Hematemesis dikenali sebagai muntah darah. Ini disebabkan pengeluaran kandungan isi dalam perut yang telah bercampur dengan darah. Darah boleh menyebabkan pendarahan keluar daripada dalam perut, esosfagus ataupun daripada hidung.

Muntah darah adalah suatu keadaan yang menakutkan. Ada sesetengah lebih ringan ialah menelan darah yang keluar daripada hidung yang sedang berdarah ataupun penderahan daripada mulut. Keadaan yang serius akan menyebabkan kecederaan organ dalaman dan pendarahan daripada perut.

Simptom Muntah Darah

  • Rasa loya dan muntah
  • Sakit perut
  • Rasa tidak selesa pada perut
  • Pening kepala
  • Mata jadi kabur
  • Hati berdebar-debar
  • Sesak nafas
  • Kulit menjadi sejuk
  • Muka pucat
  • Pengesan

Punca

Terdapat pelbagai punca menyebabkan muntah darah berlaku. Antaranya :

Punca muntah darah yang tidak berbahaya:

  • Darah keluar dari hidung
  • Muntah yang kerap sehingga ada luka pada bahagian esofagus
  • Iritasi pada esofagus yang disebabkan masalah gastrik
  • Mulut muntah darah disebabkan trauma ataupun gigi berdarah

Punca muntah darah yang selalu berlaku adalah:

  • Masalah gastrik menyebabkan ulser pada perut
  • Kesan sampingan ubat tahan sakit (Jenis NSAIDs)
  • Masalah gastrik
  • Pancreatitis

Punca serius yang menyebabkan muntah darah:

  • Kegagalan fungsi hati
  • Kanser esofagus
  • Kanser pankreas
  • Kanser perut

Diagnosis

Pelbagai penyiasatan perlu dilakukan untuk mengesan puncanya. Doktor selalunya akan memerhatikan terlebih dahulu dan melihat samada simptom tersebut berterusan ataupun tidak jika keadaan tidak serius. Jika keadaan masih berterusan penyiasatan akan dijalankan oleh doktor sebagai penilaian. Ujian darah, ujian imbasan dan ujian khas adalah untuk mengenal pasti keadaan penyakit. Pemeriksaan tersebut antara lain:

  • CT scan.
  • Endoscopy
  • Ultrasonografi (USG)
  • X-ray
  • MRI.

Rawatan

Rawatan muntah darah adalah bergantung kepada puncanya. Walau bagaimanapun, rawatan awal juga perlu diadakan.

1) Memasukkan Jarum dan membekalkan air terus ke dalam salur darah

Untuk menggantikan isipadu darah yang telah dimuntahkan keluar daripada badan perkara ini mesti dijalankan untuk mengelakkan pesakit pengsan disebabkan tekanan darah yang rendah.

2) Memasukkan darah daripada jarum yang dimasukkan ke dalam badan

Jika keadaan terlalu teruk, ia akan menyebabkan darah di dalam badan menjadi semakin kekurangan. Ini keadaan dinamakan sebagai anemia dan pesakit akan mempunyai pelbagai simptom disebabkan perkara ini.

Pesakit mati kerana darah yang keluar tidak digantikan. Oleh disebabkan itu, pesakit perlu menerima transfusi darah jika bacaan haemoglobin di dalam darah terlalu rendah,

3) Prosedur Oesophagastroduodenoscopy

Keadaan dinding esofagus dan perut akan dilihat di dalam prosedur ini. Untuk memberhentikan pendarahan terdapat beberapa bahan akan diberikan terus ke kawasan tersebut.

Sumber

https://www.mayoclinic.org/symptoms/vomiting-blood/basics/definition/sym-20050732

https://www.medicalnewstoday.com/articles/314031#causes

https://www.healthline.com/health/vomiting-blood#complications

Summary
Muntah Darah - Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Article Name
Muntah Darah - Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Description
Muntah darah dalam istilah perubatan dikenali sebagai hematemesis. Ia disebabkan pengeluaran kandungan isi dalam perut yang telah bercampur dengan darah. Darah tersebut boleh berpunca pendarahan daripada dalam perut, esosfagus ataupun daripada hidung.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: