Now Reading
Miri Hotel: 8 Tempat Menginap Bajet Dan Menarik

Miri Hotel: 8 Tempat Menginap Bajet Dan Menarik

miri hotel

Anda pastinya mencari-cari Miri Hotel sekiranya ke bandar tersebut. Miri merupakan salah sebuah lokasi pelancongan popular di Sarawak. Walaupun lebih dikenali dengan telaga minyak, sebenarnya terdapat banyak tempat-tempat menarik di Miri yang boleh dilawati jika anda berkunjung ke sana.

Ia mempunyai beberapa buah Taman Negara yang merupakan tarikan utama pelancong alam semulajadi, lokasi sejarah, tempat membeli-belah dan destinasi menarik lain. Buat anda yang ingin bercuti ke Miri, kali ini kami akan kongsikan maklumat mengenai bandaraya ke-10 di Malaysia ini sebagai panduan untuk merancang perjalanan anda.

Ingin melancong ke bandar minyak (MIRI)? Dibawah ini kami cadangkan 8 hotel bajet murah di Miri yang anda patut semak di mana harga kesemua hotel ini adalah dibawah harga rm150.

1. Dynasty Hotel Miri Dari RM135 Semalam

Dynasty Hotel Miri ini terletak di bandar Miri, dalam lingkungan 4.5 km dari Pusat Beli-belah Boulevard. Ia menawarkan bilik sauna dan wap, dan anda boleh menjamu selera di restoran di lokasi. Ia berjarak 350 meter ke Pusat Kraftangan Miri, manakala Bintang Megamall terletak sejauh 800 meter. Miri Waterfront dan Permaisuri Imperial City Mall berjarak 1.1 km dari Dynasty Hotel Miri. Kuil Tao San Qing Tien terletak 4.9 km dari hotel ini. Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Miri, 9.6 km dari hotel ini. Hotel ini menawarkan perkhidmatan shuttle berjadual percuma dari hotel untuk ke pusat membeli-belah terpilih.

Kemudahan lain di dalam bilik juga menawarkan WiFi percuma di seluruh premis. Semua bilik di hotel ini berhawa dingin dan mempunyai TV. Beberapa bilik menyediakan ruang duduk untuk kemudahan anda. Cerek disediakan di dalam bilik. Bilik-bilik menyediakan bilik mandi peribadi dengan set-set mandian percuma dan pengering rambut disediakan untuk keselesaan anda.

Anda boleh mendapatkan khidmat kaunter penerimaan pelangan 24 jam untuk penukaran mata wang dan perkhidmatan concierge. Kemudahan lain yang disediakan di hotel ini termasuk pusat gym dengan mesin bersenam yang serba lengkap.

2. Nova Hotel Miri, Dari RM113 Semalam

Nova Hotel Miri terletak di Miri, Sarawak, 5 km dari Kuil Tao San Qing Tien. Hotel yang bertaraf 2 bintang ini menawarkan kaunter penerimaan pelangan 24 jam, lounge berkongsi dan WiFi percuma. Tempat penginapan ini bebas rokok dan terletak 3.8 km dari Pusat Beli-belah Boulevard. Bilik-bilik yang berhawa dingin ini menyediakan TV skrin rata dengan saluran satelit, cerek, bidet, pengering rambut dan meja. Bilik-bilik di hotel ini menampilkan bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian dan peralatan mandian percuma, serta menikmati pemandangan bandaraya. Semua unit mempunyai almari pakaian yang serba lengkap.

3. Jinhold Service Apartment Miri, Dari RM128 Semalam

Jinhold Service Apartment Miri adalah tempat penginapan layan diri yang menawarkan apartmen 1, 2 atau 3 bilik tidur yang dilengkapi dengan Wifi secara percuma. Tempat letak kenderaan percuma disediakan di tempat penginapan, yang juga mempunyai kaunter penerimaan pelangan 24 jam.

Apartmen ini terletak 11 km dari Lapangan Terbang Miri. Kuil San Qing Tien Taoist berjarak 19.3 km jauhnya manakala Kompleks Membeli-belah Boulevard terletak 7 minit dari Jinhold Service Apartment Miri ini. Semua apartmen mempunyai balkoni serta ruang tempat duduk dilengkapi dengan TV satelit skrin rata. Ruang makan dan dapur kecil dengan cerek elektrik serta peti sejuk juga disediakan.

Bilik mandi peribadi menawarkan pancuran mandian. Para pelangan mempunyai akses ke taman dan teres. Kemudahan-kemudahan lain seperti simpanan bagasi juga ditawarkan.

4. Raja Inn, Dari RM74 Semalam

Raja Inn Hotel menawarkan penginapan di Miri. Bintang Megamall Miri berada sejauh 200 meter, manakala First Oil Well of Miri – The Grand Old Lady at Canada Hill berada di seberang lebuh raya. Semua bilik mempunyai TV skrin rata dengan saluran satelit. Tempat penginapan ini menyediakan kaunter penyambut pelangan 24 jam. Ia juga menawarkan perkhidmatan sewa kereta. Raja Inn Hotel terletak 3.3 km dari Boulevard Shopping Complex dan 3.4 km dari Kuil Tao San Qing Tien. Lapangan Terbang Miri berada sejauh 8 km.

5. Mega Hotel,Dari RM145 Semalam

Hotel yang elegan dan sesuai dengan namanya, Mega Hotel, adalah sebuah penginapan 3 bintang yang padat dengan fasiliti menarik sepertimana hotel mahal yang lain seperti pusat kecergasan, kolam renang, sauna dan khidmat spa. Perkhidmatan yang lain seperti wifinya pula agak pantas untuk anda menonton video viral. Anda juga boleh mendapatkan set permainan kanak-kanak untuk diletakkan di dalam bilik bagi anda yang datang bersama keluarga.

Selain itu, lokasi hotel ini juga cukup strategik iaitu di tengah bandaraya Miri  dengan pusat membeli-belah Bintang Megamall dan restoran-restoran yang kesemuanya boleh sampai dengan hanya berjalan kaki dari hotel. Namun begitu, suasana di dalam hotel cukup tenang tanpa sebarang gangguan bunyi untuk anda mendapatkan tidur malam yang lena.

6. Kingwood Boutique Hotel, Dari RM149 Semalam

Hotel yang indah bukan sahaja di luar tapi juga dalamannya, Kingwood Boutique Hotel, adalah sebuah penginapan yang diberikan sentuhan yang luar biasa, memuaskan pandangan mata. Hotel yang mula bernafas pada tahun 1986 ini telah diperbaharui  dekorasinya di setiap pelusuk sehingga terasa aura seperti sebuah hotel 5 bintang.

Nilai estetik hotel ini cukup jelas sebaik anda melangkah masuk ke dalam ruang lobi hotel yang menggabungkan warna-warna natural dan dihias dengan elegan. Atmosfera di dalam hotel ini terasa cukup relaks, boleh hilang segala kepenatan yang dirasai setelah puas bereksplorasi.

7. Grand Palace Hotel, Dari RM135 Semalam

See Also
Muzium Diraja

Dari reka bentuk bangunan Grand Palace Hotel, ia memang anggun sekali. Ia bukanlah seperti hotel bajet yang lain kerana hotel ini adalah sebuah hotel 4 bintang yang menawarkan pelbagai jenis penginapan dengan harga yang bermula kurang dari RM150.

Ingin menikmati keselesaan yang mewah dalam harga yang wow, bolehlah menempah Grand Palace Hotel, di mana hotel in sangat lengkap dengan kolam renang yang dikelilingi dengan lanskap taman yang cukup indah untuk menyejukkan pandangan mata sambil berenang.

Kemudahan lain adalahs seperti spa, bilik stim, sauna dan juga pusat kecergasan bagi anda yang ingin memacu adrenalin. Bila sudah mengaktifkan segala otot di badan, barulah terasa bertenaga untuk memulakan langkah menerokai sekitar Miri.

8. The Roosevelt Studio, Dari RM138 Semalam

Mengidamkan penginapan yang luas, design yang pelbagai seperti di dalam katalog IKEA, lengkap dengan pemandangan mengujakan lautan biru, The Roosevelt Studio dapat merealisasikannya.

Ruang studio yang mempunyai sentuhan moden dan minimal yang diberikan dalam dekorasi apartmentnya ini cukup sedap dipandang mata, tambahan lagi dengan keluasan ruangnya, dapat melegakan fikiran yang telah penat setelah seharian mengembara.

Banyak sekali pilihan hotel murah di Miri ini, sesuailah dengan reputasinya sebagai Bandaraya Peranginan dengan pelbagai tarikan eko-pelancongan dari tasik yang terbesar di Sarawak hinggalah ke gua yang terbesar di dunia. Begitu juga, dengan makanan tempatan yang beraneka jenis, pasti dapat menarik tarikan para pelancong di sana.

Sumber :

https://www.percutianbajet.com/sarawak/tempat-menarik-di-miri

https://malaysiaupdate.com/10-hotel-bajet-murah-di-miri-tawaran-bilik-terbaik-untuk-anda/

https://www.maisinggah.com/hotel-murah-di-miri/

error: Content is protected !!