Motilium
MOTILIUM adalah ubat antiemetik dan prokinetik. Ia berfungsi menyekat tindakan pengutus kimia pada otak yang menyebabkan rasa mual dan muntah,

Motilium adalah ubat antiemetik dan prokinetik. Ia berfungsi menyekat tindakan pengutus kimia pada otak yang menyebabkan rasa mual dan muntah, serta meningkatkan pergerakan atau pengecutan perut dan usus. Ini adalah proses penting bagi membolehkan makanan bergerak dengan lebih mudah melalui perut.

Kegunaan Motilium

Motilium digunakan untuk merawat keadaan berikut pada orang dewasa:

  • Pening dan muntah
  • Ketidakselesaan (gastroparesis)

Cara Pengambilannya

Ikuti semua arahan yang diberikan doktor atau ahli farmasi anda dengan berhati-hati. Arahan doktor atau ahli farmasi anda mungkin berbeza dengan maklumat yang terdapat di sini.

Pengambilan Motilium oral disyorkan diambil 15 hingga 30 minit sebelum makan. Sekiranya ia diambil selepas makan, penyerapan ubat adalah agak lambat.

Sekiranya anda tidak memahami arahan pada kotak / botol, minta bantuan daripada doktor atau ahli farmasi anda.

Langkah Berjaga – Jaga dan Amaran Penggunaan Motilium

Jangan mengambil ubat ini jika anda mempunyai:

  • alergi terhadap Motilium, atau salah satu bahan di dalamnya
  • tumor kelenjar pituitari yang disebut prolaktinoma
  • menghidap penyakit hati
  • peningkatan pengecutan perut atau usus, misalnya, jika anda mengalami pendarahan, penyumbatan atau tusukan pada saluran gastrousus
  • masalah jantung, termasuklah degupan jantung yang tidak normal
  • mengambil ubatan lain yang mengandungi bahan aktif ketoconazole, voriconazole, itraconazole, posaconazole yang digunakan untuk merawat jangkitan kulat
  • mengambil ubatan lain yang mengandungi bahan aktif ritonavir atau saquinavir yang digunakan untuk merawat HIV
  • mengambil ubatan lain yang mengandungi bahan aktif telaprevir yang digunakan untuk merawat hepatitis C
  • mengambil antibiotik yang mengandungi bahan aktif erythromycin, clarithromycin atau telithromycin.

Jangan gunakan Motilium jika bungkusan asli koyak atau menunjukkan tanda-tanda sudah terbuka. Serta, jangan gunakan ubat yang sudah melebihi tarikh luput (bulan dan tahun) yang dicetak pada pek.

Kesan Sampingan Motilium

Semua ubat boleh memberi kesan sampingan. Kadangkala ia adalah kesan yang serius, tapi selalunya ia tidaklah sebegitu. Anda mungkin memerlukan rawatan perubatan jika anda mengalami kesan sampingan.

Jangan bimbang dengan senarai kemungkinan kesan sampingan ini. Anda mungkin tidak mengalami salah satu daripadanya. Bertanyakan pada doktor atau ahli farmasi anda untuk menjawab sebarang pertanyaan anda.

Beritahu doktor jika anda mengalami salah satu perkara berikut:

  • Sakit kepala, masalah tidur, kegelisahan, kemurungan, pening, letih atau mudah marah.
  • Mengantuk, keletihan atau kejang, kegelisahan.
  • Mulut kering atau dahaga.
  • Regurgitasi, cirit-birit, sembelit, loya, perubahan selera makan atau pedih ulu hati.
  • Ruam atau kulit gatal.
  • Mata gatal dan kelopak mata berkerak dengan keputihan.
  • Ulser mulut atau luka sejuk.

Ini adalah kesan sampingan ringan dari Motilium. Beritahu doktor jika ia berterusan.

  • Pergerakan muka atau lengan dan kaki yang tidak terkawal, terketar-ketar, otot kaku atau kejangan.
  • Tidak datang haid atau tempoh haid tidak teratur.
  • Rembesan susu ibu yang luar biasa atau keinginan seks pada lelaki atau wanita menurun.
  • Payudara lembik atau membesar (lelaki dan wanita).

Berhenti menggunakan ubat ini dan beritahu doktor anda dengan segera jika anda mempunyai reaksi alergi terhadap Motilium.

Kontraindikasi Motilium

Motilium dikontraindikasikan dalam situasi berikut:

  • Hipersensitiviti terhadap domperidone atau mana-mana ‘excipients’.
  • Tumor hipofisis yang melepaskan prolaktin (prolaktinoma).
  • Penggunaan pada kanak-kanak 2 tahun ke bawah.
  • Diambil bersama dengan perencat CYP3A4 yang kuat.
  • Pengambilan bersama ubat-ubatan yang memanjangkan selang QTc.
  • Mempunyai pendarahan gastrousus, penyumbatan mekanikal, atau perforasi.
  • Pesakit dengan masalah gangguan hati yang sederhana atau teruk.

Interaksi Motilium

Beritahu doktor atau ahli farmasi jika anda mengambil ubatan lain, termasuklah ubat yang anda dapatkan tanpa preskripsi daripada farmasi, pasar raya atau kedai makanan kesihatan.

Ini termasuklah:

  • Ubat untuk merawat jangkitan kulat, seperti ketoconazole, fluconazole, itraconazole dan voriconazole.
  • Ubat antikolinergik (digunakan untuk mencegah mabuk perjalanan).
  • Agonis Dopaminergik (digunakan untuk merawat penyakit Parkinson atau gangguan pencernaan).
  • Antibiotik, seperti clarithromycin, telithromycin dan erythromycin.
  • Ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan HIV, seperti amprenavir, atazanavir, fosamprenavir, indinavir, nelfinavir, ritonavir dan saquinavir.
  • Ubat yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi atau sakit dada, seperti diltiazem dan verapamil.
  • Amiodarone yang digunakan untuk merawat degupan jantung yang laju.
  • Aprepitant yang digunakan untuk merawat mual dan muntah.
  • Antidepresan yang dipanggil nefazodone.
  • Ubat yang meneutralkan atau mengurangkan jumlah asid perut, seperti antasid.

Ubat-ubatan ini mungkin berinteraksi dengan Motilium atau boleh mempengaruhi seberapa baik ia berfungsi.

Doktor atau ahli farmasi anda juga boleh memberitahu anda apa yang harus dilakukan jika anda mengambil ubat-ubatan tersebut.

Dos Motilium

Dewasa dan remaja 12 tahun ke atas (berat 35 kg ke atas) dan kanak-kanak 12 tahun ke bawah (berat 35 kg ke atas)

Dos Motilium mestilah efektif pada dos yang rendah untuk situasi individu (biasanya 30 mg / hari) dan boleh ditingkatkan jika perlu kepada dos oral maksimum iaitu sebanyak 40 mg.

SUMBER

https://www.mims.com/malaysia/drug/info/motilium

https://www.myvmc.com/drugs/motilium/

https://www.medsafe.govt.nz/profs/Datasheet/m/motiliumtab.pdf

Summary
Motilium (Pening/ Muntah) - Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Article Name
Motilium (Pening/ Muntah) - Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Description
Motilium adalah ubat antiemetik dan prokinetik. Ia berfungsi menyekat tindakan pengutus kimia pada otak yang menyebabkan rasa mual dan muntah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: