Now Reading
MySPP: 18000 Jawatan Kosong Dibuka!

MySPP: 18000 Jawatan Kosong Dibuka!

MySPP

Bermula pada 15 Julai 2020, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan iaitu Portal mySPP di www.spp.gov.my/. Oleh itu sesiapa yang berminat untuk menceburkan diri atau memohon pekerjaan dalam perkhidmatan pelajaran bolehlah berbuat demikian di portal yang telah di sediakan.

Apa itu MySPP?

Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) dalam urusan pelantikan anggota Perkhidmatan Pendidikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.

mySPP

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) melaksanakan tugasannya menerusi mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.

Tambahan lagi, SPP juga bertanggungjawab sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan melaksanakan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu:

  • Selaku badan yang melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran.
  • Bertanggungjawab untuk mengesahkan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik sebagai tetap.
  • Memberi kelulusan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik sebagai tetap dan disahkan dalam perkhidmatan.
  • Mengawal kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran melalui Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat.
  • Bertanggungjawab meluluskan urusan pertukaran pelantikan ataupun pertukaran perkhidmatan.
  • Berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan pelajaran.

NOTA: Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan kepada Suruhanjaya berkaitan sesuatu permohonan untuk mendapatkan pekerjaan atau pelantikan adalah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh dua (2) tahun atau denda dua ribu Ringgit Malaysia (RM2,000) atau kedua-duanya sekali.

Perhatian! Kini terdapat 18,000 jawatan kosong dibuka bermula 7 Julai 2021 bagi pengambilan khas untuk permohonan guru secara one off bagi gred dg41 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Hal ini bagi menampung kekurangan tenaga pengajar gred dg41 sekolah rendah sk dan sekolah menengah smk bagi subjek / matapelajaran

  • Bahasa Inggeris English,
  • Sejarah,
  • Matematik,
  • Pendidikan Agama Islam,
  • Bahasa Melayu

Jika berminat mari kita lihat cara mendaftar dan memohon jawatan di MySPP.

Cara Daftar mySPP

Untuk memohon jawatan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) anda perlulah mendaftar diri di portal mySPP. Sini kami akan kongsikan caranya:

Dengan menggunakan peranti yang mempunyai talian internet anda perlu layari laman web rasmi mySPP melalui pautan https://myspp.spp.gov.my/myspp/login.jsp

Setelah Berjaya mengakses laman web tersebut anda perlu klik pada pilihan butang Daftar Akaun Baharu

Langkah seterusnya, anda hendaklah mengisi maklumat diri anda pada ruangan yang disediakan. Kesemua ruangan yang bertanda * adalah wajib diisi.

Pastikan anda memasukkan nombor kad pengenalan dan nama penuh sama seperti di dalam kad pengenalan.

Setelah selesai memenuhi ruang maklumat yang perlu diisi, sila semak semula sebelum klik pada butang Daftar.

Setelah Berjaya mendaftarkan diri anda. Kini anda boleh terus log masuk ke Portal mySPP dengan menggunakan MyID dan kata laluan yang telah anda daftarkan tadi.

Kemudian, selepas sahaja anda mendaftar butiran dan maklumat anda sebagai pengguna SPP, anda kini sudah boleh membuat permohonan pada mana-mana jawatan yang akan diiklankan dalam Portal SPP.

Selepas ini anda perlulah bersiap sedia dengan sebarang pengumuman / hebahan jawatan.

Cara Isi Borang & Membuat Permohonan Jawatan mySPP Online

Bagi pemohon yang telah berjaya Log Masuk anda sudah boleh dan layak untuk mengisi borang mySPP.

Sebagai Langkah yang lebih baik pemohon adalah disyorkan untuk membaca berkenaan dengan Maklumat Jawatan di Portal SPP sebelum memohon. Hal ini bertuuan untuk mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak bersesuaian dengan kelayakan yang diperolehi. Sila rujuk pada Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) untuk mengetahui lebih lanjut sebelum mula mendaftar.

Langkah-langkah mengisi borang SPP online adalah seperti berikut:

Pastikan anda telah Log Masuk ke Portal mySPP

Seterusnya klik pada pilihan butang MAKLUMAT PEMOHON dan penuhkan ruangan maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*).

Selepas itu anda dikehendaki untuk klik pada pilihan butang MAKLUMAT AKADEMIK dan pastikan ruangan maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*) dipenuhi.

Sekiranya perlu atau berkaitan anda perlulah memenuhi maklumat Pegawai Sedang Berkhidmat sekiranya berkaitan.

Seterusnya anda klik pada butang pilihan Maklumat Tambahan dan penuhi ruangan disediakan dengan lengkap.

Setelah selesai anda perlu klik pada pilihan butang JAWATAN DIMOHON dan pilih sub-menu Jawatan SPP dan sub-menu Jawatan PDRM/LAIN.

Perlulah diingatkan maksimum 3 jawatan SPP sahaja untuk pemohon buat permohonan. Pastikan anda pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang (>>) bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang Jawatan Yang Dipohon.

Kemudian, anda boleh memilih Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas daripada senarai yang diberikan.

Setelah melakukan semakan dan berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang telah dipenuhi sila klik pada pilihan butang HANTAR.

Selepas itu skrin anda akan memaparkan Slip Akuan Pendaftaran. Slip ini boleh dicetak sebagai rujukan.

Cara Membuat Semakan Status Permohonan

Untuk memnuat semakan status pemohon terbabit boleh menyemak status permohonan di pautan Semakan Permohonan: https://semakan.spp.gov.my/SemakanPermohonan/semak_papar.php

Pastikan ada selesai menekan butang Hantar dalam pengakuan pemohon untuk  membolehkan anda  menyemak status permohonan.

Skrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).

Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” keluar maka tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.

Sekiranya paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” keluar maka pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian.

*Hal ini merujuk kepada tetapan SPP yang menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Bagi pemohon yang ingin mengisi kekosongan berikut boleh la anda war-warkan kepada orang lain yang berminat. Semoga bermanfaat!

SUMBER:

https://myspp.spp.gov.my/login.jsp?color=oren

https://upnd.com.my/myspp/

https://mypt3.com/pengambilan-guru-interim

error: Content is protected !!