migraine
igrain adalah penyebab kesakitan yang dialami sama seperti sakit apabila cedera, dengan satu perbezaan: Tabiat yang sihat dan pengambilan ubat alternatif yang mudah ada kalanya dapat menghentikan migrain sebelum ia bermula. Ubat adalah cara yang telah terbukti untuk merawat - dan mencegah - migrain. Tetapi ubat hanya sebahagian daripada cara untuk merawatnya. Adalah amat penting untuk menjaga kesihatan diri sendiri dan mengetahui bagaimana mengatasi migrain apabila ia datang menyerang.

Migrain adalah penyebab kesakitan yang dialami sama seperti sakit apabila cedera, dengan satu perbezaan: Tabiat yang sihat dan pengambilan ubat alternatif yang mudah ada kalanya dapat menghentikan migrain sebelum ia bermula. Ubat adalah cara yang telah terbukti untuk merawat – dan mencegah – migrain. Tetapi ubat hanya sebahagian daripada cara untuk merawatnya. Adalah amat penting untuk menjaga kesihatan diri sendiri dan mengetahui bagaimana mengatasi migrain apabila ia datang menyerang.

Pilihan gaya hidup yang sihat dapat membantu mengurangkan kekerapan dan tahap kesakitan migrain anda. Malah, dengan mengetahui cara untuk menguruskan kesakitan apabila bermulanya migrain adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat, berserta dengan pengurusan ubat, selalunya menjadi cara yang paling berkesan untuk mengawal migrain.

Cari persekitaran yang tenang

Apabila bermulanya tanda kehadiran migrain, sebaiknya berhenti melakukan aktiviti yang sering dilakukan.

Tutup lampu

Migrain menyebabkan seseorang itu sensitif pada pencahayaan dan bunyi. Rehat di dalam bilik yang gelap dan tenang. Sebaiknya, tidur agar sakit kepala dapat dikurangkan.

Cuba terapi suhu

Letak satu alat yang mempunyai kemampatan, kemudian panaskan atau sejukkan dan letaknya ke kepala atau leher. Pek ais misalnya mempunyai kesan kebas, yang boleh mengurangkan rasa sakit. Pek panas dan pad pemanasan pula boleh melegakan oto-otot yang tegang. Mandi dengan air suam juga mempunyai kesan yang sama.

Tidur dengan nyenyak

Migrain seringkali membuatkan seseorang itu sukar tidur atau kerap terjaga pada waktu malam. Tidur yang tidak cukup dan nyenyak boleh menyebabkan anda diserang migrain. Berikut adalah beberapa cara untuk menggalakkan tidur yang lena:

  • ​Tetapkan waktu tidur yang sama

Amalkan bangun dan masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari – meskipun pada hujung minggu. Jika anda ingin tidur di waktu siang, pastikan anda tidur dalam waktu yang sekejap sahaja. Jika anda tidur sehingga lebih daripada 20 hingga 30 minit, ia boleh mengganggu waktu tidur malam anda.

  • ​Berehat selepas balik ke rumah.

Sebaik sampai dirumah, lakukan aktiviti yang dapat membantu anda untuk rehat dan mendapatkan tidur yang lena: seperti mendengar muzik yang menenangkan, berendam dalam mandian hangat atau membaca buku kegemaran anda. Tetapi pantau apa yang anda makan dan minum sebelum tidur. Senaman yang terlalu keras, pengambilan makanan berat, kafein, nikotin dan alkohol boleh mengganggu tidur anda.

  • ​Minimumkan gangguan.

Pastikan fungsi bilik tidur sebagai ruang untuk anda tidur dan privasi anda. Jangan menonton televisyen atau membawa beban kerja ke tempat tidur. Tutup pintu bilik tidur dan gunakan kipas untuk meredakan bunyi bising di luar bilik.

  • ​Jangan paksa diri untuk tidur.

Semakin anda paksa diri untuk tidur,lebih sukar untuk anda tidur. Jika masih tidak boleh tidur, baca atau lakukan aktiviti lain yang tenang sehingga anda menjadi mengantuk.

  • Periksa bahan-bahan di dalam ubat anda.

Ubat yang mengandungi kafein atau bahan perangsang- termasuk beberapa ubat untuk merawat migrain-boleh mengganggu waktu tidur anda.

Makan dengan bijak

Tabiat pemakanan yang diamalkan mempengaruhi tahap migrain anda. Oleh itu, anda boleh pertimbangkan cara-cara asas ini:

  • ​Konsisten – Amalkan pengambilan makanan pada waktu yang sama setiap hari.
  • Buat jurnal makanan. – Catat makanan yang anda makan dan apabila anda mengalami migrain ia boleh membantu mengenal pasti makanan yang mempunyai potensi pencetus kesakitan migrain.
  • Elak makanan yang menyebabkan migrain. – Jika anda mengesyaki ada sesetengah makanan – seperti keju yang sudah diperam lama, coklat, kafein atau alkohol – boleh mencetuskan migrain anda, hapuskan ia dari diet anda dan lihat apa yang akan berlaku.

Senaman secara teratur

Semasa melakukan aktiviti fizikal, tubuh anda mengeluarkan bahan kimia tertentu yang menghalang isyarat sakit pada otak. Bahan kimia ini juga membantu mengurangkan kebimbangan dan kemurungan, yang boleh menyebabkan migrain lebih sakit dan buruk.

Obesiti juga meningkatkan risiko sakit kepala kronik, oleh itu mengekalkan berat badan yang sihat melalui senaman dan diet boleh memberi manfaat tambahan dalam mengurangkan migrain.

Sekiranya doktor anda bersetuju, pilih mana-mana senaman yang anda suka. Berjalan, berenang dan berbasikal adalah aktiviti senaman yang baik. Tetapi amat penting untuk melakukan semua aktiviti ini secara perlahan-lahan semasa permulaan. Bersenam terlalu dengan terlalu kerap juga boleh mencetuskan migrain.

Menguruskan tekanan

Tekanan dan migrain selalunya datang dalam satu set yang sama. Anda tidak boleh mengelakkan tekanan harian, tetapi anda boleh mengawalnya untuk mengurangkan migrain anda:

  • ​Mudahkan hidup anda – Daripada mencari-cari cara untuk melakukan lebih banyak aktiviti atau kerja dalam satu hari, lebih baik cari cara untuk meninggalkan beberapa aktiviti atau kerja supaya anda lebih tenang.
  • Menguruskan masa anda dengan bijak – Kemas kini senarai tugas ‘untuk dilakukan setiap hari’ – sama ada di tempat kerja dan juga di rumah. Delegasikan apa yang boleh dilakukan dahulu, dan bahagikan projek-projek besar ke bahagian yang boleh diurus.
  • ​Rehat jika penat – Sekiranya anda merasa agak tertekan dengan bilangan kerja yang perlu diselesaikan, lakukan beberapa senaman mudah atau sekadar berjalan boleh memperbaharui dan menambah tenaga anda untuk menyammbung tugas yang sedang dilakukan.
  • Ubah pemikiran anda – Amalkan sikap sentiasa positif. Jika anda mendapati diri anda berfikir, “Ini tidak boleh dilakukan,” serta merta padamkan fikiran itu. Berfikir sebaliknya, “Ini memang sukar, tetapi saya boleh melakukannya.”
  • Berseronok – Cari masa untuk melakukan sesuatu yang anda nikmati selama sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Sama ada bermain permainan, minum kopi dengan kawan atau lakukan hobi yang anda suka. Lakukan sesuatu yang anda suka adalah cara semula jadi untuk memerangi tekanan.
  • Bersantai – Pernafasan yang mendalam dari diafragma, dapat membantu anda berehat. Fokus pada tarik nafas dan lepaskannya secara perlahan dan mendalam selama sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari. Ia juga boleh membantu untuk merehatkan otot-otot anda. Apabila sudah selesai, duduk dengan tenang selama satu atau dua minit.

Simpan diari migrain

Membuat catatan dalam diari boleh membantu anda menentukan sumber yang mencetuskan migrain anda. Perhatikan apabila migrain anda bermula, apa yang anda lakukan pada masa itu, berapa lama masa kesakitan itu dirasakan dan apa yang boleh mengurangkannya.

Sehingga kiini, mengelakkan perkara-perkara yang boleh mencetuskan migrain dianggap nasihat yang terbaik. Tetapi penyelidikan terbaru menunjukkan perkara tersebut sebenarnya dapat meningkatkan lagi intensiti untuk migrain.

Pendekatan yang lebih berguna adalah untuk belajar mengatasi pencetus sakit kepala dengan menggunakan teknik pengurusan tingkah laku, seperti mengenal pasti dan mengatasi pemikiran negatif, latihan untuk relaks dan pengurangan tekanan.

Berusaha untuk seimbangkan kehidupan

Hidup dengan migrain adalah satu cabaran harian. Tetapi membuat pilihan gaya hidup yang sihat dapat membantu anda mengatasinya. Minta sokongan daripada rakan-rakan dan orang tersayang untuk anda mengatasi masalah migrain ini.

Sekiranya anda berasa cemas atau murung, pertimbangkan untuk menyertai kumpulan sokongan atau mendapatkan kaunseling. Apapun anda mesti percaya dengan keupayaan anda untuk mengawal rasa sakit.

Langgani buletin kami dan dapatkan berita terbaru mengenai kesihatan serta promosi-promosi rakan kami.

Summary
Migrain: Langkah-langkah mudah untuk mengatasinya
Article Name
Migrain: Langkah-langkah mudah untuk mengatasinya
Description
Migrain adalah penyebab kesakitan yang dialami sama seperti sakit apabila cedera, dengan satu perbezaan: Tabiat yang sihat dan pengambilan ubat alternatif yang mudah ada kalanya dapat menghentikan migrain sebelum ia bermula. Ubat adalah cara yang telah terbukti untuk merawat - dan mencegah - migrain. Tetapi ubat hanya sebahagian daripada cara untuk merawatnya. Adalah amat penting untuk menjaga kesihatan diri sendiri dan mengetahui bagaimana mengatasi migrain apabila ia datang menyerang.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *