Now Reading
Menu Pencuci Mulut Untuk Berbuka Puasa

Menu Pencuci Mulut Untuk Berbuka Puasa

menu berbuka puasa

Pencuci mulut wajib sebagai salah satu menu berbuka puasa kan? Tak sah la kalau tiada kan? Tak kisah apa jenis pencuci mulut sekalipun sama ada kuih muih, agar agar mahupun puding. Selunya kita beli sahaja pencuci mulut di bazaar Ramadhan, tetapi apa kata kali ini kita cuba buat sendiri pencuci mulut ini untuk menu berbuka puasa.

Dibawah ini adalah resepi pencuci mulut yang sejuk sejuk dan mudah sahaja. Yelah, kita dah berpuasa seharian pastinya kita inginkan sesuatu yang sejuk yang boleh menyejukkan tekak kita kan. Bukan sahaja boleh dimakan ketika bepuasa, malah boleh dijadikan hidangan ketika moreh.

Oleh itu, disini saya kongsikan 4 resepi pencuci mulut yang mudah sahaja. Bahannya pun senang didapati.

1. Sagu Gula Melaka

Bahan – bahan:

  • Biji sagu
  • Pewarna merah, hijau dan kuning
  • Susu cair atau santan segar
  • Gula melaka
  • Daun pandan
  • Gula

Cara penyediaan:

  1. Rebus sagu di dalam air yang mendidih.
  2. Asingkan sagu ke dalam tiga periuk dan masukkan 3 warna pewarna ke dalamnya.
  3. Sementara menunggu sagu siap direbus, masak air gula melaka.
  4. Kacau gula melaka, daun pandan dan gula putih sehingga gula benar benar larut.
  5. Apabila sagu sudah siap direbus, sejukkan sagu dahulu.
  6. Apabila sagu sudah sedikit sejuk, campurkan sagu tersebut bersama dengan air gula melaka dan susu cair.
  7. Anda boleh mengantikan susu cair ini dengan santan segar.
  8. Sejukkan sagu ini di dalam peti sejuk dahulu sebelum dimakan.

2. Puding Roti Sos Kastard

Bahan – bahan:

  • 10 keping roti
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 cawan susu segar
  • 4 sudu besar gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu kecil serbuk cinnamon

Bahan – bahan sos kastard:

  • 1 tin susu cair
  • 1/4 cawan air
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula

Cara penyediaan:

  1. Campurkan susu segar, gula halus, telur, esen vanilla dan serbuk cinnamon.
  2. Kacau sehingga campuran benar benar sebati.
  3. Kemudian, carikkan roti menjadi kecil.
  4. Masukkan roti ke dalam campuran tadi.
  5. Biarkan roti benar benar meresap ke dalam campuran tadi.
  6. Masukkan juga mentega yang sudah dicairkan.
  7. Kemudian tuang roti inin ke dalam loyang yang telah disalut dengan sedikit mentega.
  8. Anda boleh taburkan kismis jika anda mahu.
  9. Bakar roti di dalam oven pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak.
  10. Sementara menunggu, campurkan susu cair, air, tepung kastard dan gula ke dalam dalam periuk.
  11. Kacau sehingga adunan menjadi pekat mengikut selera dan citarasa anda.
  12. Apabila roti sudah masak, tuang sos kastard ke atas puding roti tadi.
  13. Sejukkan dahulu di luar sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.
  14. Apabila sudah sejuk, anda boleh makan!

3. Puding Susu Mangga

Bahan – bahan:

  • Air
  • Agar-agar tali
  • Susu full cream
  • Gula secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Buah manggadipotong dadu
  • Air kordial manga

Cara penyediaan:

  1. Masakkan agar-agar tali menggunakan air sehingga ia larut.
  2. Masukkan sedikit gula dan garam.
  3. Apabila agar agar sudah larut, masukkan susu full cream ke dalamnya.
  4. Masukkan juga air kordial manga. Apa apa jenama pun boleh.
  5. Tunggu sehingga adunan meruap sebelum padamkan api ya.
  6. Pastikan adunan tidak menggelegak untuk dapatkan bentuk yang cantik.
  7. Apabila sudah sejuk sedikit, isi puding susu ke dalam bekas.
  8. Letakkan manga yang sudah dipotong dadu sebagai toping.
  9. Biarkan ia sejuk dulu di dalam peti sebelum dimakan.

4. Puding Karamel

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu esen vanilla
  • Garam secukupnya
  • Air

Bahan-bahan sos karamel:

  • 1 cawan gula
  • Air secukupnya

Cara penyediaan:

See Also
tiktok

  1. Kita mulakan dengan menyediakan sos karamel.
  2. Panaskan campuran gula dan air di dalam periuk di atas api perlahan.
  3. Apabila warna campuran gula tadi sudah bertukar keperangan, baru kacau ia sehingga benar benar sekata.
  4. Tuang dalam loyang.
  5. Kemudian, kita sambung dengan puding karamel pula.
  6. Campurkan semua bahan puding karamel.
  7. Pastikan gula cair dan pastikan anda tidak terlebih pukul sehingga menyebabkan adunan sehingga berbuih.
  8. Pastikan adunan benar benar larut dan sebati.
  9. Kemudian, tapiskan adunan ke dalam loyang yang berisi gula karamel.
  10. Tuang dengan berhati-hati supaya lapisan bawah karamel tidak terjejas.
  11. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung sewaktu dikukus.
  12. Kukus selama 30 minit.
  13. Sejukkan dahulu sebelum masukkan di dalam peti.
  14. Hidangan siap untuk dihidang.

Inilah 4 resepi pencuci mulut yang anda boleh cuba buat sendiri di rumah. Pastikan anda mencubanya! Selamat mencuba!

Sumber:

https://siraplimau.com/resepi-puding-mangga-susu-ala-kfc/

https://www.aziekitchen.com/2020/03/puding-roti-dengan-sos-yang-sedap.html

https://www.anasuhana.com/2019/05/10-resipi-pencuci-mulut-mudah-untuk-berbuka-puasa.html

error: Content is protected !!