Nasi Kukus Sotong Besar

Apabila mendengar nasi kukus sotong besar sudah pasti kita terbayang kerangupan sotong besar bersalut tepung dan keempukan nasi kukus yang pasti akan membuat air liur anda meleleh.

Antara lokasi Restoran Nasi Kukus Sotong Besar adalah di Shah Alam. Jumlah pengunjung yang datang untuk makan di sini sememangnya ramai terutama dari kawasan berdekatan di Selangor. Hal ini kerana kesedapan dan keenakan Nasi Kukus Sotong Besar yang dihidangkan. Selain daripada menu tersebut, terdapat juga menu lain yang menarik seperti

Bukan sahaja sedap, harganya juga sangat berpatutan.

Best Seller di sini

Selain daripada nasi kukus sotong besar, jualan laris lain yang ramai orang beli ialah ayam bakar, daging bakar dan paling wajib nasi kerabu sotong besar. Nasi kerabu yang disediakan bukan biasa biasa, ianya cukup rasa masin dan manisnya, lengkap bersama sambal kelapa, cukup lemak, telur masin separuh, ulam secukupnya dan kuantiti semuanya memang sesuai dengan nasi yang disediakan.

Nasi Kukus Sotong Besar review

Sotong besarnya sudah pasti sangat rangup dan juicy. Saiz sotong anda tidak perlu risau kerana saiznya memang puas hati. Terdapat set istimewa yang anda boleh pilih seperti:

  • Nasi Lemak Sotong Besar
  • Nasi Kerabu Sotong Besar
  • Sotong Besar Sahaja

Sotong yang disediakan bukan dari sotong yang lama, tetapi yang baru dan segar. Boleh terasa segarnya bila suap untuk kali pertama. Sos cili dia memang sedap dan kalau sotong tu dicicah dengan sos tersebut memang umph! Kebisaannya satu hidangan untuk seorang mampu dimakan bersama tiga atau empat orang berdasarkan nafsu makan masing-masing.

Tiada keistimewaan yang sangat berbeza dari segi nasi putih yang diberi, yang pasti untuk dapat nasi yang hangit dan berkerak memang tidak mungkin. Tiada penambahan perasa atau rempah di dalam nasi yang diberi.

Menu baru yang terdapat di sini

Tilapia Goreng Sisik adalah menu baru yang diwujudkan di sini. Dengarnya, digoreng dengan sisik adalah untuk mendapat kerangupan yang sedap untuk dinikmati. Tilapia ini sangat sedap apabila dihidangkan waktu isinya masih panas dan boleh digandingkan dengan nasi kukus, di tambah pula dengan sambal kicap memang padu habis!

Minuman yang disediakan

Minuman yang disediakan juga tidak kurang hebatnya. Air minuman seperti:

  • Teh Hijau
  • Coconut Shake
  • Teh Ais Spesial
  • Teh Ais Cincau

Air yang sangat sedap dan memang sesuai untuk minum bersama makanan yang disediakan. Terutama ketika masih panas.

Harga yang ditawarkan di restoran ini

Antara harga dan menu masakan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Nasi Kerabu Sotong – RM 18.00
  • Nasi Kerabu Kambing – RM 18.00
  • Nasi Kerabu Ayam Bakar ­– RM 14.50
  • Nasi Kukus Talapia – RM 18.00
  • Nasi Kukus Sotong – RM 15.90
  • Nasi Kukus Kambing ­ RM 15.90
  • Nasi Ayam Bakar – RM 12.90
  • Teh Hijau Ais – RM 4.00
  • Teh Ais Cincau Spesial – RM 4.50
  • Coconut Shake – RM 4.00

Lokasi Restoran Nasi Kukus Sotong Besar Di Klang

Restoran ini terletak di Jalan Batu Belah, berdekatan AEON Big Jalan Kapar dan mempunyai satu lagi cawang di Kemuning Utama, Seksyen 33, Shah Alam. Waktu operasi restoran ini adalah seperti berikut:

  • 12:00 PM tengah hari sehingga 11:00 PM malam
  • Buka Rabu sehingga Isnin
  • Tutup pada hari Selasa

Waktu Puncak Restoran ini

Waktu kemuncak restoran ini di mana ramai orang akan datang ialah semestinya pada waktu tengah hari iaitu 12:00 tengah hari sehingga 2:00 petang dan pada waktu makan malam iaitu 6:00 petang sehingga 9:00 malam. Maka, sekiranya anda ingin makan pada waktu yang tenang, elakkan pada waktu-waktu tersebut.

Menu yang disediakan

Peminat makanan laut terutamanya pasti akan sangat berpuas hati. Menu utama semestinya Sotong Besar, tetapi terdapat juga menu lain yang sangat popular seperti:

  • Nasi Kerabu Puyuh Goreng
  • Kambing Bakar
  • Ayam berempah
  • Puyuh Goreng Berempah

Sistem Servis yang diberikan

Sistem yang digunakan restoran ini ialah dengan memesan dan membayar makanan yang dipesan selepas itu pelayan akan hantar terus ke meja anda. Servis yang sangat pantas dan efisien. Pesanan biasanya sampai lebih kurang 10 minit, selalunya memang tak sampai la 10 minit itu. Memang pantas!

Review makanan yang disediakan

“Sedap, sangat rangup di luar, lembut dan juicy di dalam”, itu adalah rasa yang anda akan nikmati dengan sotong yang disediakan. Makanan selain nasi kukus sotong besar, tidak kurang sedapnya. Nasi Kerabu yang lengkap dengan sambal, telur masin, keropok ikan, ulam dan budu yang bersesuaian dengan kuantiti nasi. Burung Puyuh yang disediakan juga cukup sedap. Cuma nasi yang diberi sedikit lembik berbanding nasi yang biasa dibeli di tempat lain, selain dari itu memang puas hati. Kuantiti ini juga kadang-kadang boleh dikongsi dua atau tiga orang.

Sebagai pengakhir kata, Nasi Kukus Sotong Besar adalah makanan yang sangat istimewa dan penduduk yang duduk berdekatan dengan restoran yang telah disebutkan dalam artikel ini sangat bertuah. Pada yang belum cuba lagi, anda kena cuba! Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

Terima Kasih

Sumber:

https://www.rasa.my/nasi-kukus-sotong-besar-kambing-bakar-di-restoran-nasi-kukus-sotong-besar-memang-padu-rasa-gerenti-ketagih-nak-makan/

http://cikhawahijau.blogspot.com/2017/03/food-review-nasi-kukus-sotong-besar.html

https://www.belangtarung.com/2021/04/nasi-kukus-daging-kambing-bakar-di-nasi.html

https://syazwani30.blogspot.com/2016/05/restoran-nasi-kukus-sotong-besar-klang.html

Summary
Nasi Kukus Sotong Besar Lokasi dan Review
Article Name
Nasi Kukus Sotong Besar Lokasi dan Review
Description
Apabila mendengar nasi kukus sotong besar sudah pasti kita terbayang kerangupan sotong besar bersalut tepung dan keempukan nasi kukus yang pasti akan membuat air liur anda meleleh.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: