Now Reading
Nauzene (Loya) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

Nauzene (Loya) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

nauzene

Nauzene merupakan formulasi yang dapat menenangkan dan mengawal ketidakselesaan perut termasuklah masalah ketidakhadaman disebabkan pengambilan makanan atau minuman yang berlebihan .

Kegunaan Nauzene

Nauzene biasanya digunakan untuk melegakan masalah loya berkaitan dengan sakit perut, termasuk kerana terlalu banyak makan dan minum.

Cara penggambilan Nauzene

Semasa menggunakan produk ini, jangan ambil lebih dari 24 tablet dalam jangka masa 24 jam.

Langkah berjaga-jaga & amaran penggunaan Nauzene

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor jika anda:

  • hamil atau menyusu. Ini adalah penting kerana semasa anda hamil atau menyusukan bayi, anda hanya perlu ambil ubat-ubatan atas cadangan doktor sahaja.
  • mengambil ubatan lain. Ini termasuklah ubat-ubatan yang anda ambil tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan lain-lain.
  • mempunyai alergi pada mana-mana bahan aktif atau tidak aktif yang terkandung dalam Nauzene atau ubat lain.
  • menghidap penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan lain.
  • menghidap diabetes kerana produk ini mengandungi gula.
  • menjalani diet tanpa sodium.
  • menghidap ‘phenylketonuria’ kerana setiap tablet kunyah mengandungi 4,5 mg ‘phenylalanine’.

Kesan sampingan Nauzene

Bersama kesan yang diinginkan, larutan karbohidrat ‘phosphorate’ (bahan aktif yang terkandung dalam ubat) boleh menyebabkan beberapa kesan yang sampingan tidak diingini.Walaupun tidak semua kesan sampingan ini boleh berlaku, tetapi jika ia berlaku, anda mungkin memerlukan rawatan perubatan.

Hentikan pengambilan larutan karbohidrat ‘phosphorate’ dan dapatkan pertolongan kecemasan dengan segera sekiranya anda mengalami kesan berikut:

Tanda-tanda intoleransi fruktosa

  • Pengsan
  • Pembengkakan muka, lengan, dan kaki
  • Pendarahan yang tidak normal
  • Muntah
  • Penurunan berat badan
  • Warna mata atau kulit menjadi kuning
  • Interaksi ubat

Kontraindikasi Nauzene

Nauzene dikontraindikasikan terhadap keadaan alergi/alahan berikut:

  • Gula
  • Aktif metabolik
  • Dekstrosa
  • Asid sitrik
  • Sodium sitrat

Interaksi Nauzene

Nauzene mungkin berinteraksi dengan ubatan lain yang anda sedang ambil, iaitu dengan mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko terhadap kesan sampingan yang serius.

Untuk mengelakkan sebarang potensi interaksi ubat, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat bukan preskripsi, dan produk herba) dan kongsikan kepada doktor dan ahli farmasi anda.

Bagi keselamatan anda, jangan mula, henti atau ubah dos ubat tanpa kebenaran doktor anda. Nauzene boleh berinteraksi dengan makanan atau arak dengan mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius.

Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda mengenai kemungkinan interaksi makanan atau arak sebelum menggunakan ubat ini.

See Also
gaviscon sachet

Selain itu, ubat ini juga mungkin berinteraksi dengan keadaan kesihatan anda. Interaksi ini boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat itu berfungsi.

Justeru itu, ia adalah penting untuk memastikan doktor dan ahli farmasi anda mengetahui semua keadaan kesihatan yang anda alami sekarang.

Dos Nauzene

Dewasa

  • Dewasa: 2 – 4 tablet. Kunyah tablet sepenuhnya.
  • Dos boleh diambil selepas 15 minit, dengan tidak melebihi 24 tablet dalam jangka waktu 24 jam melainkan jika dinasihatkan oleh doktor.
  • Baca semua arahan dan amaran pada label sebelum digunakan dan hanya guna seperti yang diarahkan.
  • Jenis chewable digunakan untuk individu yang sihat sahaja.
  • Individu yang berumur 18 tahun ke bawah perlu menggunakan ubat seperti yang diarahkan oleh doktor.

Kanak- Kanak

Dos untuk pesakit kanak-kanak belum ditentukan. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut.

Sumber:

error: Content is protected !!