vaksin BCG
Mengapakah Vaksin BCG Adalah Penting?

BCG adalah akronim yang merujuk kepada Bacillus Calmette Gurrain. Vaksin BCG mengandungi jenis mycobacterium bovis iaitu bakteria (kuman) yang menyebabkan tuberkulosis (TB) pada lembu.

Ia menggunakan kuman TB hidup yang telah diubahsuai di dalam makmal supaya ia tidak akan menyebabkan penyakit pada individu sihat.

Vaksin BCG adalah suntikan yang diberikan pada kanak – kanak yang mempunyai risiko tinggi dijangkiti TB. Bakteria tersebut diubah suai supaya tidak menyebabkan jangkitan TB, tetapi merangsang sistem imun untuk membuatkan bayi anda mempunyai ketahanan terhadap penyakit.

Bilakah ia diberikan?

Di Malaysia vaksin BCG diberikan sebagai salah satu Program Imunisasi Malaysia, diberikan semasa bayi baru lahir. Bagi individu yang tidak mempunyai parut akan diberikan suntikan sekali lagi ketika darjah satu.

Di manakah ia disuntik?

Ia disuntik di antara lapisan kulit di bahagian lengan kiri bahagian atas berhampiran bahu pada bayi, disuntik oleh pegawai perubatan yang bertanggungjawab dan terlatih untuk memberikan vaksin.

Adakah vaksin BCG selamat?

Dalam kebanyakan keadaan vaksin adalah selamat. Seperti vaksin lain, BCG boleh menyebabkan reaksi buruk yang serius dan bertanyalah pada doktor anak anda untuk informasi lanjut.

Reaksi terhadap vaksin

Selepas diberikan vaksin, terdapat pembengkakan kecil di tempat suntikan diberi di mana kemudiannya ia akan hilang dapat masa sehari.

Namun begitu, selepas 6 hingga 8 minggu bengkak akan kembali muncul sekali lagi yang kelihatan seperti gigitan nyamuk.

Bengkak ini akan membesar dalam saiz dan bentuk bintik / nodul kemudiannya terpecah dan mengeluarkan cecair. Selepas itu, ulser akan kekal dan pulih lalu membentuk parut.

Seluruh proses ini akan mengambil masa 2 hingga 5 minggu. Di hujung keseluruhan proses akan ada parut berkedut yang akan kekal sepanjang hayat anda.

– Tips untuk ibu bapa atau penjaga

  • Jangan gosok atau tempat tempat yang disuntik. Jangan letak apa – apa padanya. Apabila mandi dengan sabun dan air memadai meskipun ketika terdapat ulser.

– Apa yang perlu dilakukan apabila ada bengkak yang kelihatan

  • Biarkan bengkak tersebut dan pastikan ia terdedah pada udara. Ia membantu menyembuhkannya dengan cepat.
  • Pastikan tempat yang disuntik sentiasa bersih

– Apa yang anda tidak boleh lakukan

  • Jangan garu, picit atau buat sesuatu pada bengkak tersebut
  • Jangan sapu atau aplikasikan apa – apa krim, ubat, minyak atau salap
  • Jangan aplikasikan antiseptik
  • Jangan tampal plaster melekat atau balutan yang ketat kerana ia akan melambatkan proses pemulihan
  • Lengan bayi anda di mana vaksin BCG disuntik tidak sepatutnya digunakan untuk sekurang – kurangnya 3 bulan selepas suntikan vaksin BCG untuk apa – apa vaksin lain.

– Kulit berparut, bagaimana ia boleh berlaku?

Vaksin memberikan tindak balas biasa seperti kemerahan dan atau bengkak kecil di tempat suntikan. Kemudian selepas hilang, tumbuh semula sebagai ulser selama beberapa minggu. Apabila ia mula sembuh, ia akan menjadi kupingan dan akhirnya membentuk parut rata berkedut yang kecil.

Jangan khuatir para ibu bapa, parut suntikan BCG adalah normal dan menandakan anak anda telah membina daya ketahanan imun di dalam tubuh badannya berbanding kanak – kanak yang tidak mempunyai parut BCG.

Adakah vaksin BCG masih diperlukan di Malaysia?

Malaysia sedang berkembang pesat sebagai negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom. Peningkatan infrastruktur seperti perumahan, nutrisi dan kemampuan rawatan menyumbang pada kekurangan kes TB  di kalangan negara maju.

Namun begitu Malaysia masih berada di paras endemik untuk tuberkulosis. Individu yang dijangkiti TB di Malaysia tidak berkurangan setiap tahun.

WHO (Organisasi Kesihatan Sedunia) menganggarkan terdapat hampir 20 juta kes aktif TB dan mereka yang menyebabkan jangkitan kepada 50 hingga 100 juta orang setiap tahun dan kebanyakannya adalah kanak – kanak.

Kematian tahunan disebabkan oleh TB dalam anggaran 3 juta dan 80% berlaku di negara yang membangun yang kebanyakannya di Asia dan Afrika.

Sesetengah jenis bakteria TB telah membentuk ketahanan terhadap satu atau lebih ubat – ubatan yang diambil untuk merawat TB menyebabkan ia bertambah sukar untuk dirawat.

Selepas berlakunya HIV pada tahun 1980, lebih banyak kes TB dikesan, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Hal ini kerana HIV melemahkan sistem imun seseorang, membuatkan mereka lebih terdorong mendapatkan jangkitan TB.

Peningkatan pelancongan antarabangsa membolehkan manusia melancong secara meluas dan menyebabkan penyebaran penyakit. Jadi, kita masih memerlukan suntikan BCG bagi mengelak daripada penyakit.

Adakah vaksin ini efektif?

Di Malaysia, di mana TB masih endemik, kanak – kanak mudah dijangkiti kuman ini di awal usia mereka dan membentuk apa yang dipanggil kompleks primer.

Dalam kalangan kanak – kanak yang berusia bawah 5 tahun, jangkitan ini boleh merebak dan menyebabkan bentuk tuberkulosis yang serius seperti jangkitan TB yang melibatkan otak (TB Meningitis), TB yang melibatkan pelbagai organ (jangkitan serentak paru – paru serta otak dan abdomen, sebagai contoh).

Bentuk ini adalah serius, menyebabkan kematian dan ketidakupayaan atau kecacatan, tidak seperti orang dewasa yang selalunya mengalami jangkitan TB paru – paru.

Apa yang boleh dilakukan oleh vaksin?

Dengan adanya vaksin ini membantu dalam meransang proses semula jadi jangkitan. Ia menyebabkan badan menghasilkan kompleks primer. Hal ini membawa kepada imuniti menentang penyakit.

Apabila kanak – kanak terdedah pada orang dewasa yang dijangkiti TB, mereka juga boleh dijangkiti dengan bentuk TB yang lebih liar TETAPI dengan adanya vaksin BCG akan membantu menghalang jangkitan ini daripada menjadi serius atau mengehadkan penyebaran.

Ini bermakna anak anda yang disuntik vaksin BCG dilindungi menentang bentuk serius TB. Namun begitu ia TIDAK MELINDUNGI anda daripada bentuk TB dewasa, jangkita TB paru – paru atau pulmonari.

Kesan sampingan vaksin BCG

Vaksin ini tidak menyebabkan demam. Dalam sebilangan kanak – kanak, 1% – 2% bayi yang menerima vaksin, lengan mereka menjadi bengkak kelenjar di mana suntikan vaksin diberikan.

Ia selalunya berlaku 2 – 4 bulan selepas vaksin diberikan dan tidak menyebabkan simptom lain seperti demam berpanjangan atau hilang selera makan atau berat badan.

Jika hal ini berlaku, sila bawa anak anda berjumpa dengan doktor. Doktor akan memeriksa anak anda untuk memastikan tidak ada bengkak kelenjar lain atau tanda – tanda lain yang membawa kepada diagnosis lain.

Komplikasi ini dipanggil BCG berkaitan lymphadenitis selalunya hilang dengan sendiri tanpa apa – apa rawatan. Doktor anda akan memberitahu maklumat lanjut pada anda kemudiannya.

SUMBER

https://www.majalahsains.com/perasan-parut-di-lengan-kiri-anda-ini-sebab-kenapa-dulu-kita-kena-suntik-bcg/

https://www.healthed.govt.nz/resource/bcg-vaccine-information-parents-%E2%80%93-english-version

https://www.healthywa.wa.gov.au/Articles/S_T/Tuberculosis-BCG-Vaccination

http://www.myhealth.gov.my/en/bcg-tb/

http://drzubaidi.com/blog/mengapa-suntikan-bcg-menjadi-parut/

Summary
Mengapakah Vaksin BCG Adalah Penting?
Article Name
Mengapakah Vaksin BCG Adalah Penting?
Description
BCG adalah akronim yang merujuk kepada Bacillus Calmette Gurrain. Vaksin BCG mengandungi jenis mycobacterium bovis iaitu bakteria (kuman) yang menyebabkan tuberkulosis (TB) pada lembu.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: