Pelembap muka kulit berminyak
Pelembap yang sempurna akan menenangkan kulit anda

Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak dan mencari moisturizer untuk kulit berminyak yang sempurna, jangan risau lagi! Setiap wanita berhak mendapat kulit yang sempurna dan bersinar.

Produk-produk pelembap ini akan membantu menghilangkan masalah kulit berminyak anda.

1. Clinique Moisture Surge 72-Hour Auto-Replenishing Hydrator

Meskipun dianggap pendatang baru dalam pasaran pelembap tetapi produk ini berjaya mengejutkan semua pengguna dengan kehebatannya!

Moisturizer untuk kulit berminyak ini diformulasikan dengan bahan-bahan hebat seperti gliserin, ekstrak Birch Bark, aloe vera, kafein dan asid hialuronik.

Gabungan ini meningkatkan pertahanan kulit anda dan memastikan kulit anda kekal hidrat untuk jangka masa yang lebih lama!

Cuba Clinique Moisture Surge 72-Hour Auto-Replenishing Hydrator hari ini untuk kulit yang lembap dan berseri!

Clinique Moisture Surge 72-Hour Auto-Replenishing Hydrator

2. Neutrogena Hydro Boost Water Gel

Ia diformulasikan untuk meningkatkan penghidratan pada kulit anda agar tetap kelihatan sihat dan berseri.

Dengan formula asid hialuronik, ia menggandakan kelembapan pada kulit anda hanya dalam satu jam dan menjadikannya lembap sepanjang hari.

Ia adalah gel air ringan yang membuatkan anda terasa segar ketika disapu pada wajah. Ini membantu menenangkan kulit anda dan berfungsi sebagai manfaat tambahan, jika anda mempunyai kulit yang berjerawat.

Hidupkan kulit yang lembut dan berseri dengan Neutrogena Hydro Boost Water Gel.

Neutrogena Hydro Boost Water Gel

3. Cetaphil Moisturizing Lotion

Cetaphil memberikan formulasi sempurna moisturizer untuk kulit berminyak yang mewah, anda tidak akan terasa berminyak atau berat pada kulit wajah.

Ia berfungsi untuk memperbaiki kulit kering anda dan menghilangkan kulit yang mengelupas dalam beberapa hari!

Meskipun anda bukan jenis kulit kering tetapi Cetaphil Moisturizing Lotion adalah pilihan untuk beralih jika anda tiba-tiba mengalami kulit kering. Anda bahkan boleh menggunakannya di seluruh badan anda!

Cetaphil Moisturizing Lotion

4. Innisfree Green Tea Balancing Lotion

Innisfree Green Tea Balancing Lotion kaya dengan asid amino dan merupakan antioksidan semula jadi daripada daun teh hijau Jeju.

Ia adalah moisturizer untuk kulit berminyak yang ringan, tidak terasa terlalu berat dan mudah diserap oleh kulit anda.

Losyen ini juga mempunyai bau yang sangat menyegarkan dan menyenangkan, bagus digunakan sebelum memulakan hari anda atau sebelum tidur pada waktu malam.

Jatuh cinta lagi dengan kulit anda bersama Innisfree Green Tea Balancing Lotion.

Innisfree Green Tea Balancing Lotion

5. Bio-Essence Hydra Tri-Action Aqua Moisturizing Gel

Bio-Essence Hydra Tri-Action Aqua Moisturizing Gel adalah sebahagian daripada barisan produk Hydra Tri-Action Bio-Essence.

Dengan daya penghidratan 3 kali ganda, barisan produk ini dirumus khas untuk kulit berminyak dengan memastikan kulit anda mendapat penghidratan mendalam untuk mengurangkan pengeluaran minyak.

Ia juga mempunyai sensasi penyejukan dan ringan ketika digunakan. Hasilnya dapat dilihat dengan pantas. Segera dapatkannya dan rasakan hasil kulit yang berseri.

Bio-Essence Hydra Tri-Action Aqua Moisturizing Gel

6. Cosrx Oil Free Ultra Moisturizing Lotion

Sekiranya anda mencari moisturizer untuk kulit berminyak yang ringan serta mempunyai kesan menenangkan pada kulit anda, anda harus mencuba Cosrx Oil Free Ultra Moisturizing Lotion.

Oleh kerana ia mempunyai formulasi bebas minyak, ia terasa ringan di wajah anda dan mudah diserap oleh kulit anda tanpa meninggalkan kesan putih.

Hasilnya adalah kulit yang halus, hidrat serta lembut seperti bayi. Pelembap yang boleh dipercayai untuk kegunaan seharian, anda perlu dapatkan Cosrx Oil Free Ultra Moisturizing Lotion.

Cosrx Oil Free Ultra Moisturizing Lotion

7. Clinelle Purifying Gel Moisturizer

Clinelle Purifying Gel Moisturizer adalah jawapannya jika anda mengalami jerawat yang kerap dan biasanya mempunyai kulit berminyak.

Ia mengembalikan kelembapan, memperbaiki pertahanan kulit anda dan menghalang pembiakan bakteria jerawat. Ia juga membantu mengawal pengeluaran sebum dan tidak membuatkan kulit anda berminyak.

Apabila digunakan pada kulit anda, terasa sedikit kesan antiseptik tetapi tetap memberikan anda rasa yang menenangkan dan menyegarkan. Atasi masalah jerawat dan lebihan minyak dengan Clinelle Purifying Gel Moisturizer.

Clinelle Purifying Gel Moisturizer

8. Always Be Pure Forest Therapy Ultra Calming Cream

Always Be Pure Forest Therapy Ultra Calming Cream hampir menyerupai gel moisturizer untuk kulit berminyak yang ringan, namun membekalkan kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit anda.

Bekas yang mengandungi 50ml krim ini boleh tahan lama selama beberapa bulan, jadi ia sangat berbaloi! Anda akan berasa puas hati dengan hasilnya selama anda menggunakannya hari demi hari.

Always Be Pure Forest Therapy Ultra Calming Cream juga sesuai digunakan pada kulit sensitif.

 Always Be Pure Forest Therapy Ultra Calming Cream

9. Nature Republic Aloe Vera Soothing Gel

Dengan formulasi bebas minyak, Nature Republic Aloe Vera Moisturizer sangat ringan dan tidak berminyak pada kulit. Anda juga dapat merasakan sensasi penyejukan daripada aloe vera membantu menyejukkan kulit anda.

Ia juga dapat mengawal pengeluaran minyak kulit kerana ia mengekalkan tahap minyak dan kelembapan yang optimum pada kulit anda.

Ini menjadikannya sangat sesuai jika anda mempunyai kulit berminyak! Jawapan untuk kulit yang sihat adalah Nature Republic Aloe Vera Soothing Gel, bertindak sebagai moisturizer yang sangat bagus.

Nature Republic Aloe Vera Moisturizer

10. Nivea Men Deep Mattifying Fluid Moisturizer

Setiap orang memerlukan penjagaan kulit yang lembut, tidak kira jantina. Walaupun moisturizer untuk kulit berminyak ini sangat menghidratkan, ia tidak terasa berminyak di wajah anda dan mudah diserap.

Ia juga membantu mengawal pengeluaran minyak sepanjang hari agar kulit anda kekal matte sepanjang masa!

Anda tidak perlu lagi selalu membasuh wajah anda pada siang hari dengan Nivea Men Deep Mattifying Fluid Moisturizer.

Nivea Men Deep Mattifying Fluid Moisturizer

SUMBER

https://productnation.co/my/beauty/skin-care/6380/best-face-moisturizer-malaysia/#p-recommendation

Summary
Moisturizer untuk kulit berminyak menyelesaikan masalah kulit berminyak anda
Article Name
Moisturizer untuk kulit berminyak menyelesaikan masalah kulit berminyak anda
Description
Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak dan mencari moisturizer untuk kulit berminyak yang sempurna, jangan risau lagi!
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: