Now Reading
Muntah Hijau – Punca, Simptom, Kesan dan Rawatannya

Muntah Hijau – Punca, Simptom, Kesan dan Rawatannya

Muntah bukanlah suatu penyakit. Muntah adalah simptom yang disebabkan oleh pelbagai keadaan yang boleh bermula daripada jangkitan hingga penyakit kronik. Muntah hijau mungkin menunjukkan bahawa anda mengeluarkan cecair yang disebut hempedu. Cecair ini dihasilkan oleh hati dan disimpan di pundi hempedu anda.

Hempedu bukan perkara yang selalu menimbulkan kebimbangan. Anda mungkin mengalami muntah hijau atau hempedu jika anda mempunyai keadaan yang kurang serius dan perut anda kosong seperti gastroenteritis dan mual oleh ibu hamil.

Punca Muntah Hijau

Sebab-sebab anda mungkin muntah hijau termasuklah:

  • Perut kosong
  • Minum berlebihan
  • Keracunan makanan
  • Usus tersumbat

Sekiranya anda muntah hijau atau hempedu lebih daripada sekali, keadaan kesihatan mungkin menyebabkan masalah tersebut. Salah satu penyebabnya adalah refluks empedu yang berlaku apabila hempedu keluar dan naik dari hati ke perut dan esofagus. Anda boleh mengalami refluks selepas pembedahan gastrik.

Refluks hempedu tidak sama dengan refluks asid. Anda mengalami refluks asid apabila asid naik dari perut ke esofagus anda. Kadang-kadang anda boleh mengalami kedua-dua jenis refluks pada masa yang sama.

Usus tersumbat boleh disebabkan oleh:

  • Lekapan. Ini adalah kawasan parut seperti jalur yang boleh terbentuk di usus anda selepas pembedahan pada abdomen atau pelvis.
  • Kanser kolorektal dan tumor barah yang lain. Tumor ini boleh tumbuh cukup besar sehingga menyekat sebahagian usus.
  • Divertikulitis. Ini menyebabkan kantung kecil terbentuk di dinding usus.
  • Hernia. Bahagian usus yang semakin lemah lalu membengkak keluar dan menolak bahagian perut atau bahagian badan yang lain.
  • Penyakit usus radang (IBD). Penyakit Crohn dan kolitis ulseratif boleh menyebabkan keradangan pada usus.
  • Volvulus iaitu usus terbelit.

Simptom Muntah Hijau

Simptom muntah hijau yang disebabkan oleh refluks hempedu

  • Sakit teruk di bahagian atas perut
  • Rasa masam di mulut
  • Pedih ulu hati yang kerap
  • Batuk atau serak di tekak
  • Loya
  • Pengurangan berat badan

Simptom muntah hijau akibat usus tersumbat

  • Perut sakit dan kekejangan
  • Sembelit
  • Hilang selera makan
  • Perut bengkak
  • Ketidakupayaan untuk menghantar gas

Kesan Muntah Hijau

Muntah dengan teruk boleh menyebabkan dehidrasi simptomatik dan elektrolit abnormal (biasanya alkalosis metabolik dengan hipokalemia) atau kes yang jarang berlaku iaitu esofagus terkoyak sama ada separa (Mallory-Weiss) atau lengkap (sindrom Boerhaave).

Sekiranya anda tidak sedarkan diri atau hanya sedikit sedar, muntah boleh tersedut semula (dihirup). Asid dalam muntah dapat merengsakan paru-paru dengan teruk lalu menyebabkan pneumonia aspirasi.

Muntah kronik boleh mengakibatkan kekurangan zat makanan, penurunan berat badan, dan metabolic yang abnormal.

Rawatan Muntah Hijau

Rawatan untuk muntah hijau bergantung kepada penyebabnya. Sekiranya anda mengalami keracunan makanan atau minum berlebihan, anda mungkin perlu mendapatkan cairan dan elektrolit intravena di hospital.

Sekiranya anda mengalami refluks empedu, doktor anda mungkin akan memulakan dengan menetapkan salah satu ubat ini:

  • Asid ‘Ursodeoxycholic’ – Ubat ini mengubah komposisi hempedu untuk mengalir dengan lebih mudah ke dalam badan anda. Ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit.
  • Pengasingan asid hempedu – Ubat ini mengganggu peredaran hempedu dan menyebabkan kesan sampingan seperti kembung.

Sekiranya ubat-ubatan tidak dapat mengawal masalah muntah hijau, langkah selanjutnya adalah pembedahan. Pilihan pembedahan untuk merawat refluks empedu termasuklah pintasan gastrik Roux-en-Y. Prosedur ini juga digunakan untuk merawat kegemukan. Ia mewujudkan sambungan baru ke usus kecil agar hempedu tidak mengalir ke dalam perut.

Terdapat juga rawatan pembedahan untuk lekatan atau penyumbatan pada usus anda dengan menghilangkan punca penyumbatan. Doktor juga boleh mengeluarkan bahagian usus anda jika ia rosak. Pilihan lain adalah meletakkan tiub jejaring yang disebut sebagai stent di dalam usus untuk memastikan kawasan usus tersebut terbuka lalu dapat menyelesaikan masalah usus tersumbat.

Selain itu, kanser kolorektal dirawat berdasarkan sejauh mana barah telah merebak. Rawatan boleh merangkumi pembedahan, radiasi, kemoterapi, dan terapi bersasar.

SUMBER:

www.healthline.com

https://www.medicalnewstoday.com/articles/321083#what-is-bile

https://www.msdmanuals.com/professional/gastrointestinal-disorders/symptoms-of-gastrointestinal-disorders/nausea-and-vomiting

error: Content is protected !!