Musibah tamat PKP
Musibah tamat PKP mungkin berlaku dengan pendekatan kuarantin yang longgar dalam masa yang singkat, ini bukan berita baik yang kita mahu dengar.

Musibah tamat PKP mungkin berlaku dengan pendekatan kuarantin yang longgar dalam masa yang singkat, ini bukan berita baik yang kita mahu dengar. Baru-baru ini, MIT telah melatih sebuah mesin model pembelajaran AI (Artificial Intelligence) untuk menjangka penularan COVID-19. Menurut AI tersebut, kita akan melihat dataran tinggi di mana jumlah kes-kes baru akan menurun di Amerika Syarikat dan Itali pada minggu hadapan.

Jurutera disebalik AI tersebut menerangkan keputusan yang diperolehi hampir sama dengan situasi yang berlaku di Singapura di mana usaha kuarantin dan penjarakan sosial hampir meratakan lengkungan sebelum pesakit kembali semula bekerja seperti biasa, yang telah menyebabkan lonjakan kes COVID-19 kembali di sana.

Pihak MIT melatih AI untuk mengekstrapolasi maklumat yang tersedia secara awam bagi mengenalpasti penularan wabak itu, dengan mengambil kira bagaimana kerajaan berbeza mengendalikan penjarakan sosial dan perintah kuarantin dilakukan termasuklah standard epidemiologi lain.

Untuk memastikan model tersebut boleh menghasilkan keputusan yang tepat, pihak MIT melatihnya melalui maklumat yang diperolehi daripada bulan Januari hingga awal Mac dan kemudian memadankan jangkaannya untuk bulan April dengan statistik sebenar.

Didapati bahawa mesin itu telah berjaya menjangka lengkungan dengan tepat di setiap negara yang maklumatnya diperolehi. Menurut kertas kerja MIT:

Dengan mempengaruhi model augmentasi jaringan neural, mereka memfokuskan analisis terhadap 4 daerah: Wuhan, Itali, Korea Selatan dan Amerika Syarikat, dan membandingkan peranan pendekatan kuarantin dan pengasingan di setiap negara ini dalam mengawal keberkesanan kuantiti reproduksi Coronavirus.

Hasil yang didapati menentukan bahawa negara yang menjalankan intervensi kerajaan dengan segera dan tegas telah berjaya menghentikan penyebaran jangkitan dan mengelakkan lonjakan kes secara mendadak.

Maklumat itu turut menunjukkan bahawa Amerika Syarikat, pada saat ini adalah pusat utama pandemik tersebut, akan mengalami penamatan jangkitan sekitar 20 April. Tetapi, laporan tersebut menentukan bahawa itu tidak bermakna kita boleh meringankan pendekatan kuarantin dan penjarakan sosial segera.

Ini kerana membalikkan atau meringankan pendekatan kuarantin pada saat ini boleh membawa kepada lonjakan drastik kes positif, justeru itu melumpuhkan peranan semua pendekatan yang dijalankan di Amerika Syarikat sejak awal Mac 2020.

Dalam erti kata lain: penjarakan sosial dan kuarantin memberi kesan terhadap penyebaran Coronavirus. Malah, ia mungkin lebih bagus berbanding apa yang dijangka oleh kebanyakan pakar. Tetapi, jika ia diabaikan dengan segera, ia mungkin mendatangkan musibah tamat PKP yang lebih teruk. Keadaan mungkin akan kembali seperti biasa, iaitu lonjakan kes positif COVID-19.

Sumber:

http://news.mit.edu/2020/mit-marshaling-artificial-intelligence-fight-against-covid-19-0519

Summary
Article Name
Musibah Tamat PKP, Jika Perintah Penjarakan Sosial Diringankan Dengan Terlalu Cepat - Menurut Mesin AI MIT
Description
Musibah tamat PKP mungkin berlaku dengan pendekatan kuarantin yang longgar dalam masa yang singkat, ini bukan berita baik yang kita mahu dengar.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: