nefropati diabetik
Nefropati diabetik ialah penyakit buah pinggang yang berpunca dari diabetes. Hampir satu pertiga daripada individu yang menghidap diabetes menderita penyakit nefropati diabetik.

Nefropati diabetik ialah penyakit buah pinggang yang berpunca dari diabetes. Hampir satu pertiga daripada individu yang menghidap diabetes menderita penyakit nefropati diabetik.       

Ia lebih menjejaskan pesakit yang mengalami kencing manis dan penyakit buah pinggang sekaligus, berbanding individu dengan penyakit buah pinggang sahaja. 

Individu yang menghidap kencing manis biasanya mempunyai penyakit rangkaian lain seperti tekanan darah tinggi, kadar kolesterol tinggi, dan penyakit saluran darah (ateroklerosis). Oleh itu, mereka lebih cenderung mengalami masalah berkaitan buah pinggang seperti jangkitan pundi kencing dan kerosakan saraf pada pundi kencing.

Penyakit buah pinggang dialami pesakit diabetes jenis 1 sedikit berbeza daripada pesakit jenis 2. Bagi diabetes jenis 1, penyakit buah pinggang jarang berlaku dalam tempoh 10 tahun pertama selepas diagnosa diabetes.

Manakala diabetes jenis 2, sesetengah pesakitnya sudah menghidap penyakit buah pinggang sewaktu mereka didiagnosa dengan diabetes.

Simptom Nefropati Diabetik

Selalunya nefropati diabetik tiada gejala awal, ia hanya bermula selepas buah pinggang semakin rosak. Simptom dialami pesakit adalah:

• Bengkak tangan, kaki, dan muka        

• Masalah tidur atau menumpukan perhatian          

• Kurang selera makan        

• Mual        

• Badan menjadi lemah   

• Gatal-gatal dan kulit menjadi sangat kering (penyakit buah pinggang peringkat akhir)           

• Mudah mengantuk (penyakit buah pinggang peringkat akhir)        

• Ritma jantung tidak normal kerana peningkatan kalium

 dalam darah            

• Sentakan otot (muscle jerk)

Punca Nefropati Diabetik

Kerosakan pada buah pinggang memberi tekanan pada organ-organ penting dan menghalangnya daripada berfungsi dengan baik. Apabila keadaan ini berlaku:  

• Tubuh mula kehilangan protein melalui air kencing 

• Buah pinggang tidak boleh mengeluarkan produk buangan daripada darah        

• Buah pinggang tidak dapat mengekalkan paras cecair yang sihat di dalam badan        

Nefropati diabetes berkembang secara perlahan. Menurut satu kajian, satu pertiga kes menunjukkan kehadiran albumin yang tinggi dalam air kencing pesakit 15 tahun selepas didiagnosis dengan diabetes. Walaubagaimanapun, kurang daripada separuh daripada pesakit yang terlibat dalam kes tersebut menghidap nefropati diabetik.  

Statistik telah membuktikan bahawa individu yang menghidap penyakit kencing manis kurang dari 10 tahun, jarang mendapat penyakit buah pinggang.

Selain itu, jika seseorang tidak menunjukkan tanda-tanda klinikal nefropati selepas 20-25 tahun menghidap kencing manis, mereka mempunyai peluang yang rendah untuk mendapatkannya selepas itu.

Sekiranya pesakit diabetes sentiasa menguruskan pengambilan glukosa dengan berkesan, mereka mengurangkan risiko mendapat penyakit nefropati diabetik.

Diagnosis Nefropati Diabetik

Ujian darah yang menguji kimia tertentu dalam darah boleh digunakan untuk mendiagnosa kerosakan buah pinggang. Ia juga boleh dikesan lebih awal dengan menguji kandungan protein dalam air kencing. Sebab itulah anda harus menjalani ujian air kencing setiap tahun jika anda seorang penghidap diabetes.

Faktor Risiko Nefropati Diabetik

Beberapa faktor boleh meningkatkan risiko nefropati diabetik, termasuk:

• Diabetes, jenis 1 atau 2        

• Kandungan gula dalam darah tinggi (hiperglaisemia)   

• Tekanan darah tinggi (hipertensi)        

• Seorang perokok yang menghidap diabetes        

• Kadar kolesterol darah tinggi dan menghidap diabetes        

• Sejarah keluarga yang menghidap kencing manis dan mempunyai penyakit buah pinggang        

Rawatan Nefropati Diabetik

  • Menurunkan tekanan darah dan mengekalkan kawalan gula dalam darah adalah sangat penting bagi melambatkan perkembangan nefropati diabetik. 
  • Sesetengah ubat seperti angiotensin mengeluarkan perencat enzim (ACE) untuk membantu melambatkan perkembangan kerosakan buah pinggang. Walaupun perencat enzim ACE (termasuk ramipril (Altace), quinapril (Accupril), dan lisinopril (Prinivil , Zestril)) biasanya digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan masalah perubatan lain, ia sering diberikan kepada pesakit diabetes untuk mencegah sebarang komplikasi walaupun tekanan darah mereka adalah normal.   
               
  • Sekiranya seseorang mempunyai kesan sampingan daripada pengambilan perencat ACE, satu lagi jenis ubat yang dipanggil penghalang reseptor angiotensin (ARB) boleh diberikan.

Sekiranya tidak dirawat, buah pinggang akan terus gagal dan sejumlah besar protein akan terkumpul dalam air kencing. Kegagalan buah pinggang secara berterusan memerlukan rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang. 

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetic-nephropathy/symptoms-causes/syc-20354556

https://www.healthline.com/health/type-2-diabetes/nephropathy

https://www.webmd.com/diabetes/guide/diabetes-kidney-disease

https://www.medicalnewstoday.com/articles/319686

Summary
Penyakit Buah Pinggang atau Nefropati Diabetik (Diabetic Nephropathy) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Penyakit Buah Pinggang atau Nefropati Diabetik (Diabetic Nephropathy) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Nefropati diabetik ialah penyakit buah pinggang yang berpunca dari diabetes. Hampir satu pertiga daripada individu yang menghidap diabetes menderita penyakit nefropati diabetik.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: