Meningitis
Meningitis adalah jangkitan jarang yang menjejaskan membran halus - dipanggil meninges - yang meliputi otak dan saraf tunjang. Anda atau anak-anak anda boleh menangkapnya.Terdapat beberapa jenis penyakit ini, termasuk bakteria, virus, dan kulat.

Meningitis adalah jangkitan yang jarang berlaku dan boleh menjejaskan membran halus – yang dipanggil meninges. Meninges meliputi otak dan saraf tunjang. Penyakit ini boleh didapati oleh anda mahupun anak-anak anda.

Terdapat beberapa jenis penyakit ini, termasuk jenis bakteria, virus, dan kulat.

  • Meningitis bakteria boleh mengancam nyawa dan merebak melalui mereka yang saling berhubungan antara satu sama lain.
  • Meningitis virus adalah kurang serius, dan kebanyakan orang sembuh sepenuhnya tanpa rawatan.
  • Meningitis kulat adalah bentuk penyakit yang jarang berlaku. Ia biasanya hanya berlaku pada orang yang mempunyai sistem imun yang lemah – terutama pertahanan tubuh terhadap kuman.

Jenis Meningitis

  • Meningitis bakteria

Ia adalah penyakit yang sangat serius. Anda atau anak anda perlu segera mendapatkan bantuan perubatan kerana Ia boleh mengancam nyawa atau membawa kepada kerosakan otak tanpa rawatan yang cepat.

Meningitis bakteria berlaku disebabkan beberapa bakteria yang berlainan. Bakteria yang paling biasa yang membawa penyakit ini adalah:

  • Streptococcus pneumoniae (pneumococcus)
  • Neisseria meningitidis (meningococcus)
  • Listeria monocytogenes (pada orang tua, wanita hamil, atau mereka yang mengalami masalah sistem imun)

Bakteria yang dipanggil ‘Haemophilus influenzae type b (Hib)’ adalah punca biasa terjadinya meningitis pada bayi dan kanak-kanak kecil sehinggalah vaksin Hib tersedia untuk mereka. Terdapat juga vaksin bagi ‘Neisseria meningitidis’ dan ‘Streptococcus pneumoniae’. Mereka disyorkan untuk semua kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai risiko tinggi mendapat penyakit ini.

Dalam kebanyakan kes, Meningitis bakteria bermula apabila bakteria masuk ke dalam aliran darah melalui sinus, telinga, atau tekak. Bakteria kemudiannya melalui aliran darah untuk pergi ke otak.

Bakteria yang menyebabkan meningitis boleh tersebar apabila orang yang dijangkiti itu batuk atau bersin. Sekiranya anda atau anak anda berada di sekitar seseorang yang mempunyai meningitis bakteria, tanya doktor anda tentang langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk mengelakkannya.

  • Meningitis Virus

Meningitis virus lebih biasa berlaku berbanding Meningitis bakteria dan umumnya – tetapi tidak selalu – ia adalah keadaan yang kurang serius. Terdapat beberapa virus yang boleh mencetuskan penyakit ini, termasuklah beberapa jenis yang boleh menyebabkan cirit-birit.

  • Meningitis kronik

Organisma yang tumbuh secara perlahan (seperti kulat dan Mycobacterium tuberculosis) yang menyerang membran dan cecair di sekitar otak anda boleh menyebabkan meningitis kronik. Ia mula terhasil selepas dua minggu atau lebih. Tanda-tanda dan simptom meningitis kronik adalah seperti sakit kepala, demam, muntah dan keadaan mental yang suram. Ia adalah sama dengan simptom bagi meningitis akut.

  • Meningitis kulat

Meningitis kulat agak jarang berlaku tetapi boleh menyebabkan meningitis yang kronik. Ia mungkin meniru penyakit meningitis bakteria akut. Meningitis kulat tidak menular dari orang ke orang. Selain itu, Meningitis kriptokokal adalah bentuk kulat biasa penyakit ini yang memberi kesan kepada orang yang mengalami kekurangan imun, seperti AIDS. Ia boleh mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan ubat anti-kulat.

Punca Meningitis

Kebanyakan Meningitis berlaku disebabkan jangkitan bakteria atau virus yang bermula di kawasan lain dalam tubuh badan selain otak seperti telinga, sinus, atau tekak.

Penyebab meningitis yang biasa termasuklah:

  • Jangkitan kulat
  • Sifilis
  • Tuberkulosis
  • Gangguan autoimun
  • Ubat kanser

Meningitis juga boleh berlaku kerana sebab yang tidak berjangkit seperti reaksi kimia, alahan pada ubat, jenis kanser tertentu atau penyakit keradangan seperti ‘sarcoidosis’.

Simptom Meningitis

Gejala meningitis pada peringkat awal boleh meniru simptom selesema (influenza). Selain itu, ia mungkin terhasil setelah beberapa jam atau lebih beberapa hari. Tanda dan gejala yang mungkin berlaku pada individu berusia lebih 2 tahun termasuklah:

  • Demam tinggi secara mendadak
  • Leher yang tegang
  • Sakit kepala yang teruk yang kelihatan berbeza daripada biasa
  • Sakit kepala dengan loya atau muntah
  • Kekeliruan atau kesukaran menumpukan perhatian
  • Sawan
  • Cepat mengantuk atau kesukaran berjaga
  • Sensitif kepada cahaya
  • Tiada selera makan atau minum
  • Ruam kulit (kadang-kala seperti ‘meningoccoccal meningitis’)

Faktor Risiko Meningitis

Faktor risiko bagi penyakit Meningitis termasuklah:

  • Sengaja tidak mengambil vaksin – risiko bertambah bagi individu yang tidak melengkapkan pengambilan vaksin seperti yang sudah dipreskripsikan semasa kanak-kanak atau dewasa.
  • Umur – Kebanyakan kes Meningitis virus berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang 5 tahun. Meningitis bakteria pula lebih biasa berlaku pada mereka berumur kurang 20 tahun.
  • Menetap dalam suasana komuniti – Pelajar kolej yang tinggal di asrama, kakitangan di pangkalan tentera dan kanak-kanak di sekolah berasrama atau di pusat jagaan kanak-kanak mempunyai risiko lebih tinggi mendapat ‘meningoccoccal meningitis’. Ini berlaku kerana bakteria berkenaan boleh merebak melalui laluan pengudaran dan dapat tersebar dengan cepat dalam kelompok yang besar.
  • Kehamilan – Kehamilan juga meningkatkan riisko ‘listeriosis’ iaitu sejenis jangkitan yang berlaku kerana bakteria listeria yang boleh menyebabkan Meningitis. Penyakit listeriosis boleh meningkatkan risiko berlaku keguguran dan kelahiran bayi tidak matang.
  • Sistem imun yang dikompromi – AIDS, alkoholisme, diabetes dan penggunaan dadah yang menahan sistem imun serta faktor lain boleh menyebabkan sistem imun anda lebih mudah dijangkiti Meningitis. Mempunyai keadaan limpa yang dibuang jgua meningkatkan risiko penyakit ini jadi mereka yang tidak mempunyai limpa diharuskan untuk mendapatkan vaksin untuk mengurangkan risiko tersebut.

Langkah Pencegahan Meningitis

Bakteria atau virus biasa yang boleh menyebabkan Meningitis boleh tersebar melalui batuk, bersin, bercium ataupun berkongsi peralatan makan, berus gigi atau rokok.

Langkah-langkah berikut boleh membantu mencegah Meningitis seperti:

  • Basuh tangan anda – Basuh tangan dengan berhati-hati dan betul boleh mengurangkan pembiakan kuman. Ajar kanak-kanak untuk basuh tangan mereka dengan lebih kerap, terutamanya sebelum makan dan selepas menggunakan tandas atau setelah meluangkan masa di kawasan ramai orang dan setelah memegang haiwan. Tunjukkan pada mereka cara untuk membasuh tangan dengan menyeluruh dan betul serta cara membilas tangan mereka.
  • Praktikkan kebersihan yang baik – Jangan berkongsi minuman, makanan, straw, peralatan makan, ‘lip balm’ atau berus gigi dengan sesiapa. Ajarkan anak-anak dan remaja untuk elakkan daripada berkongsi barang-barang tersebut.
  • Kekal sihat – Kekalkan sistem imun anda dengan mendapatkan rehat yang cukup, selalu bersenam dan makan makanan yang sihat dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar serta bijiran penuh.
  • Tutup mulut anda – Sekiranya anda perlu batuk atau bersin, pastikan anda menutupi mulut atau hidung anda.
  • Berjaga-jaga dengan makanan ketika hamil – Kurangkan risiko mendapat listeriosis dengan memasak daging seperti ‘hot dogs’ dan ‘deli meat’ pada suhu 165 F (74C). Elakkan pengambilan keju daripada susu yang tidak dipasteurkan. Pilih keje yang mempunyai label bahawa ia memang diperbuat daripada susu yang telah dipasteurkan.

Imunisasi Meningitis

Beberapa bentuk Meningitis bakteria dapat dicegah dengan vaksinasi berikut:

  • Vaksin Haemophilus influenzae b (Hib) – Kanak-kanak secara rutin perlu menerima vaksin ini sebagai sebahagian daripada jadual vaksin yang disyorkan, bermula pada usia 2 bulan. Vaksin juga disyorkan untuk beberapa orang dewasa, termasuk mereka yang mempunyai penyakit sel sabit atau AIDS dan mereka yang tidak mempunyai limpa.
  • Vaksin conjugate pneumococcal (PCV13) – Vaksin ini juga merupakan sebahagian daripada jadual imunisasi biasa untuk kanak-kanak lebih muda dari 2 tahun. Dos tambahan disyorkan untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 5 tahun yang berisiko tinggi mendapat penyakit pneumokokal, termasuk kanak-kanak yang mempunyai penyakit kronik seperti penyakit paru-paru atau kanser.
  • Vaksin polysaccharide pneumococcal (PPSV23) – Kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih tua memerlukan perlindungan daripada bakteria pneumokokus mungkin menerima vaksin ini. Pakar mengesyorkan vaksin PPSV23 untuk semua orang dewasa yang berumur lebih 65 tahun. Ia juga digalakkan bagi golongan belia dan kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas yang mempunyai sistem imun yang lemah atau penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes atau anemia sel sabit dan bagi sesiapa yang tidak mempunyai limpa.
  • Vaksin conjugate meningococcus – Pakar mengesyorkan supaya satu dos diberikan kepada kanak-kanak berusia 11 hingga 12 tahun, dengan  perangsang(booster) yang diberikan pada usia 16 tahun. Sekiranya vaksin pertama diberikan antara umur 13 dan 15, perangsang akan disyorkan antara usia 16 dan 18. Sekiranya dos pertama diberikan pada umur 16 tahun atau lebih, tiada perangsang yang diperlukan.

Vaksin ini juga boleh diberikan kepada kanak-kanak di antara umur 2 bulan dan 10 tahun yang berisiko tinggi mendapat Meningitis bakteria atau yang telah terdedah kepada seseorang yang mengalami penyakit ini. Ia juga pernah digunakan untuk memberi vaksinasi sihat kepada individu yang tidak pernah dijangkiti tetapi telah terdedah kepada wabak.

Langgani buletin kami dan dapatkan berita terbaru mengenai kesihatan serta promosi-promosi rakan kami.

Summary
Meningitis (Meningitis) - Jenis, Punca, Simptom, Faktor Risiko, Langkah Pencegahan dan Imunisasi
Article Name
Meningitis (Meningitis) - Jenis, Punca, Simptom, Faktor Risiko, Langkah Pencegahan dan Imunisasi
Description
Meningitis adalah jangkitan jarang yang menjejaskan membran halus - dipanggil meninges - yang meliputi otak dan saraf tunjang. Anda atau anak-anak anda boleh menangkapnya. Terdapat beberapa jenis penyakit ini, termasuk bakteria, virus, dan kulat.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *