik penting iaitu Methionine, Choline dan Inositol yang penting untuk organ hati.

Sesuai bagi mereka yang merokok dan mengambil minuman beralkohol.

Ia juga sesuai bagi anda yang mudah letih dan kurang bertenaga

Blackmores Executive B

RM50.00

Blackmores Executive B ialah kombinasi vitamin-vitamin kumpulan B serta zat galian magnesium dan zink yang dirumus khas.

Nutrien-nutrien ini penting untuk memenuhi keperluan mereka yang aktif dan sibuk.

Tidak mengandungi sebarang pewarna dan perasa tiruan serta bahan-bahan pengawet.

BiO-LiFE Executive B Complex

RM64.90

Bio-Life merupakan kombinasi kumpulan vitamin-vitamin B yang diperkaya dengan Vitamin C dan beberapa mineral tertentu.

Ia bersifat pelepasan berkala yang mana nutrien-nutrien dilepaskan secara berkala ke seluruh sistem badan dalam masa 6-8 jam selepas pencernaan bagi memastikan penyerapan maksimum.

Nature’s Bounty, Super B-Complex with Folic Acid Plus Vitamin C

RM44.90

Bagi pengamal vegetarian, vitamin ini pastinya sesuai untuk anda.

Dilengkapi pelbagai jenis vitamin B termasuk asid folik dan biotin serta vitamin C tambahan untuk kesihatan jantung dan sokongan imun badan.

Tidak mengandungi bahan-bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan.

Doctor’s Best, Fully Active B Complex with Quatrefolic

RM38.90

Fully Active B Comples with Quarefolic dari jenama Doctor’s Best pastinya sesuai untuk anda.

Ia menyediakan nutrisi vitamin B lengkap termasuk folat aktif penuh, vitamin B6 dan vitamin B12.

SUMBER:

www.medicalnewstoday.com/articles/325447#summary

neurobion.com.my/products/

www.mims.com/malaysia/drug/info/neurobion?type=full

Summary
Neurobion: Penolong Terbaik Bagi Masalah Saraf Anda?
Article Name
Neurobion: Penolong Terbaik Bagi Masalah Saraf Anda?
Description
Neurobion adalah gabungan vitamin B1, B6 dan B12 yang diuji secara klinikal untuk membantu sel-sel saraf anda dengan meningkatkan fungsi saraf dan melegakan sakit saraf, mengurangkan perasaan kesemutan dan rasa mati.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: