MyTV ataupun MyFreeView TV merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menyediakan tayangan dari pelbagai saluran TV dan radio yang popular. Paling menariknya Tiada bayaran atau yuran langganan keada pengguna untuk menikmati tontonan. Objektif TV digital percuma yang merupakan projek nasional ini adalah untuk menyediakan liputan siaran TV yang lebih jelas secara percuma kepada rakyat Malaysia.
TV baru ataupun TV lama kedua-duanya boleh dipadankan bersama dekoder DVB-T2, atau televisyen berintegrasi digital (IDTV) yang disambung kepada aerial UHF bagi menonton saluran myFreeview. Tambahan lagi, untuk mengenalpasti spesifikasi model TV yang sedia ada itu sememangnya digital anda boleh merujuk pada manual pengguna atau laman web jenama TV berkaitan.
Dekoder MYTV yang menyediakan saluran myFreeview tersebut hanya diberikan secara percuma kepada dua juta penerima Bantuan Sara Hidup yang terbawah dalam senarai BSH.

Jangan sedih sekiranya anda tidak disenaraikan sebagai penerima dekoder percuma, itu bermakna anda dalam golongan yang mampu membeli Dekoder DVB-T2 di kedai-kedai elektrik terpilih di serata negara. Dekoder DVB-T2 juga boleh dibeli di lawan web Pensonic.
Sebelum itu, adakah anda salah seorang yang tidak tahu bahawa penerima bayaran BSH Bantuan Sara Hidup Bujang 2021 juga layak untuk menerima set decoder ini?
Jadi kalau anda masih lagi menggunakan siaran analog, sekarang inilah masa untuk anda bertukar kepada siaran tv digital freeview malaysia. Hasrat kerajaan adalah untuk meletakkan negara kearah siaran digital sepenuhnya seluruh negara adalah sangat sesuai dengan perkembangan teknologi hari ini. Anda juga akan memperoleh banyak kelebihan melalui siaran myfreeview.
Antara kelebihan yang anda akan terima menerusi MyTV
- Siaran TV lebih jelas dan berkualiti,
- Saluran tv dan channel yang lebih
- Tontonan secara PERCUMA melalui signal yang dipancarkan Ultra High Frequency (UHF) menerusi pemancar yang diletakkan di tempat tempat di seluruh Malaysia.
Disini kami juga kongsikan cara menuntut dekoder MyTV secara percuma
Semakan Mytv 2021
Anda boleh membuat semakan kelayakan di https://status.mytvbroadcasting.my/ ataupun hubungi pusat khidmat pelanggan mytv broadcasting 1800181088
Surat kelulusan akan dihantar ke alamat kediaman anda yang telah didaftar dengan sistem BSH sekiranya anda layak menerima set dekoder percuma mytv ini.
Keistimewaan Dekoder Ini
- Anda terima set percuma dekoder myfreeview
- Tiada sebarang bayaran atau yuran langganan
- Siaran sangat jelas
- Banyak pilihan saluran yang ditawarkan melalui unit dekoder percuma
- Memang dikhususkan set mytv secara percuma untuk golongan b40 dan oku
Senarai Siaran Mytv 2021
* TV1 hd
* Tv2 hd
* TV Okey
* RTM HD Sports
* RTM BES
* TV3 HD
* Tv Al Hijrah
* RTM sports hd
* TV al hijrah hd
* CJ wow shop melayu
* CJ wow shop cina
* NTV7
* 8TV
* TV9
* Bernama News Channel (BNC)
* Channel W
Saluran Radio
* Radio Nasional FM
* Radio Klasik FM
* Radio Asyik FM
* Radio Ai FM
* Radio Minnal FM
* Radio Traxx FM
Walaupun siaran myfreeview ini adalah percuma. Namun apa yang disediakan kepada penerimanya cukup membuat mereka berpuas hati. Mana tidaknya sudahlah liputan ini sangat jelas malah ianya juga meliputi di kawasan seluruh Malaysia termasuk di Sabah Sarawak. Caj bulanan juga tidak dikenakan kepada kepada mereka yang layak menerima.
Setelah disemak, permohonan ataupun semakan kelayakan bagi program perkhidmatan TV digital ini telah pun tamat. Memandangkan permohonannya adalah terhad kini perkhidmatan ini telah tamat. Kami harap kepada sesiapa yang layak anda sudahpun menerima bantuan anda.
Namun bagi sesiapa yang tidak Berjaya, jangan risau mungkin ada peluang lain yang telah tersedia untuk anda. Kadang-kadang tak semua yang kita rasa kita layak itu baik untuk kita. Kadang-kadang kekecewaan hari ini membawa keuntungan di masa hadapan. Lagipun sekarang banyak aplikasi untuk kita menonton walaupun menerusi smartphone contohnya Netflix, iFlix, Disney Hoststar dan pelbagai lagi.
Diharapkan perkongsian kali ini mampu memberi input baru. Semoga bermanfaat!
SUMBER:
Mytv Percuma 2021, Cara Daftar Permohonan B40 FREE (mypt3.com)
Semakan MYTV Online Nama Penerima Dekoder Percuma (myFreeview) (permohonan.my)