Nasi goreng
Resepi nasi goreng kubis bunga bersama kimchi yang rendah karbohidrat ini mempunyai segala rasa dalam hidangan tradisional di negara Korea

Resepi Nasi goreng kubis bunga bersama kimchi yang rendah karbohidrat ini mempunyai segala rasa dalam hidangan tradisional di negara Korea. Jadi, jika anda seorang penggemar kimchi dan nasi goreng, anda harus mencuba resepi ini!

  • Masa persediaan – 5 minit
  • Masa memasak – 10 minit
  • Tahap – Mudah
  • Saiz hidangan: 1 orang

Peralatan yang diperlukan:

  • Kuali

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • 85g paha ayam (kira-kira 1 paha ayam yang besar)
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1/8 sudu kecil lada hitam

Bahan bagi penyediaan nasi goreng:

  • 450g kubis bunga yang telah dipotong sehalus sebiji nasi
  • 40g kimchi
  • 1 sudu minyak bijan
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1/8 sudu kecil lada hitam
  • 1/8 bawang besar
  • 1/2 batang daun bawang

Cara penyediaan

  1. Kumpulkan semua bahan.
  1. Potong dadu daun bawang, bawang besar, dan ayam bersama kimchi kemudian ketepikannya. Pastikan anda menyimpan jus daripada kimchi tersebut.
  1. Dalam kuali kecil, tambahkan 1 sudu minyak bijan pada suhu yang tinggi. Setelah minyak panas, tambahkan ayam, taburkan garam dan lada dan masak selama 2 hingga 4 minit sehingga anda mendapatkan kerak berwarna coklat yang baik pada ayam. Pindahkan ke mangkuk khas bagi menapis lebihan minyak.
  1. Dalam kuali yang besar pula, tambahkan 1 sudu minyak bijan pada suhu yang tinggi. Apabila minyak mula sedikit berasap, tambahkan potongan kubis bunga dan bawang besar. Selalu kacau dan masak selama 2 hingga 3 minit atau sehingga ia menjadi tekstur seperti yang anda mahukan.
  1. Selepas 2 hingga 3 minit, tambahkan ayam, garam, lada hitam dan kimchi yang telah dicincang. Gaulkan dengan baik dan terus masak selama 1 minit tambahan.
  1. Akhir sekali, campurkan daun bawang, alihkannya ke dalam mangkuk dan nikmatinya sementara ia masih panas!

Selamat mencuba!

Summary
Recipe Name
Nasi Goreng Kubis Bunga bersama Kimchi
Published On
Preparation Time
Cook Time
Total Time
Tagged: