mist

Mist adalah produk penjagaan kulit yang mempunyai molekul ringan dan cair. Ia direka khas untuk menambahkan penghidratan pada kulit. Namun begitu, setiap penghasilan mist berbeza bergantung kepada formulasi dan bahan kandungannya.

Ramai yang salah anggap antara toner dan juga mist. Toner dirumuskan khas untuk menghidrat dan membuang kotoran yang tertinggal pada muka selepas mencuci muka.

Manakala, mist pula adalah tambahan produk penghidratan yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Ketika kulit tidak memakai sebarang produk atau selepas mengenakan solekan. Berita baiknya, kami kongsikan 10 mist terbaik khas untuk kulit berminyak & sensitif.


La Roche Posay Serozinc Mattifying and Soothing Face Mist – Oily Skin 50ml

RM 34.90

  • Membersih, menghidrat dan menenangkan kulit yang iritasi.
  • Mempunyai Sifat anti-sebum dan bersifat astringen
  • Serozinc adalah toner astringen dirumuskan khas untuk kulit berminyak dan mempunyai masalah seperti mudah naik jerawat.
  • Membantu mengawal pengeluaran sebum dan mengurangkan minyak berlebihan pada muka.
  • Melegakan kesan kemerahan atau kerengsaan pada kulit sensitif  dan membersihkan liang pori.
  • Semburkan wajah dan biarkan ia sehingga meresap menggunakan tapak tangan yang bersih.


Aiken Prebiotic Hydra Plus Face Mist 100ml

RM 16.98

Diformulasi dengan Prebiotik Semula Jadi dari Perancis dan Air Beras dari Korea, rangkaian AIKEN Hydra Plus ini telah terbukti dapat meningkatkan penghidratan kulit secara dalaman dan luaran.

  • Memberi penghidratan segera untuk memastikan kulit kekal segar dan berseri semulajadi.
  • Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik sebagai pertahanan lapisan kulit agar kulit lebih sihat.
  • Meningkatkan kehalusan kulit dan keanjalan kulit.
  • Berkesan dan tahan lama untuk wajah, leher dan bahagian kulit yang kekeringan.


Eucerin Aquaporin Active Sensitive Skin Spray 50ml

RM 26.90

Mampu mengunci kelembapan sebanyak 30x, mempunyai penghidratan tahan lama dan menenangkan kulit sensitif.

  • Melembapkan kulit
  • Meredakan kulit iritasi
  • Mempunyai kesan penyejukan
  • Mengecilkan pori
  • Melicinkan kulit
  • Mencerahkan kulit
  • Menyegarkan kulit

Cara Penggunaan:

  • Pegang botol pada jarak 20cm dari wajah dan semburkan kepada keseluruhan muka, leher dan sekitar wajah.


Nano White Fresh Miracle Mist 125ml

RM 18.40

Nano White Fresh Miracle Mist 125ml ini mempunyai 9 dalam 1 khasiat untuk kulit yang berminyak. Antara kelebihannya adalah:

  • Mengecilkan penampilan pori
  • Memperbaiki liang pori
  • Mencerahkan kulit
  • Mengurangkan sebum berlebihan
  • Mengurangkan jerawat
  • Memulihkan keseimbangan kulit
  • Meredakan kulit yang berjerawat
  • Menyegarkan kulit
  • Menghidrat kulit supaya kulit menjadi cerah dan berseri
mist


Swisse Rose Water Hydrating Mist Toner 125ml (Certified Organic)

RM 39.99

Swisse mengandungi bahan botanical semulajadi seperti Aloe Vera dan Organic Rose Hip Extract untuk melembutkan kulit dan memberikan kesan penghidratan segera.

  • Sesuai untuk kulit sensitif-kering
  • Diperbuat dengan ekstrak Rose Hip Organik yang diiktiraf
  • Boleh digunakan sebagai mist sebelum dan selepas solekan.
  • Boleh digunakan sebelum atau selepas solekan.
mist


Sukin Hydrating Toner 125ml

RM 39.90

  • Menggabungkan Chamomile dan Rosewater untuk menenangkan, membersihkan dan menyejukkan kulit anda yang letih.
  • Ia merupakan mist serbaguna kerana boleh digunakan sebelum dan selepas membersihkan muka
  • Boleh dijadikan sebagai setting spray selepas bersolek untuk memberikan kulit yang lembap!

Tips:

  • Simpan di dalam peti sejuk untuk menyegarkan kulit dengan serta-merta pada hari-hari panas.
mist

Wardah Lightening Face Mist 60ml

RM 45.00

Wardah mencerahkan dan melindungi wajah anda dari sinar Blue Light. Dirumus khas untuk membantu mengekalkan penampilan solek yang tahan lama.

Kelebihan Wardah:

  • 3 in 1 face mist, makeup primer & setting spray
  • Telah diuji secara klinikal
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Melembapkan dan menyegarkan kulit
  • Tidak melekit dan cepat meresap
  • Cara penggunaan, semburkan sahaja pada jarak jauh dan biarkan ia meresap dengan baik.
  • Solekan akan lebih tahan lama dan kulit hidrat dengan baik.
mist


Bio-Essence Bio Water Energizing Water 300ml

RM 69.90

  • Pelembap segera kulit
  • Telah diuji secara klinikal
  • Melembapkan & menyejukkan kulit
  • Mengecilkan penampilan pori
  • Mengawal pengeluaran minyak
  • Menyeimbangkan tahap pH
  • Formulasi hypoallergenic
  • Sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit sensitif
mist


Safi Hydra Glow Hydrating Water Lock Spray 75ml

RM 29.90

  • Diformulasikan dengan keseimbangan pH kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Diperkaya dengan pelembap semula jadi untuk mengunci penghidratan, menjadikan kulit sentiasa lembut, terhidrat dan berseri.
  • Fermented Rice Extract: Pelembap kulit semula jadi yang meningkatkan cahaya dan ketelusan kulit
  • Vitamin B5: Mengekalkan kelembapan, melegakan kekeringan kulit dan mengembalikan kehalusan kulit.
  • HA: Mengunci kelembapan kulit dengan berkesan, menguatkan penghalang kulit dan meningkatkan keanjalan untuk kulit yang terhidrat.
  • Semburkan secara merata ke wajah yang baru dibersihkan dan dilembapkan.
mist


Nuxe Very Rose Tonic Spray 200ml

RM 79.90

NUXE sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Ia boleh melembap, menenangkan dan menyegarkan sambil menjaga kestabilan lapisan kulit.

  • Mempunyai bauan haruman mawar yang lembut
  • Menyelesaikan masalah kulit
  • Membersihkan kotoran terkumpul setiap hari,
  • Dijadikan sebagai bahan penanggal solekan
  • Boleh digunakan pada waktu pagi atau petang.
  • Mereka yang berumur 12 tahun ke atas boleh cuba
  • Diformulasikan tanpa: alkohol, parabens, silikon, sulfat.
  • Semburkan NUXE ke wajah dari jarak 15cm. Biarkan sehingga kering atau lapkan lebihan dengan tisu.

Perlu diingatkan mist hanya untuk kegunaan luaran sahaja, elakkan terkena mata, jauhkan dari jangkauan kanak-kanak dan hentikan penggunaan jika terdapat tanda-tanda kerengsaan atau ruam muncul.

Tagged: