miang pla

Apa itu Miang Pla? Miang pla adalah salah satu makanan dari negara Thailand. Makanan ini adalah ikan bakar yang dimakan bersama dengan bihun dan daun salad.

Makanan ini juga enak dicicah dengan sos. Untuk memudahkan penyediaan hidangan ini, kebanyakan orang tidak membakar ikan tetapi mereka menggoreng ikan tersebut. Tetapi, hal itu terpulang kepada diri masing-masing.

Jika melancong ke Thailand, makanan signature ini mesti dan wajib dicuba. Di negara Thai, sos yang digunakan adalah lebih pedas. Makanan ini mempunyai rasa masam, manis, pedas dan masin yang pasti sangat sebati dengan deria rasa anda.

Makan Miang Pla ini semasa hari hujan sangat bagus kerana ia dapat boleh memanaskan badan kita semasa hari sejuk. Resepi Miang Pla ini mudah disediakan. Oleh sebab itu, ia senang untuk disediakan di rumah.

Mari kita cuba resepi ini!

Bahan utama Miang Pla:

  • Ikan tilapia atau ikan siakap
  • Bihun (dicelur)
  • Daun salad
  • Timun

Bahan untuk sos hijau :

  • Bawang putih 3 ulas
  • Ketumbar 2 batang
  • Garam 1 sudu kecil
  • Cili padi hijau 20-25 biji
  • Gula 4 sudu makan
  • Asam limau 5 biji

Bahan untuk sos merah :

  • Cili merah 10 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Minyak bijian 5 sudu besar
  • Sos ikan 5 sudu besar
  • Cuka putih 5 sudu besar
  • Sos tiram 2 sudu besar
  • Kicap 2 sudu besar
  • Tepung jagung 1 sudu kecil
  • Air 1 cawan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Duan ketumbar (dihiris halus)

Cara penyediaan sos hijau :

  • Masukkan ketumbar, garam, cili hijau dan tumbuk sehingga hancur.
  • Kemudian, masukkan gula dan asam limau.
  • Gaul semua bahan sehingga sebati.

Cara penyediaan sos merah :

  • Campurkan cili merah dan bawang putih dan kisar sehingga halus.
  • Kemudian, masukkan bahan kisar, minyak bijian, sos ikan, cuka, sos tiram, dan kicap ke dalam kuali.
  • Masak bahan-bahan di atas sehingga mendidih dan masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  • Masak kuah sehingga pekat dan berkilat.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Tutupkan api dan masukkan hirisan daun ketumbar.

Cara penyediaan bahan utama :

  • Lumurkan ikan dengan garam kunyit, bawang putih dan gaul dengan tepung jagung. Kemudian, bakar atau goreng ikan tersebut.
  • Celurkan bihun dengan air panas mendidih.
  • Hiris timun atau sediakan daun salad sebagai hiasan.

Nota:

  1. Jika anda tidak suka makan ikan, anda boleh gantikan ikan kepada sotong bakar, udang bakar ataupun lain-lain jenis daging bakar.

Sumber:

https://siamsizzles.com/thai-leaf-wrapped-grilled-fish-recipe-miang-pla-pao

https://www.eatingthaifood.com/thai-grilled-fish-recipe-pla-pao/

https://www.tastythais.com/salt-baked-fish/

Summary
Mudah Sangat Cara Membuat Miang Pla!
Article Name
Mudah Sangat Cara Membuat Miang Pla!
Description
Apa itu Miang Pla? Miang pla adalah salah satu makanan dari negara Thailand. Makanan ini adalah ikan bakar yang dimakan bersama dengan bihun dan daun salad.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: