microdermabrasion
Microdermabrasion adalah prosedur kosmetik. Ia melibatkan pakar penjagaan kulit yang membuang lapisan atas kulit dengan alat saiz genggaman yang kecil.

Microdermabrasion adalah prosedur kosmetik. Ia melibatkan pakar penjagaan kulit yang membuang lapisan atas kulit dengan alat saiz genggaman yang kecil.

Seterunsya, microdermabrasion mengelupaskan kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan, dan menjadikan kulit kelihatan lebih sekata. Prosedur ini selamat untuk apa jua warna kulit.

Jika anda mendapatkan servis profesional yang biasanya melibatkan prosedur, terdapat juga beberapa peralatan yang dijual unti digunakan  di rumah.

Apakah itu Microdermabrasion?

Microdermabrasion adalah prosedur kosmetik yang tidak invasif. Ia boleh dilakukan pada semua jenis dan warna kulit. Malah, prosedur ini memberikan hasil yang halus, tanpa menyebabkan parut atau perubahan warna kulit.

Namun begitu, ia tidak efektif untuk masalah yang teruk seperti parut, kedut-kedutan, parut jerawat dan stretch mark. Tujuan utamanya adalah supaya kulit kelihatan lebih muda. Pakar menyembur atau menggosok kristal halus pada kulit dengan tongkat yang mengelupas permukaan kulit dengan lembut, menghilangkan lapisan atas kulit.

Prosedur ini tidak seharusnya menyakitkan dan dianggarkan memerlukan sekitar 30 hingga 40 minit untuk bahagian wajah dan 20 minit untuk bahagian leher. Selepas itu, mungkin terdapat sedikit pembengkakan atau gejala seperti selaran matahari (sunburn) selama beberapa hari.

Sebelum dapat melihat tanda-tanda penuaan yang berkurangan, seseorang mungkin memerlukan 5 hingga 16 rawatan daripada pakar penjagaan kulit. Seseorang boleh mendapatkan rawatan setiap minggu, setiap 2 minggu, atau secara bulanan, bergantung pada jenis kulit mereka dan sebab memerlukan rawatan.

Sebilangan besar individu menginginkan prosedur microdermabrasion yang boleh meremajakan kulit wajah dan leher, tetapi pakar boleh melakukan prosedur pada bahagian kulit mana pun. Tapi, ketahui bahawa hasilnya tidak akan kekal.

Kegunaan dan Faedah Mircrodermabrasion

Matlamat microdermabrasion adalah untuk menjadikan kulit seseorang lebih halus, lebih cerah dan mendapatkan warna kulit yang lebih sekata.

Microdermabrasion boleh dilakukan untuk menangani:

  • masalah kusam pada warna kulit
  • tona kulit tidak sekata
  • tekstur kulit tidak sekata
  • bintik usia
  • bintik-bintik gelap yang boleh terbentuk setelah jerawat hilang
  • melasma, masalah biasa yang membentuk bintik-bintik gelap atau tompok pada kulit
  • parut

Ahli dermatologi juga boleh menggunakan prosedur microdermabrasion untuk meningkatkan hasil produk anti-penuaan atau pemutihan kulit. Prosedur ini dapat membantu produk menembusi ke dalam kulit.

Prosedur Microdermabrasion

Berbincang dengan pakar sebelum menjalani prosedur microdermabrasion. Ahli dermatologi biasanya akan mengadakan rundingan dengan anda terlebih dahulu.

Anda disyorkan untuk bertanya mengenai perkara berikut sebelum melakukan prosedur:

  • apa hasil yang diharapkan
  • bilangan rawatan yang diperlukan
  • kesan sampingan yang berpotensi
  • faktor-faktor risiko
  • kos rawatan

Ahli dermatologi biasanya akan memeriksa kulit anda semasa berunding untuk memastikan microdermabrasion sesuai.

Terdapat beberapa jenis prosedur yang dijalankan menggunakan peralatan berbeza:

  • Diamond-tip handpiece – ini direka untuk mengelupas sel-sel mati pada kulit dengan lembut. Pada masa yang sama ia akan menyedut semua sisa dengan cepat.
  • Crystal Microdermabrasion – kristal halus disembur dengan lembut oleh alat bersaiz pegangan untuk menyingkirkan lapisan atas kulit.
  • Hydradermabrasion – prosedur baharu yang melibatkan gabungan infus dermis produk secara serentak dan pengelupasan tanpa kristal. Keseluruhan proses menggalakkan penghasilan kolagen dan memaksimumkan aliran darah pada kulit anda.

Risiko dan Kesan Sampingan Microdermabrasion

Individu yang telah mengambil ubat jerawat isotretinoin dalam jangka 6 bulan terakhir mungkin perlu menunggu seketika sebelum mengalami microdermabrasion. Mereka mempunyai risiko peningkatan komplikasi seperti parut.

Bercakaplah dengan doktor mengenai sebarang bintik atau tompok kulit yang tumbuh, berdarah atau berubah dengan cara apa pun. Masalah-masalah ini mungkin adalah tanda-tanda bagi kanser kulit.

Seterusnya, selepas beberapa hari menerima rawatan microdermabrasion, seseorang mungkin menyedari kehadiran tanda seperti:

  • bengkak pada kulit
  • kemerahan kulit, serupa dengan selaran matahari
  • lebam
  • kulit terasa terbakar atau menyengat
  • peningkatan kepekaan kulit terhadap cahaya matahari

Selepas prosedur pembedahan, gunakan pelindung matahari (sunscreen) kerana ini akan membantu memastikan anda mendapatkan hasil terbaik dan mengurangkan risiko kesan sampingan yang boleh berlaku.

Tambahan lagi, prosedur microdermabrasion mungkin tidak sesuai untuk individu yang mudah mendapat parut atau mengalami jerawat.

Tempoh Pemulihan Setelah Prosedur Microdermabrasion

Sebilangan besar individu tidak memerlukan masa untuk pulih selepas melakukan prosedur microdermabrasion. Sekiranya seseorang mengalami kesan sampingan, ia cenderung hilang selepas beberapa hari.

Bagi kebanyakan orang, kulit akan pulih secukupnya untuk sesi microdermabrasion yang lain dalam masa seminggu.

Pastikan kulit anda kekal lembap dan gunakan produk penjagaan kulit yang lembut. Elakkan daripada menggunakan ubat sapu jerawat.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/323443#how-to-prepare

https://www.webmd.com/beauty/cosmetic-procedures-dermabrasion#1

https://www.healthline.com/health/microdermabrasion

Summary
Microdermabrasion - Bagaimana ia berfungsi, Kelebihan dan Prosedur
Article Name
Microdermabrasion - Bagaimana ia berfungsi, Kelebihan dan Prosedur
Description
Microdermabrasion adalah prosedur kosmetik. Ia melibatkan pakar penjagaan kulit yang membuang lapisan atas kulit dengan alat saiz genggaman yang kecil.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: