Now Reading
Nekrosis Avaskular (Avascular Necrosis) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Nekrosis Avaskular (Avascular Necrosis) – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

nekrosis avaskular

Nekrosis Avaskular, yang juga dikenali sebagai osteonekrosis, nekrosis aseptik atau nekrosis iskemia, adalah berlakunya keadaan kehilangan darah ke tulang. Tulang merupakan tisu hidup yang memerlukan bekalan darah, jadi sebarang gangguan kepada bekalan darah akan menyebabkan sel tulang mati. Jika ia tidak dihentikan, proses ini akhirnya akan menyebabkan kerapuhan tulang.

Selain itu, penyakit Nekrosis ini biasanya berlaku di bahagian pinggul. Bahagian lazim yang lain adalah bahu, lutut dan pergelangan kaki.

 

Simptom Nekrosis Avaskular (Osteonekrosis)

Kebanyakan individu tidak mengalami simptom pada peringkat awal Nekrosis Avaskular. Apabila keadaan bertambah buruk, sendi anda yang terjejas mungkin akan berasa sakit hanya apabila anda memberi tekanan terhadapnya. Jadi, anda mungkin akan merasakan kesakitan walaupun sedang berbaring.

Kesakitan mungkin berbentuk ringan atau serius dan biasanya berkembang secara beransur-ansur. Sakit yang dikaitkan dengan Nekrosis Avascular pada pinggul mungkin berpunca daripada pangkal paha, paha atau punggung. Selain pinggul, kawasan lain yang mungkin terjejas ialah bahu, lutut, tangan dan kaki.

Selain itu, sesetengah individu boleh mengalami Nekrosis Avaskular pada kedua-dua belah bahagian badan (bilateral) iaitu seperti di kedua-dua belah pinggang atau kedua-dua lutut.

 

Punca Nekrosis Avaskular (Osteonekrosis)

Nekrosis Avaskular berlaku apabila aliran darah ke tulang terganggu atau berkurangan. Pengurangan bekalan darah boleh berlaku disebabkan faktor berikut:

  • Kecederaan pada sendi atau tulang. Apa-apa kecederaan, seperti sendi yang terputus, mungkin boleh merosakkan saluran darah berhampiran. Rawatan kanser yang melibatkan radiasi juga boleh melemahkan tulang dan merosakkan saluran darah.
  • Deposit lemak dalam saluran darah. Lemak (lipid) boleh menghalang saluran darah kecil dan mengurangkan aliran darah kepada tulang.
  • Penyakit tertentu. Keadaan perubatan seperti Anemia sel sabit (sickle cell anemia) dan penyakit Gaucher juga boleh menyebabkan aliran darah yang berkurangan ke tulang.

Punca berlakunya aliran darah yang terganggu masih tidak diketahui bagi kira-kira 25 peratus kes penyakit Nekrosis Avaskular.

 

Diagnosis Nekrosis Avaskular (Osteonekrosis)

Semasa ujian fizikal, doktor mungkin akan menekan sekitar sendi anda, untuk mengesahkan sebarang kelembutan. Doktor anda juga boleh menggerakkan sendi melalui pelbagai sudut untuk melihat jika julat gerakan anda berkurangan.

 

– Ujian pengimejan

Kebanyakan gangguan boleh menyebabkan sakit sendi. Ujian pengimejan boleh membantu menentukan punca kesakitan itu. Pilihan ujian pengimejan ini termasuklah:

  • Sinar-X. Ini boleh mendedahkan perubahan tulang yang berlaku pada Nekrosis Avaskular peringkat serius. Bagi peringkat awal, sinar-X biasanya kelihatan normal.
  • Imbasan MRI dan CT. Ujian ini menghasilkan imej terperinci yang dapat menunjukkan perubahan awal pada tulang yang mungkin menunjukkan Nekrosis Avaskular.
  • Imbasan tulang. Sebahagian kecil bahan radioaktif akan disuntik ke dalam urat anda. Pengesan ini bergerak ke bahagian tulang yang cedera atau yang sedang sembuh dan muncul sebagai bintik-bintik terang pada plat pengimejan.

 

Faktor Risiko Nekrosis Avascular (Osteonekrosis)

Faktor risiko untuk menghidapi Nekrosis Avaskular termasuk:

  • Kecederaan. Kecederaan, seperti dislokasi pinggul atau patah tulang, boleh merosakkan saluran darah berhampiran dan mengurangkan aliran darah ke tulang.
  • Penggunaan steroid. Penggunaan kortikosteroid dos tinggi, seperti Prednison adalah punca biasa yang menyebabkan Nekrosis Avaskular. Alasannya tidak diketahui, tetapi satu hipotesis yang dibuata ialah kortikosteroid dapat meningkatkan kadar lipid dalam darah anda dan kemudian mengurangkan aliran darah.
  • Pengambilan minuman keras yang berlebihan. Mengambil beberapa minuman keras setiap hari selama beberapa tahun juga boleh menyebabkan pembentukan deposit lemak dalam saluran darah anda.
  • Penggunaan bisfosfonat. Penggunaan ubat-ubatan jangka panjang untuk meningkatkan ketumpatan tulang mungkin menyumbang kepada perkembangan Nekrosis Avaskular pada rahang. Komplikasi ini jarang berlaku bagi sesetengah individu yang dirawat dengan ubat-ubatan dos tinggi untuk merawat kanser, seperti pelbagai mieloma dan kanser payudara metastatik.
  • Rawatan perubatan tertentu. Terapi radiasi untuk kanser juga boleh melemahkan tulang. Pemindahan organ, terutamanya pemindahan buah pinggang juga dikaitkan dengan Nekrosis Avaskular.

Keadaan perubatan yang berkaitan dengan Nekrosis Avaskular termasuklah:

  • Pankreatitis.
  • Diabetes.
  • Penyakit Gaucher.
  • HIV/AIDS.
  • Lupus eritematosus sistemik.
  • Anemia sel sabit.

 

Rawatan Nekrosis Avaskular (Osteonekrosis

Matlamat rawatan Nekrosis Avaskular adalah untuk memperbaiki atau mengembalikan fungsi sendi terjejas, menghentikan perkembangan kerosakan tulang dan mengurangkan kesakitan.

Rawatan yang terbaik bergantung kepada beberapa faktor, termasuk:

  • Umur anda.
  • Tahap penyakit tersebut.
  • Lokasi dan jumlah kerosakan tulang.
  • Faktor yang menyebabkan penyakit itu.

– Ubat-ubatan

Sekiranya penyebab Nekrosis Avaskular anda dapat dikenal pasti, rawatan yang dibuat akan meliputi usaha untuk menguruskan keadaan asas. Contohnya, jika ianya berlaku disebabkan pembekuan darah, doktor akan menetapkan ubat-ubatan untuk menghancurkan bekuan darah itu. Sekiranya ada keradangan pada arteri, doktor mungkin akan memberikan ubat antiradang.

Selain itu, jika Nekrosis Avaskular dapat diketahui lebih awal, rawatan mungkin melibatkan pengambilan ubat untuk melegakan kesakitan atau mengehadkan penggunaan bahagian yang terjejas. Jika pinggul, lutut, atau pergelangan kaki anda terjejas, tongkat mungkin perlu digunakan untuk meringankan beban sendi yang terjejas. Doktor juga boleh mengesyorkan anda pelbagai latihan gerakan untuk membantu menggerakkan sendi yang terjejas.

 

– Pembedahan

Walaupun rawatan bukan surgikal lain boleh melambatkan perkembangan Nekrosis Avaskular, kebanyakan individu akhirnya memerlukan kaedah pembedahan juga.

Pilihan pembedahan termasuk:

  • Graf tulang, yang melibatkan pengambilan tulang yang sihat dari satu bahagian badan dan menggunakannya untuk menggantikan tulang yang rosak.
  • Osteotomi, iaitu prosedur yang melibatkan pemotongan tulang dan mengubah penjajaran untuk melegakan tekanan pada tulang atau sendi.
  • Penggantian sendi secara keseluruhan, yang melibatkan pembuangan sendi yang rosak dan menggantikannya dengan sendi sintetik.
  • Penyahmampatan teras, prosedur ini melibatkan pembuangan bahagian dalam tulang untuk melegakan tekanan dan membolehkan saluran darah baharu untuk membentuk.
  • Graf tulang vaskularisasi ialah satu prosedur yang menggunakan tisu pesakit sendiri untuk membina semula sendi pinggul berpenyakit atau rosak. Pakar bedah akan mengeluarkan tulang dengan bekalan darah yang lemah dari pinggul dahulu, kemudian menggantikannya dengan tulang yang dipenuhi dengan saluran darah dari bahagian yang lain, seperti fibula iaitu tulang yang lebih kecil terletak di bahagian tulang kering.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/avascular-necrosis/symptoms-causes/syc-20369859#:~:text=Avascular%20necrosis%20is%20the%20death,to%20a%20section%20of%20bone.

https://www.webmd.com/arthritis/avascular-necrosis-osteonecrosis-symptoms-treatments

https://www.healthline.com/health/avascular-necrosis-osteonecrosis

https://www.news-medical.net/health/Avascular-Necrosis-(Osteonecrosis).aspx

error: Content is protected !!