Nafas Kering
Nafas kering atau dry heaving adalah keadaan di mana anda mempunyai rasa yang sama seperti sedang muntah namun tidak mengeluarkan apa-apa.

Nafas kering atau dry heaving adalah keadaan di mana anda mempunyai rasa yang sama seperti sedang muntah namun tidak mengeluarkan apa-apa.

Kebiasaannya keadaan seperti ini dialami oleh ibu-ibu mengandung. Walau bagaimanapun, ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Adakalanya keadaan ini turut disusuli dengan rasa mual. Adakalanya ia juga akan berakhir dengan perbuatan muntah yang sebetulnya.

Simptom Nafas Kering

Antara simptom-simptom bagi pesakit nafas kering adalah:

  1. Berpeluh
perempuan sedang memandu sambil berpeluh
  • Loya
  • Mengigil
wanita sedang mengigil
  • Masalah penghadaman
  • Sakit perut
wanita yang sakit perut

Punca Nafas Kering atau Dry Heaving

Sewaktu situasi ini berlaku, kontrak diafragma dan juga saluran udara tertutup menyebabkan timbul sensasi seperti hendak muntah.

Walau bagaimanapun, tidak seperti muntah biasa, tiada apa yang keluar sewaktu nafas kering.

Antara punca berlakunya keadaan nafas kering adalah:

Bersenam

wanita yang sedang berlari

Terlebih-lebih dalam melakukan senaman boleh menjadi punca utama kepada berlakunya nafas kering.

Apatah lagi jikalau anda bersenam dengan keadaan perut yang penuh dan juga kenyang. Justeru itu, elak makan makanan yang berat sebelum bersenam.

Lakukan senaman secara berskala untuk mengelakkan ianya terjadi dan cepat –cepat minum air sedikit jika mula rasa perasaan seperti hendak muntah.

Pengambilan minuman keras berlebihan

minuman keras dia atas meja

Minum minuman keras atau beralkohol dalam kuantiti yang banyak mendorong anda untuk mendapat nafas kering.

Oleh sebab itu, hadkan pengambilan minuman beralkohol dan jika mula ada rasa nafas kering, cepat-cepat berhenti dan minum air kosong dan kunyah sedikit makanan.

Penyakit refluks gastroesophageal (GERD)

Penyakit GERD menyebabkan gejala pedih ulu hati atau dipanggil sebagai refluks asid. Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan semasa menelan dan juga bernafas.

Bagi mengelakkan daripada ianya berlaku lagi, kawal gaya hidup dengan makanan makanan yang lebih kecil serta elak dari makan makanan berminyak dan juga pedas.

Ubat-ubatan

Antara lain penyumbang berlakunya nafas kering adalah kerana preskripsi ubat yang telah diberikan doctor kepada penjaga.

Selalunya ubat-ubatan untuk pesakit anxiety dan depresi boleh menyebabkan rasa loya dan mual. Walau bagaimanapun, sila rujuk doktor untuk urusan tukar ubat.

Mengandung

Keadaanini boleh dikatakan sudah sebati dengan para ibu yang sedang mengandung. Selalunya ia berlaku sewaktu ‘morning sickness’.

Morning sickness pula boleh terjadi bila-bila masa sahaja dan akan beransur pulih dan lega selepas trimester kedua.

Rawatan Nafas Kering

Sebelum bertemu doktor, adalah lebih baik untuk merawatnya sendiri dahulu dengan minum banyak air untuk mengelakkan berlakunya dehidrasi.

  1. Minum banyak air
wanita sedang minum air
  • Makan sesuatu yang manis untuk menjaga kadar gula dalam darah
  • Makan makanan yang tidak berasa, seperti roti panggang dan cracker soda
  • Makan makanan dalam kuantiti sedikit tapi kerap
  • Berhenti minum minuman berkafein
wanita sedang minum kopi
  • Ambil sesuatu yang sejuk

Jika keadaan tidak kelihatan baik, terus berjumpa doctor untuk mendapat diagnosis dan juga preskripsi bagi menghilangkan rasa mual.

Summary
Nafas Kering (Dry Heaving): Simptom, Punca & Rawatan
Article Name
Nafas Kering (Dry Heaving): Simptom, Punca & Rawatan
Description
Nafas kering atau dry heaving adalah keadaan di mana anda mempunyai rasa yang sama seperti sedang muntah namun tidak mengeluarkan apa-apa. Kebiasaannya keadaan seperti ini dialami oleh ibu-ibu mengandung.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: