Molluscum yang berjangkit
‘Molluscum yang berjangkit’ adalah virus yang boleh menyebabkan jangkitan kulit.

‘Molluscum yang berjangkit’ adalah virus yang boleh menyebabkan jangkitan kulit. Ia mendorong kepada tompokan atau benjolan kecil, merah dan berkilat. Benjolan ini tidak menyakitkan atau gatal. Namun, ia boleh dijangkiti dan menjadi merah, bengkak serta tidak selesa. Selain itu, virus ini tersebar melalui sentuhan kulit ke kulit dengan individu yang menghidapinya. Anda juga boleh mendapatkannya dengan menyentuh objek (seperti tuala) yang mempunyai virus ini di atasnya.

Simptom Molluscum yang berjangkit

Tanda-tanda dan simptom ‘Molluscum yang berjangkit’ termasuklah ruam pada kulit dengan ciri-ciri berikut:

  • Ia rasa timbul, bulat dan berwarna seperti kulit kita.
  • Ia kecil, biasanya dengan diameter kurang daripada 1/4 inci (kurang daripada 6 mm).
  • Ia mempunyai lubang kecil (berlekuk ke dalam) atau titik di bahagian atas berhampiran pusat.
  • Ia mungkin kemerahan dan membengkak.
  • Ia boleh menyebabkan gatal-gatal.
  • Ia mudah terkopek/ terkeluar jika seseorang menggaru atau menggosok, dan itu boleh menyebabkan virus tersebar ke kawasan kulit bersebelahan.
  • Ia biasanya muncul di muka, leher, ketiak dan bahagian atas tangan kanak-kanak.
  • Ia boleh muncul di alat kelamin, di bahagian bawah abdomen dan di bahagian atas paha individu dewasa jika jangkitan itu dijangkiti secara seksual.

Punca Molluscum yang berjangkit

‘Molluscum yang berjangkit’ boleh merebak melalui hubungan rapat, sentuhan secara langsung dengan orang yang dijangkiti, biasanya melalui sentuhan kulit ke kulit iaitu melalui aktiviti seksual. Ia juga boleh merebak ke bahagian tubuh yang berlainan, serta dijangkiti orang lain jika mereka menyentuh objek yang tercemar seperti tuala.

Seterusnya, kebanyakan individu mempunyai daya tahan terhadap virus ini. Jadi, mereka mungkin tidak dijangkiti dengan virus ini melainkan sistem imun mereka dikompromi.

Virus ini boleh menjadi berjangkit sehinggalah benjolan itu hilang.

Dalam kalangan kanak-kanak, ‘Molluscum yang berjangkit’ adalah perkara biasa yang sering berlaku. Memandangkan ia tidak berbahaya dan tidak terbatas, anak anda masih boleh menghadiri sekolah seperti biasa.

Diagnosis Molluscum yang berjangkit

Umumnya, doktor boleh mendiagnosis penyakit ‘Molluscum yang berjangkit ‘dengan pemerhatian yang mudah. Sekiranya berlaku sebarang keraguan, doktor boleh menggosok kawasan kulit yang dijangkiti untuk mengambil sampel dan melihatnya di bawah mikroskop.

Faktor Risiko Molluscum yang berjangkit

Sesiapa sahaja boleh mendapatkan penyakit ini namun sesetengah individu lebih berisiko mendapatnya termasuklah:

  • Kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.
  • Individu yang tinggal di kawasan tropika.
  • Individu yang terlibat dalam sukan bersentuhan di mana hubungan kulit dengan kulit lebih kerap berlaku.
  • Sesiapa yang mempunyai sistem imun yang lemah.
  • Individu dengan dermatitis atopik.

Rawatan Molluscum yang berjangkit

Nasihat perubatan tidak semestinya diperlukan, kerana penyakit ini tidak membataskan kehidupan individu. Jika individu mempunyai luka yang besar di muka atau leher, keadaan kulit yang sedia ada, atau bimbang mengenai penyebaran virus, individu tersebut dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan.

Pilihan rawatan termasuk:

  • ‘Curettage’: Rawatan ini melibatkan mengikis papul (papule) dengan menggunakan alat pengikis (curet) iaitu alat berbentuk sudu dengan bahagian tajam di hujungnya. Prosedur ini dilakukan di bawah anestetik tempatan.
  • ‘Cryotherapy’: Rawatan ini menggunakan semburan cecair dengan tekanan untuk membekukan papul. Setiap luka dibekukan selama 10 saat, atau sehingga lapisan ais terbentuk di tempat luka dan kulit di sekitarnya. Kadangkala, beberapa sesi mungkin diperlukan.
  • ‘Diathermy’: Rawatan ini menggunakan peranti elektrik yang dipanaskan untuk membakar ‘mollusca’ di bawah anestetik tempatan.
  • Terapi laser: Rawatan ini menggunakan sinaran cahaya yang sempit untuk merawat ‘Molluscum yang berjangkit’.
  • Rawatan kimia: Doktor akan mencelup instrumen logam tajam ke dalam ‘podophylli’n atau ‘phenol’ dan kemudiannya menoreh setiap ‘mollusca’. Ini akan membuatnya pecah dan dapat mengosongkan kandungannya. Namun begitu, rawatan kimia ini boleh menyebabkan parut dan prosedurnya dikatakan kurang selesa.

Sekiranya dermatitis atau ekzema berkembang di sekitar papul, doktor boleh mencadangkan krim ‘hydrocortisone’, iaitu sejenis minyak untuk melegakan sebarang gatal-gatal, atau preskripsi steroid topikal. Ini digunakan pada kawasan dermatitis dan bukannya pada papul.

Selain itu, sesiapa yang mempunyai sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan pakar, bergantung kepada seteruk mana ‘Molluscum yang berjangkit’ serta sebab sistem imun yang lemah.

Penyakit ‘Molluscum yang berjangkit’ tidak kekal aktif dalam badan, dan ia bukanlah keadaan yang berulang. Apabila ia hilang, ia tidak akan kembali kecuali terdapat jangkitan baru.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJMicm1705273

SUMBER

https://www.healthline.com/health/molluscum-contagiosum

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/molluscum-contagiosum/symptoms-causes/syc-20375226

https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/guide/molluscum-contagium

https://www.medicalnewstoday.com/articles/179609

Summary
Molluscum yang berjangkit (Molluscum Contagiosum) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Molluscum yang berjangkit (Molluscum Contagiosum) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
‘Molluscum yang berjangkit’ adalah virus yang boleh menyebabkan jangkitan kulit. Ia mendorong kepada tompokan atau benjolan kecil, merah dan berkilat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: