Misofonia
Adakah bunyi harian tertentu mencetuskan tindak balas emosi yang lebih tinggi, tetapi tidak sepatutnya mengganggu orang lain?

Adakah bunyi harian tertentu mencetuskan tindak balas emosi yang lebih tinggi, tetapi tidak sepatutnya mengganggu orang lain? Ini adalah apa yang berlaku dalam keadaan Misofonia, iaitu rasa tidak suka atau membenci bunyi tertentu.

Simptom Misofonia

Ciri utama Misofonia adalah tindak balas yang melampau, seperti kemarahan atau bertindak agresif kepada individu yang membuat bunyi tertentu.

Kekuatan tindak balas serta bagaimana individu dengan keadaan ini bertindak balas terhadapnya adalah sangat bervariasi. Sesetengah individu mungkin mengalami gangguan dan meradang, sementara yang lain pula akan mengamuk dengan serta merta.

Selain itu, penyakit ini boleh berlaku pada mana-mana golongan dengan pelbagai peringkat umur tidak kira lelaki mahupun wanita. Individu biasanya mula menunjukkan gejala pada zaman kanak-kanak atau peringkat awal remaja.

Bagi kebanyakan individu, episod pertama mereka mendapat Misofonia dicetuskan oleh satu bunyi tertentu, tetapi bunyi tambahan juga boleh membawa kepada tindak balas dari semasa ke semasa.

Individu dengan penyakit ini mula menyedari bahawa reaksi mereka terhadap bunyi adalah berlebihan, dan intensiti perasaan mereka boleh membuatkan mereka berfikir bahawa mereka telah kehilangan kawalan.

Kajian terdahulu telah mengenal pasti tindak balas berikut sebagai gejala Misofonia:

  • Kerengsaan yang beralih kepada kemarahan.
  • Jijik yang beralih kepada kemarahan.
  • Menjadi agresif secara lisan kepada individu yang membuat bunyi bising.
  • Menjadi agresif secara fizikal dengan objek, kerana kebisingan.
  • Menyerang secara fizikal kepada individu yang membuat bunyi bising.
  • Mengambil tindakan mengelak berada di sekitar individu yang membuat bunyi bising.

Sesetengah individu dengan kepekaan (sensitif) terhadap bunyi seperti ini mungkin mula meniru bunyi yang mencetuskan tindak balas marah dan agresif mereka.

Hanya dengan berfikir tentang bunyi yang mencetuskan Misofonia sahaja boleh membuatkan individu dengan keadaan ini berasa tertekan dan tidak tenang. Pada umumnya, mereka mungkin mempunyai lebih banyak gejala seperti kegelisahan, kemurungan dan neurosis daripada yang lain.

Selain tindak balas emosi, kajian juga mendapati bahawa individu yang mengalami Misofonia biasanya boleh mengalami beberapa reaksi fizikal, termasuk:

  • Tekanan di seluruh badan, terutamanya bahagian dada.
  • Ketegangan otot.
  • Peningkatan tekanan darah.
  • Denyutan jantung yang cepat.
  • Peningkatan suhu badan.

Punca Misofonia

Doktor masih tidak pasti apa yang menyebabkan keadaan ini tetapi apa yang pasti adalah ia bukan berpunca daripada masalah dengan telinga anda. Mereka berfikir bahawa ia berpunca kerana sebahagian faktor mental dan sebahagian faktor fizikal. Ia juga dikaitkan dengan bagaimana bunyi boleh menjejaskan otak dan mencetuskan tindak balas automatik di dalam badan anda.

Diagnosis Misofonia

Sumber utama untuk mendiagnosis gangguan kesihatan mental DSM-5, dan ia tidak dapat untuk menyenaraikan Misofonia. Secara teknikal, ini bermakna seseorang tidak dapat didiagnosis dengan keadaan ini.

Walau bagaimanapun, pakar telah menubuhkan sepasukan ahli pakar termasuk ahli audiologi, doktor perubatan dan pakar psikiatri dengan pengetahuan minat mendalam mengenai Misofonia bagi membantu individu dengan keadaan Misofonia ini.

Rawatan Misofonia

Tiada ubat atau rawatan khusus yang dikatakan boleh merawat penyakit Misofonia.

Meniru bunyi bising yang mencetus Misofonia adalah tindak balas tanpa sedar bagi sesetengah individu yang berasa terganggu dengan bunyi tersebut yang mencetuskan masalah Misofonia itu. Perbuatan meniru bunyi ini membolehkan mereka mengendalikan keadaan tidak selesa itu dengan lebih baik.

Individu yang mengalami Misofonia juga telah membentuk mekanisme bagi menangani keadaan ini yang lain untuk memberi bantuan kepada mereka.

Petua untuk menguruskan sensitiviti bunyi termasuk:

  • Menggunakan fon kepala dan muzik untuk menenggelamkan bunyi yang boleh mencetuskan keadaan Misofonia.
  • Memakai penyumbat telinga untuk mengehadkan gangguan bunyi.
  • Memilih tempat duduk di atas bas dan di restoran yang jauh dari bunyi yang boleh mencetuskan masalah ini.
  • Mengamalkan penjagaan diri dengan rehat dan meditasi untuk mengurangkan tekanan.
  • Jika boleh, tinggalkan situasi atau keadaan yang ada bunyi mengganggu atau menjengkelkan anda.
  • Mencari doktor atau terapi yang boleh menyokong keadaan anda.
  • Bercakap untuk menjelaskan keadaan Misofonia anda dengan tenang dan terus terang dengan rakan-rakan dan orang tersayang.

SUMBER

https://www.webmd.com/mental-health/what-is-misophonia#:~:text=Misophonia%20is%20a%20disorder%20in,and%20the%20need%20to%20flee.

https://www.medicalnewstoday.com/articles/320682

https://www.healthline.com/health/misophonia

https://www.medicinenet.com/misophonia/article.htm

Summary
Misofonia (Misophonia) - Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Article Name
Misofonia (Misophonia) - Simptom, Punca, Diagnosis dan Rawatan
Description
Misofonia berlaku apabila ada bunyi harian tertentu yang mencetuskan tindak balas emosi lebih tinggi, tetapi tidak sepatutnya mengganggu orang lain.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: