nasi goreng sardin

Nasi goreng sardin di dalam menu adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Sebagai permulaan, nasi goreng sardin sangat enak dan hidangan lengkap.

Tambahan lagi, ianya sangat mudah untuk disediakan. Dengan secawan teh sudah semestinya. Dengan menggunakan perkakas dapur yang betul, membuat nasi goreng sardin di rumah sangat mudah.

Anda boleh guna hampir semua daging dan sayuran segar mahupun baki-baki darinya.

Selagi kuali leper anda panas dan butir nasi terasing dan gebu, nasi goreng anda dijamin sedap. Sedikit mencabar buat mereka yang tinggal di asrama dan mempunyai kekurangan wang, perkakas, bahan-bahan dan juga masa.

Peti sejuk mini, 3 cawan periuk nasi mini, kuali menggoreng, sudip, pisau, pinggan biasa, perkakas makan dan bag untuk memasak di dapur asrama. Nasi, kicap, garam, lada dan herba kering adalah bahan-bahan asasnya.

NASI GORENG SARDIN ORIGINAL

Bahan-bahan A:

  • 1 mangkuk besar nasi (lebih kurang 1kg)
  • 1 tin besar sardi (ambil isinya sahaja)
  • 3 ulas bawang putih (dipotong)
  • 4 biji bawang merah (dipotong)
  • 1 senduk cili kisar (ikut tahap kepedasan anda)
  • Sedikit garam (pilihan)
  • 1 sudu teh Maggi Cukup Rasa
  • Minyak (untuk menumis)

Bahan-bahan B: hiasan

  • Daun sup
  • Cili merah
  • Bawang goreng

Cara penyediaan:

  1. Asingkan kuah daripada isinya. Hancurkan dengan kasaar atau ikut citarasa anda.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih yang dipotong sehingga kekuningan, sebelum masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan isi sardin dan kacau rata. Kemudian, masukkan lobak merah dan kacau sehingga setengah lembut. Kalau anda suka kan lobak merah dan rangup, biarkan sebentar sahaja.
  4. Tolak tepi bahan-bahan tadi, dan masukkan telur anda di tengah-tengah kuali. Bila telur dah setengah masak, masukkan nasi.
  5. Kacau rata. Perasakan dengan Maggi Cukup Rasa. Seimbangkan rasa sebelum tutup api.
  6. Sebelum hidang, hiaskan dengansaun sup, cili merah dan bawang goreng.

NASI GORENG SARDIN DENGAN PETAI

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi semalaman
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 genggam petai segar
  • 1 tin kecil sardin (dihancurkan)
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 biji telur ayam atau telur itik

Cara:

  • Asingkan isi sardin daripada sosnya. Lenyekkan isi dan letakkan di dalam mangkuk kecil. Nasi goreng biasanya memerlukan bahan asas yang anda sudah ada di dalam dapur seperti bawang merah, bawang putih, telur dan nasi.

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga ia agak garing.
  2. Kemudian, masukkan isi sardin yang telah dihancurkan berserta telur, kacau rata.
  3. Bila semua sudah sebati, tambahkan petai dan kacau sekali lagi.
  4. Bila petai sudah lembut, boleh lah masukkan nasi semalaman untuk digaul rata dan siap sudah. Boleh dihidang.

Tips:

  • Sangat penting untuk pastikan kesemua bahan adalah bahan yang segar dan berkualiti. Begitu juga dengan perkakas dan herba yang digunakan di dalam resepi ini.
  • Anda juga boleh gunakan nasi yang baru saja dimasak, kurangkan sedikit air ketika memasak nasi supaya nasi goreng anda tidak terlalu basah.
  • Gunakan perkakas yang betul untuk juadah sarapan pagi ini tetapi ia tidak mendorong kepada sebarang kebaikan mahupun penambahan rasa. Ia hanya lah untuk memudahkan proses memasak

NASI GORENG SARDIN CILI PADI

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk nasi sejuk
  • 1 tin kecil sardin (diasingkan daripada sos)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • Sedikit kubis
  • 1/2 lobak merah (dipotong nipis memanjang)
  • Sedikit hirisan bawang
  • 1 biji bawang merah (dipotong kepada dadu kecil)
  • 3 ulas bawang ptuih (dicincang halus)
  • 3 biji cili padi (dicincang galus)
  • 1 sudu besar jus lemon
  • Garam yang mencukupi
  • 1 sudu teh serbuk Maggi Cukup Rasa
  • Minyak (untuk menumis)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang merah bawang putih dan cili padi sehingga kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar, masak sehingga pecah minyak. Masukkan sardin tin, kacau untuk hancurkan kepada bahagian kecil.
  3. Kemudian, anda boleh tambah lobak merah dan kubis, kacau kagi.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk Maggi Cukup Rasa
  5. Taburkan hirisan bawang besar, gaul sehingga sebati. Rasa untuk tambah perasa jika perlu dan tutup api.
  6. Sedia untuk dihidang.

Nota-nota:

  • Idea menyediakan resepi ini adalah untuk menikmati sarapan pagi yang mengenyangkan dengan semua bahan yang ada di dapur atau protein yang lebih murah berbanding ayam dan daging. Sardin ini penuh dengan mineral, asid berlemak omega-3, vitamin dan mineral.
  • Ia juga dikenali boleh bantu mengelak masalah jantung atau mungkin mencegah barah. Kadangkala, sardin sering dicadangkan kepada ibu mengandung atau mereka yang berumur kerana sardin mengandugi kalsium dan vitamin penting yang golongan ini perlukan.
  • Gunakan potongan sayur-sayuran segar sekiranya ada, apa saja jenis sayur sesuai. Penambahan mentega sebelum menuang minyak akan menambah rasa sekaligus menjadikan nasi goreng sardin anda semakin enak.
  • Nasi semalaman merupakan pilihan nasi yang terbaik untuk resepi sebegini kerana ia akan menajdikan nasi goreng gebu dan teksturnya juga lebih baik.

Memasak nasi goreng sardin merupakan juadah sarapan yang paling mudah dan mengenyangkan. Sesiaapa yang suka memasak pasti tahu cara memasak juadah ini dengan menggunakan bahan asas di dapur, hanya tambah sedikit sardin tin dan anda dah boleh masak.

Terdapat banyak lagi resepi menarik tersedia buat anda.

SUMBER:

https://www.rotinrice.com/sardines-fried-rice/

https://www.aziekitchen.com/2017/11/nasi-goreng-sardin-sangat-sedap.html

https://resipimelayu.web.app/resepi-melayu/2919-resepi-sedap-nasi-goreng-sardin-petai-makanan-melayu.html

https://secukuprasa.com/resepi-nasi-goreng-sardin-pedas-secukup-rasa/

https://delishably.com/grains/How-to-Make-Canned-Sardines-Fried-Rice

Tagged: