minyak zaitun
Minyak zaitun adalah komponen utama dalam diet Mediterranean. Ia kaya dengan antioksidan.

Minyak zaitun adalah komponen utama dalam diet Mediterranean. Ia kaya dengan antioksidan. Malah, lemak utama yang dikandungnya adalah asid lemak tak tepu tunggal (monounsaturateed fatty acids – MUFAs), yang mana pakar anggap sebagai lemak yang sihat.

Kandungan antioksidan dalam minyak ini dapat membantu melindungi tubuh dari kerosakan sel yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Minyak zaitun jenis extra virgin mempunyai rasa pahit, tetapi mengandungi lebih banyak antioksidan berbanding jenis yang lain, kerana ia mengalami proses yang paling sedikit.

Sekarang, mari lihat manfaatnya yang bagus buat badan anda.

Khasiat minyak zaitun

1. Mengurangkan risiko kanser

Terdapat kajian yang menyatakan bahawa kandungan dalam minyak zaitun mungkin dapat membantu mengurangkan risiko bagi kanser payudara. Malah, ada juga yang berpendapat bahawa ia boleh membantu mencegah kanser colorectal. Kandungan antioksidan yang terdapat dalam minyak ini membantu melindungi badan daripada keradangan, kerosakan kerana proses pengoksidaan dan perubahan epigenetik.

2. Mencegah penyakit Alzheimer

Minyak zaitun terutama jenis ‘extra virgin olive oil’ yang diamalkan dalam pemakanan dikatakan dapat mencegah penyakit Alzheimer. Ini mungkin berlaku kerana impak perlindungan pada saluran darah di otak kesan daripada pengambilan minyak ini. Malah, terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa pengambilan ‘extra virgin olive oil’ boleh membantu melambatkan atau menghentikan perkembangan penyakit ini yang telah berkembang dahulu.

3. Melindungi jantung

Individu yang mengamalkan diet Mediterranean pastinya sudah terbiasa dengan penggunaan minyak zaitun dalam masakan mereka. Minyak zaitun terutamanya jenis ‘extra virgin olive oil’ dikatakan mampu melindungi jantung dalam pelbagai cara. Antaranya termasuklah mengurangkan keradangan, melindungi kolesterol LDL “jahat” daripada proses pengoksidaan. Malah, ia juga melindungi saluran darah dan membantu mencegah proses pembekuan darah yang melampau.

4. Mencegah strok

Dalam negara yang maju, strok dilihat sebagai antara penyebab kematian yang tertinggi. Kajian mendapati bahawa penggunaan minyak ini dapat mengurangkan serangan strok gara-gara kandungan lemak tidak tepu tunggal yang ada. Pengambilannya sekali gus mengurangkan risiko strok pada pesakit dengan penyakit jantung berbanding individu yang tidak mengambilnya.

5. Mengurangkan simptom sindrom metabolik

Pengambilan minyak zaitun didapati mungkin dapat mengurangkan ciri bagi sindrom metabolik seperti keradangan, kadar gula dalam darah, kadar triglycerides (lemak dalam darah) serta lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau juga dikenali sebagai kolesterol “jahat”. Sebaliknya, ia membantu meningkatkan kadar kolesterol “baik” dalam badan iaitu lipoprotein berketumpatan tinggi atau HDL.

6. Mengurangkan risiko diabetes jenis 2

Minyak zaitun dikatakan boleh melindungi badan daripada diabetes jenis 2. Ia dikatakan bermanfaat dari aspek kandungan gula dalam darah serta tahap kepekaan terhadap insulin. Ini dapat dilihat dengan amalan diet Mediterranean yang kaya dengan penggunaannya dalam resipi masakan.

Cara penggunaan minyak zaitun yang betul

1. Sebaiknya digunakan secara segar

Memandangkan minyak zaitun mengandungi tarikh luput, ia sebaiknya digunakan secara segar. Biasanya, sebotol minyak zaitun yang telah dibuka seharusnya digunakan dalam tempoh 3 hingga 6 bulan ataupun kurang dari tempoh tersebut sebelum ia mula menjadi rosak. Justeru itu, pembeliannya yang banyak tidak digalakkan jika anda tidak akan menggunakannya dalam tempoh yang dekat.

2. Elakkan penggunaan secara berulang kali

Minyak zaitun yang digunakan berulang kali tidak akan mempunyai rasa yang sama serta haba akan menyebabkan ia melalui proses pengoksidaan. Walaupun cara masak yang kurang menggunakan minyak tidaklah begitu terkesan berbanding makanan yang digoreng, namun penggunaan lebih dari sekali atau dua akan menyebabkan kehilangan nutrisi dan rasa yang sedia ada.

3. Jangan simpan berdekatan dengan tempat masak

Meletakkan minyak zaitun berdekatan dengan kawasan haba seperti tempat memasak ataupun tempat berhadapan dengan tingkap boleh menyebabkan minyak anda menjadi tengik dengan lebih cepat. Jadi, pastikan anda menyimpan minyak tersebut di kawasan yang sejuk, jauh daripada sinaran matahari serta dalam bekas yang gelap dan tertutup.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/266258

https://www.healthline.com/nutrition/11-proven-benefits-of-olive-oil

https://www.health.com/food/6-ways-youre-doing-olive-oil-wrong

https://www.olivetomato.com/how-to-use-olive-oil-to-get-the-most-benefits/

Summary
Article Name
Khasiat Minyak Zaitun yang Bagus untuk Kesihatan
Description
Minyak zaitun adalah komponen utama dalam diet Mediterranean. Ia kaya dengan antioksidan yang membantu melindungi tubuh dari kerosakan sel.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: