Mykpp

Mesti ramai tertanya-tanya macam mana nak daftar MYKPP ni? Dimana laman web rasmi mereka? Apa manfaat bila daftar MYKPP ni?

Apa-apapun sebelum kita pergi lebih lanjut, mari kita belajar dulu berkenaan Sistem MyKKP. MyKKP adalah platform capaian bersepadu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia atau JKPP. Segala urusan berkaitan seperti:

  • permohonan pendaftaran kilang dan jentera
  • permohonan untuk pembaharui sijil perakuan jentera
  • pertukaran hak milik jentera
  • perpindahan lokasi jentera
  • pengaduan kemalangan
  • pendaftaran dan pembaharuan sijil OYK,OYB,FYK

banyak lagi fungsi-fungsi yang boleh dilakukan dengan system MyKKP ni.

Sekiranya anda baru sahaja ingin mendaftar tempat kerja seperti kilang,syarikat, jentera atau notifikasi kerja bina baru, anda perlu mendaftarkan profil diri anda terlebih dahulu. Pastikan anda ialah orang yang bertanggungjawab diatas segala urusan MyKKP kerana maklumat peribadi diri adalah diperlukan semasa pendaftaran.

Cara-cara Daftar MYKPP

Untuk mendaftar ke sistem MyKPP anda perlulah mengikuti langkah-langkah dibawah ini:

Langkah 1: layari laman web rasmi mereka iaitu http://mykkp.dosh.gov.my/

Langkah 2: Seterusnya Skrin laman utama MyKKP akan dipaparkan dan Klik menu PENDAFTARAN/LOGIN.

Langkah 3: Skrin PENDAFTARAN akan dipaparkan, selepas ini sila masukkan maklumat seperti yang dikehendaki ke dalam ruang yang disediakan. Simbol bertanda “*” wajib diisi. Selepas selesai isi, Klik pada butang SETERUSNYA.

Langkah 4: Kali ini Skrin ALAMAT akan dipaparkan. Seperti biasa simbol bertanda “*” wajib diisi. Kemudian, klik lagi butang SETERUSNYA

Langkah 5: Seterusnya, Skrin KATA LALUAN, Masukkan ID PENGGUNA yang anda inginkan dan senang anda ingat dengan gabungan aksara dan angka 10-15 digit. Untuk ruang KATA LALUAN, sila masukkan 7-15 digit kata laluan. Kemudian, masukkan semula kata laluan untuk pengesahan dan klik butang DAFTAR.

Langkah 6: Seterusnya anda akan dapat email “Pengesahan Pendaftaran”. Sila sahkan di sini. “Verifikasi Akaun MYKPP Saya”

Langkah 7: Jika Skrin pengesahan Emel telah berjaya akan dipaparkan. Kali anda Klik pada pautan ” Klik disini untuk Log Masuk”.

Langkah 8: Kali ini Laman Utama MyKKP akan dipaparkan. Seterusnua Klik menu “Log Masuk

Langkah 9: Jika Skrin “Log Masuk” telah dipaparkan. Sila Masukkan Login ID  anda dan Kata Laluan. Dan Klik butang Log Masuk.

Langkah 10: Skrin “Pemberitahuan” kemaskini gambar profil akan dipaparkan jika anda telah berjaya. Dan seterusnya Klik butang “Profil Saya”.

Langkah 11: Skrin “Maklumat Am” akan dipaparkan dan Klik butang “KEMASKINI” di bahagian bawah sebelah kanan.

Langkah 12: Skrin “maklumat am” pada profil anda akan dipaparkan. Klik pada “ICON” yang dipetakkan dan memuat naik gambar profil anda.

Setelah selesai mengemaskini gambar profil anda. Kini anda telah selesai.

Apabila teknologi kini kian pesat membangun macam-macam kemudahan mampu disediakan. Contohnya dengan perkhidmatan atas talian ini. Memudahkan masyarakat untuk berurusan dengan mana-mana syarikat dan jabatan yang menyediakan.

Kita tidak perlu membuang masa yang lama untuk menunggu dan kadang-kadang perlu beratur. Ia sudah semestinya memenat. Jika perlu berurusan waktu hari bekerja kita perlu mengambil masa kerja kita, ianya sangat menggangu jadual seharian. Sememangnya perkhidmatan atas talian ini memudahkan urusan kita bersama.

Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk baca Cara Daftar MYKPP, semoga artikel ini membantu anda untuk mendaftar MYKPP.

SUMBER:

https://www.kerjayasafety.com/2019/04/cara-daftar-pengguna-baru-sistem-portal.html?m=1

https://www.portalmalaysia.com/mykkp-login/

Summary
MYKPP: Platform Capaian Bersepadu JKPP
Article Name
MYKPP: Platform Capaian Bersepadu JKPP
Description
Mesti ramai tertanya-tanya macam mana nak daftar MYKPP ni? Dimana laman web rasmi mereka? Apa manfaat bila daftar MYKPP ni?
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: