Neolee Rehab Supply Sdn Bhd merupakan pembekal Peranti Perubatan Kelas A yang terkemuka di Malaysia sejak 2004 dengan pengalaman bertahun-tahun dalam membekalkan produk pemulihan perubatan. Diperakui oleh ISO & SIRIM, kami pakar dalam menyediakan kerusi roda, tempat tidur hospital, alat bantuan berjalan iaitu alatan walker, tongkat bertapak sempit dan lain-lain. Kami adalah pembekal kepada pelbagai kemudahan penjagaan kesihatan kerajaan dan swasta, dan kepada pengguna-pengguna di Malaysia untuk tujuan rawatan di rumah.

Kakitangan terlatih kami bersedia membantu pelanggan untuk memahami sepenuhnya produk kami sebelum membeli dan kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan pelanggan dan pengalaman membeli yang terbaik. Kami komited untuk memberi anda bantuan peralatan yang sesuai untuk menjaga keluarga yang anda sayangi, dengan harga yang berpatutan.

Perkhidmatan Penggantian Tayar Kerusi Roda

Tayar kerusi roda padat getah biasanya mempunyai jangka hayat antara 1.5 hingga 2 tahun sebelum mula menunjukkan tanda-tanda kehausan dengan keretakan dan akhirnya putus. Tayar akan tetap tua dan merosot walaupun kerusi roda tidak sering digunakan kerana pengoksidaan yang menjadikan getah kurang lentur. Ia adalah sangat disarankan untuk menukar kedua-dua tayar bersama-sama walaupun hanya satu tayar yang rosak untuk memastikan kerusi roda tetap sejajar.

Di Neolee Rehab Supply, kami menawarkan perkhidmatan pemasangan tayar kerusi roda belakang padat untuk saiz 12, 16, 20, 22 dan 24 inci.

Perkhidmatan Kaki Prostetik

Kami juga menyediakan kaki prostetik bawah lutut dan atas lutut yang berpatutan untuk pesakit yang kakinya telah dipotong. Ini membantu mereka berjalan semula dan mendapatkan kembali kebebasan dalam kehidupan seharian mereka. Kaki prostetik mungkin tidak sesuai untuk semua orang, oleh itu kami sangat menasihatkan anda untuk berunding dengan doktor anda sebelum memutuskan untuk memakai kaki prostetik.

Hubungi cawangan KL kami untuk menjadualkan perundingan dengan juruteknik prostesis kami.

Kuala Lumpur Branch
Level 1, IKON Connaught Mall, Taman Connaught,
56000 Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603-9212 9402

Johor Bahru Branch
37, Jalan Teratai 2, Taman Johor Jaya,
81100 Johor, Malaysia.
Tel: +607-519 0350

Summary
Article Name
Neolee Rehab Supply- Alatan bantuan mobiliti untuk kebebasan sepenuhnya
Description
Neolee Rehab Supply Sdn Bhd merupakan pembekal Peranti Perubatan Kelas A yang terkemuka di Malaysia sejak 2004 dengan pengalaman bertahun-tahun dalam membekalkan produk pemulihan perubatan
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: