Now Reading
Mengenali Senarai Perdana Menteri Malaysia

Mengenali Senarai Perdana Menteri Malaysia

senarai perdana menteri malaysia

Perdana Menteri merupakan pemimpin utama bagi Kerajaan Malaysia. Kami akan sediakan senarai Perdana Menteri Malaysia bertanggungjawab sebagai ketua barisan Badan Eksekutif, Jemaah Menteri di Malaysia. Yang di-Pertuan Agong merupakan individu yang bertanggungjawab secara rasmi yang akan melantik Perdana Menteri.


Semenjak merdeka sehingga sekarang kita telah dipimpin oleh 7 orang Perdana Menteri yang berbeza. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad merupakan Perdana Menteri yang pernah memimpin negara sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1981-2003 sebagai perdana menteri ke-4 dan pada tahun 2018-2020 sebagai pedana menteri ke-7. Sekarang Malaysia diperintah Oleh Perdana Menteri ke-8 iaitu Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin Bin Haji Md Yasin bermula pada March 2021.


Pada awal kemerdekaan, semua Perdana Menteri berasal daripada parti UMNO yang merupakan parti politik terbesar dalam Barisan Nasional sehingga tahun 2018. Pada tahun 2018, Tun Dr. Mahathir yang merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah menyandang jawatan Perdana Menteri ke-7. Parti Pribumi Bersatu Malaysia merupakan parti komponen baharu dalam Pakatan Harapan.


Kabinet Malaysia 2018 atau Kabinet Mahathir Ketujuh (Mahathir VII) adalah kabinet yang julung kalinya dibentuk daripada parti lain iaitu Parti Pribumi selain Barisan Nasional(BN) yang sebelum ini memerentah selama 61 tahun pada pilihan Raya ke-14.


Disebabkan krisis politik negara 2020 (Langkah Sheraton), landskap politik telah berubah secara keseluruhan yang membentuk Kabinet Malaysia 2020 atau Kabinet Muhyidin Pertama (Mahiaddin I). Kabinet ini dibentuk melalui pertukaran kerajaan tanpa melalui pilihan raya dan mandat. Kabinet ini mempunyai 70 Menteri dan Timbalan Menteri dan merupakan Kapasiti yang terbesar dalam sejarah.

Berikut merupakan 7 Senarai Perdana Menteri Malaysia Yang Berjasa Kepada Negara:

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ (1903 – 1990)

  • Perdana Menteri Malaysia Pertama adalah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan di kenali sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia.
  • Dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tia Tangga, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.
  • Berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970
  • Meninggal dunia pada 6 Disember 1990 (umur 87) Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Sebab kematian adalah Sakit Tenat.
  • Tempat persemadian di Makam Diraja Langgar, Alor Setar, Kedah.

TUN ABDUL RAZAK BIN HUSSEIN (1922 – 1976)

  • Perdana Menteri Malaysia Kedua adalah Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein dan dikenali sebagai Bapa Pembangunan.
  • Dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
  • 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976.
  • Beliau terkenal dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB; 1971) yang bertujuan untuk mengatasi masalah dalam ekonomi dan sosial dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
  • Meninggal dunia pada 14 Januari 1976 (umur 53) di London, United Kingdom
  • Sebab kematian adalah acute leukemia.
  • Tempat persemadian di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.

TUN HUSSEIN ONN (1922 – 1990)

  • Perdana Menteri Malaysia Ketiga adalah Tun Hussein bin Dato’ Onn jugak dikenali sebagai “Bapa Perpaduan”.
  • Berkhidmat sebagai Perdana Menteri Pada 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981
  • Beliau dilihat sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara.
  • Di lahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru, Johor.
  • Meninggal dunia pada 29 Mei 1990 (umur 68) di San Francisco, California, Amerika Syarikat.
  • Sebab kematian adalah serangan jantung.
  • Tempat persemadian di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.

TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD (1925)


  • Tun Dr. Mahathir bin Mohamad atau “Tun M” merupakan Perdana Menteri Malaysia keempat pada 16 Julai 1981 hingga 30 Oktober 2003 dan Perdana Menteri Ketujuh pada 10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020.
  • Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat iaitu selama 22 tahun (1981-2003).
  • Dilahihrkan pada 10 Julai 1925 (umur 95) di Alor Setar, Kedah.
  • Beliau banyak menulis dengan menggunakan nama timbangannya iaitu Che Det dan artikel pertamanya iaitu Malay Women Their Own Freedom disiarkan diakhbar The Straits Times Singapura pada 20 Julai 1947.
  • Beliau jugak Berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan berpandukan daripada kejayaan negara luar sehingga Malaysia diangkat ke pentas dunia sebagai negara berdaya maju di Asia Tenggara.
  • Tun M jugak dikenali sebagai Bapa Permodanan Malaysia.

TUN ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI (1939)

Abdullah Ahmad Badawi wiki | TheReaderWiki
  • Perdana Menteri Malaysia Kelima Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi atau Pak Lah.
  • Berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009.
  • Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
  • Dilahirkan pada 26 November 1939 (umur 81) di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang

DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (1953)

纳吉·阿都拉萨- 维基百科,自由的百科全书


  • Perdana Menteri Malaysia Keenam Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
  • Dilahirkan pada 23 Julai 1953 (umur 67) di Bukit Bius, Kuala Lipis, Pahang.
  • Beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dari 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018.
  • Beliau juga pernah berkhidmat sebagai bekas Menteri Kewangan dan merupakan Ahli Parlimen Pekan, Pahang.
  • Beliau merupakan anak lelaki sulung kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7.

TAN SRI DATO’ HAJI MAHIADDIN BIN HAJI MD YASIN (1947)


  • Perdana Menteri Malaysia Kelapan adalah Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin.
  • Dilahirkan pada 15 Mei 1947 (74 tahun) di Muar Muar Johor Johor Darul Ta’zim.
  • Beliau dilantik pada 29 Februari 2020 dan bersumpah pada 1 Mac 2020 selepas peletakan jawatan yang tidak dijangka oleh Mahathir Mohamad pada 24 Februari 2020.

Ini adalah 7 orang senarai Perdana Menteri Malaysia yang telah banyak berjasa kepada negara kita dari mula kemerdekaan sehingga sekarang. Mereka merupakan negarawan yang patut dihormati dan disanjung tinggi diatas jasa yang telah diberikan kepada negara untuk menjadi sebuah negara yang maju dan makmur.

SUMBER:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman

https://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysia

https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Razak_Hussein

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hussein_Onn

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad

https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_bin_Ahmad_Badawi

https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Najib_bin_Abdul_Razak

https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhyiddin_Yassin

http://azmanmatnooresp.blogspot.com/2015/07/tun-haji-abdul-razak-bin-hussain.html

https://www.wikiwand.com/en/Flag_of_Malaysia

https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2018/08/31/the-tunku-and-i/

https://en.wikipedia.org/wiki/Hussein_Onn

https://www.sharma.com.my/our-articles/leadership-lessons-from-tun-dr-mahathir-mohamad.html

http://wartadaily.com.my/kenyataan-media-tun-abdullah-ahmad-badawi/

https://www.dfat.gov.au/publications/countries-economies-and-regions/60th-anniversary-australia-malaysia/60-years-australia-in-malaysia/foreword-malaysia-prime-minister.html

https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/06/08/pm-muhyiddin-the-first-100-days

https://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2019/08/27/tun-razak-and-the-question-of-racial-dominance/

error: Content is protected !!