nasi lemak lobster

Masyarakat Malaysia dan nasi lemak adalah berpisah tiada. Terdapat banyak jenis lauk nasi lemak yang boleh dimakan bersama seperti nasi lemak lobster, nasi lemak sambal sotong, nasi lemak sambal kerang atau nasi lemak biasa. Makanan tradisional ini sudah sinonim dengan kita tidak kira bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain yang tinggal bersatu padu di negara kita. Kebiasaannya, ia dimakan pada waktu pagi, bersama minuman teh tarik yang juga merupakan minuman tradisional masyarakat kita.

Jadi jom kita ketahui lokasi nasi lemak viral zaman sekarang yang menghidangkan bervariasi nasi lemak yang berjanjikan keenakan dan kepuasan si pemakan.

1. Nasi Lemak Lobster JB 

97&99, Jalan Anggerik Emas 1, Taman Anggerik Emas, 81300 Skudai, Johor

Nasi Lemak Lobster Merangkak RM 25-38 (ikut harga pasaran dan saiz)

Ini memang sedap! Ini kerana lobsternya berbentuk seperti merangkak. Dari sambalnya hingga ke nasinya. Beras diguna merupakan beras brasmathi, dan lobster tu pun besar dan banyak isi, rasa pun fresh! Puashati makan bersama keluarga!

2. Nasi Lemak Tepi Jalan 1996

D1-28-G, Block 7, Jalan Dutamas, Taman Dutamas, Balakong, Cheras, 43200.

Dikatakan bahawa sebuah kedai nasi lemak yang telah mempunyai reputasi yang hebat kerana telah beroperasi selama 20 tahun telah mengambil inisiatif untuk menjual nasi lemak lobster kepada pelanggan.

 Ianya tidak lain dan tidak bukan, merupakan kedai Nasi Lemak Tepi Jalan yang dibuka di cawangan Cheras Selatan, Balakong.

Menurut laman Facebook mereka, kedai pertamanya dibuka pada bulan Julai 1996 di laluan di Desa Petaling. Kini, generasi baru pula telah mengambil alih legasi perniagaan tersebut dan mahu menghargai pengorbanan ibu bapa mereka dengan membuka sebuah restoran di Cheras Selatan.

Nasi lemak kukus yang menjadi menu istimewa mereka lazimnya didatangkan dengan pilihan ayam goreng, sambal sotong dan sambal kerang membuatkan orang ramai berpuas hati kerana sesuai dengan selera masyarakat Malaysia

Sambalnya wangi, sedikit manis dan pedas di mana ia sememangnya melepasi syarat-syarat sambal yang enak untuk dihidangkan bersama sepinggan nasi lemak.

 Walau bagaimanapun, generasi muda pada hari ini telah lahir dengan idea menarik untuk menambah menu di restoran mereka pada bulan September lalu, iaitu nasi lemak lobster.

Yum yum! Bukan itu sahaja, ketam juga ditambah bagi mereka yang sukakan ketam dihidangkan bersama nasi lemak.

 Nasi lemak mereka sangat popular kerana hampir sahaja mereka kehabisan stok lobster dan ketam, tetapi stok mereka ditambah dengan cepat juga ya.

Lobster dan ketam bersama nasi lemak dihidangkan bersama sos keju dan mentega yang sangat lazat!

3. Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh

43 & 45 Jalan Ali Pitchay, Pusat Bandaraya,30250 Perak .

Nasi Lemak Ayam Kampung yang cukup popular di Ipoh yang terletak di Jalan Pitchay.

Yang menjadi signature dish di sini sudah tentulah Nasi Lemak Ayam Kampung! Setiap hari memang berlonggok ayam kampung di dapur kedai ini.

Nasi lemak di sini juga dikukus untuk memastikan aroma dan kelembutan nasi itu terjaga. Memang terbaik kalau makan dengan ayam kampung malam-malam.

Bagi mereka yang tak gemar dengan ayam kampung, ada juga lauk lain yang boleh dicuba seperti ayam masak pedas, sambal lobster, sambal sotong dan juga sambal kerang.

Bagi mereka yang nakkan privasi makan bersama group atau rakan-rakan sekerja, di sini juga ada menyediakan bilik VIP. Kemudahan surau yang luas dan selesa juga tersedia.

Restoran ini beroperasi agak lambat iaitu bermula 4.30 petang sehinggalah ke jam 2 pagi.

Sesuai untuk mereka yang nakkan tempat makan best di Ipoh bagi makan malam bersama keluarga. Pelbagai makanan laut yang segar turut ada di sini.

Antara menu-menu makanan lain yang boleh juga dicuba di sini ialah

  • Sup Belut dan belut goreng kunyit
  • Lidah masak merah
  • Sup ayam kampung
  • Ketam masak serbuk kari
  • Ikan stim limau
  • Ikan siakap masak  kerabu
  • tomyam ikan
  • udang galah sambal petai
  • sotong goreng tepung
  • bubur manis
  • pulut mangga
  • otak-otak

4. Restoran Village Park

5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor       

Restoran ini tidak perlu kami perkenalkan lagi. Jika anda dengar namanya sahaja kami yakin pasti anda tahu tentangnya. Jelas menunjukkan yang Restoran Village Park ini memang terbaik.

Hidangan seperti nasi lemak ayam goreng mungkin kedengaran biasa sahaja. Namun, jika anda cubanya di sini anda pasti akan jatuh cinta.

Ayamnya sangat rangup dan sambal nasi lemaknya juga seimbang rasa manis, masin dan pedasnya. Dijamin lebih enak jika dinikmati panas-panas.

5. Nasi Lemak Wanjo

 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Jika anda pencinta nasi lemak, nama Nasi Lemak Wanjo ini pasti sudah tidak asing lagi buat anda. Merupakan antara restoran nasi lemak paling ‘top’ di KL, restoran ini pada asalnya dikenali sebagai Nasi Lemak Mak Wanjo.

Nasi lemak di sini menggunakan resepi turun-temurun sejak lebih 50 tahun lagi, jadi jelaslah yang ianya memang ‘legend’. Lauk-pauk di sini juga ada berbagai.

Antara lauk-pauk yang boleh didapati ialah sambal sotong, sambal paru, ayam goreng dan rendang ayam. Kami yakin jika anda ke sini pasti anda akan ambil lebih dari sejenis lauk. Rambang mata lah katakan!

6. Medan Selera Jalan 223

Jalan 51a/223, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor

Medan selera ini dibuka 24 jam, satu berita baik jika anda mengidamkan nasi lemak mereka pada jam 3 pagi. Serbu sahaja Medan Selera 223 untuk mengisi perut yang berkeroncong itu!

Ada dua gerai yang sangat popular dengan nasi lemak mereka – Nasi Lemak Panas Gerai Yatie  dan Nasi Lemak Panas Suri. Kedua-duanya ada keistimewaan yang tersendiri.

Nasi Lemak Panas Suri ini sangat popular dengan hidangan nasi lemaknya yang istimewa. Sambal untuk nasi lemaknya pedas, memang cocok dengan peminat makanan pedas.

Untuk Nasi Lemak Panas Gerai Yatie pula, gerai ini menyediakan nasi lemak yang sambalnya manis namun keenakkannya masih terjamin. Sesuai jika anda kurang menggemari nasi lemak yang terlampau pedas.

Sebagai rakyat Malaysia yang mengemarkan nasi lemak, anda patut bersyukur sekiranya nasi lemak yang enak berada berhampiran dengan kediaman anda. Anda boleh menikmatinya hari-hari tanpa bersusah payah untuk ke sana. Selamat menikmati keenakan nasi lemak lobster ini! Jangan lupa untuk memuat naik gambar di media sosial bagi berkongsi kenangan dengan rakan-rakan di alam maya!

Sumber:

https://rileklah.com/jalan-jalan/nasi-lemak-lobster-di-cheras-hanya-berharga-rm20-sahaja

https://www.caridestinasi.com/tempat-makan-best-di-ipoh-perak-jjcm/

https://saji.my/nasi-lemak-sedap/

Summary
Nasi Lemak Lobster: Lokasi Restoran Nasi Lemak Viral!
Article Name
Nasi Lemak Lobster: Lokasi Restoran Nasi Lemak Viral!
Description
Masyarakat Malaysia dan nasi lemak adalah berpisah tiada. Terdapat banyak jenis lauk nasi lemak yang boleh dimakan bersama seperti nasi lemak lobster, nasi lemak sambal sotong, nasi lemak sambal kerang atau nasi lemak biasa. Makanan tradisional ini sudah sinonim dengan kita tidak kira bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain yang tinggal bersatu padu di negara kita. Kebiasaannya, ia dimakan pada waktu pagi, bersama minuman teh tarik yang juga merupakan minuman tradisional masyarakat kita.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: