mengantuk berlebihan
Mengantuk berlebihan dianggarkan menjejaskan seramai 18 peratus daripada populasi dan ia sering dianggap tidak serius.

Pengenalan

Mengantuk berlebihan dianggarkan menjejaskan seramai 18 peratus daripada populasi dan ia sering dianggap tidak serius.

Masalah mengantuk berlebihan adalah rasa mengantuk pada siang hari. Berbeza dengan keletihan yang berkaitan dengan kekurangan tenaga, mengantuk berlebihan boleh membuatkan anda berasa sangat letih sehingga ia mengganggu urusan harian anda seperti sekolah, kerja dan mungkin hubungan sosial dan fungsi harian anda.

Kunci utama untuk mengatasi masalah rasa ngantuk berlebihan adalah menentukan puncanya. Terdapat beberapa masalah melibatkan tidur yang mengakibatkan anda menguap sepanjang hari.  

Penerangan

Mengantuk berlebihan bukanlah satu gangguan namun ia merupakan simptom bagi kekurangan tidur atau masalah kesihatan lain.

Individu yang mengalami rasa mengantuk berlebihan mungkin turut mengalami perkara-perkara berikut:

  • Keletihan.
  • Kecelaruan mental.
  • Ketidakupayaan untuk memberi tumpuan.
  • Lemah.
  • Kelesuan.

Mengantuk yang berlebihan juga boleh menyebabkan:

  • Kesukaran untuk bangun dari tidur atau turun dari katil pada waktu pagi.
  • Berasa lembap dan tidak aktif sepanjang hari.
  • Kerap terlelap sepanjang hari.
  • Tertidur pada waktu yang tidak sesuai, seperti semasa memandu atau semasa makan.
  • Kurang memberi perhatian.
  • Kesukaran mengingati sesuatu sepanjang hari.
  • Kesukaran menumpukan perhatian.
  • Kerengsaan.

Anda mungkin mengalami simptom tambahan jika mengantuk berlebihan diakibatkan oleh keadaan kesihatan lain.

Penyebab yang berkemungkinan

Masalah tidur boleh berpunca dari pelbagai sebab seperti mabuk udara, kerja yang bertukar syif, atau mengelakkan tidur untuk melakukan sesuatu kerja.

Ramai yang mengelakkan tidur dan sesetengah daripada mereka mungkin mengalami gangguan tidur seperti apnea tidur, sindrom kaki resah atau narkolepsi. Manakala, individu yang bekerja syif pula mungkin mempunyai gangguan tidur syif kerja yang dikaikan dengan masalah mengantuk berlebihan sewaktu kerja malam dan insomnia apabila mereka cuba untuk tidur pada siang hari.

Apa pun sebabnya, masalah ini semakin berleluasa, di kalangan pesakit dan doktor. Terdapat ramai lelaki dan wanita yang tidak dapat tidur dengan mencukupi untuk menyelesaikan tugas mental atau yang berjuang untuk terus berjaga semasa memandu serta ramai yang meninggal di ruang menunggu.

Malah, ada yang cuba mengatasi rasa mengantuk berlebihan ini melalui pengambilan kafein atau bahan perangsang. Pesakit mungkin akan mengadu mengalami insomnia kerana minum minuman berkafein yang terlalu banyak di waktu petang. Mereka sebenarnya mengantuk namun akhirnya mereka mendapat masalah insomnia sekunder pula disebabkan kafein.

Bila perlu menghubungi doktor

Gangguan tidur secara umum ditakrifkan sebagai masalah fizikal atau psikologikal yang menjejaskan keupayaan anda untuk tidur atau menyebabkan peningkatan rasa mengantuk di waktu pagi. Semua individu boleh mengalami masalah untuk tidur dari semasa ke semasa, namun anda mungkin mempunyai gangguan tidur sekiranya:

  • Anda kerap mengalami kesukaran untuk tidur.
  • Anda sering letih pada siang hari, walaupun telah tidur sekurang-kurangnya tujuh jam pada malam sebelumnya.
  • Keupayaan untuk melakukan aktiviti siang hari anda berkurangan.
  • Rakan atau pasangan anda memberitahu bahawa anda sering berdengkur dengan kuat dan terkadang berhenti bernafas sewaktu tidur.

Ianya adalah penting untuk menerokai penyebab yang berkemungkinan dan penyelesaian bagi masalah tidur dan rasa mengantuk berlebihan pada siang hari ini. Satu cara untuk menilai kualiti tidur serta sama ada anda mempunyai gangguan tidur atau tidak adalah dengan mengenalpasti ciri-ciri pelbagai gangguan tidur. Selain itu, menjejaki tabiat tidur anda dengan menyimpan diari tidur juga boleh membantu anda dan doktor mengenal pasti masalah anda.

Apa yang boleh diharapkan di klinik

Diagnosis yang tepat bagi mencari penyebab utama masalah mengantuk berlebihan adalah penting untuk menentukan rawatan yang terbaik buat anda. Sewaktu prosedur diagnostik, doktor mungkin akan bertanyakan beberapa soalan mengenai gaya hidup, tabiat dan ubat-ubatan yang anda ambil. Malah, doktor juga akan bertanyakan soalan yang berkaitan dengan kesihatan mental.

Dalam sesetengah kes, doktor akan menjalankan ujian diagnostik seperti berikut:

  • Kajian tidur yang dipanggil polysomnography: Ujian ini merekodkan gelombang otak, paras oksigen dan pergerakan badan anda semasa tidur untuk menilai kitaran tidur anda.
  • Electroencephalogram: Ujian tidak invasif ini merekodkan aktiviti elektrik di dalam otak anda.

Rawatan

Rawatan khusus bagi masalah mengantuk berlebihan bergantung sepenuhnya kepada punca yang menjadi penyebabnya.

Kebanyakan penjagaan kesihatan profesional tidak mahu menetapkan ubat yang boleh menyebabkan ketagihan bagi membantu anda tidur. Malah, individu yang menerima preskripsi ubat tidur disyorkan agar tidak mengambilnya setiap hari.

Walau bagaimanapun, beberapa perubahan gaya hidup umum boleh membantu anda mendapatkan tidur malam yang lebih baik. Ini termasuklah:

  • Makan makanan yang sihat dan seimbang.
  • Mengehadkan pengambilan kafein dan alkohol.
  • Melakukan olahraga secara teratur.
  • Mewujudkan persekitaran tidur yang santai.
  • Mandi air panas sebelum tidur.
  • Menjaga jadual tidur dengan konsisten.

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/326807.php#summary

https://www.healthline.com/health/excessive-sleepiness#7

https://www.webmd.com/sleep-disorders/features/sleepy-all-the-time#2

Summary
Mengantuk Berlebihan (Excessive Sleepiness)
Article Name
Mengantuk Berlebihan (Excessive Sleepiness)
Description
Mengantuk berlebihan dianggarkan menjejaskan seramai 18 peratus daripada populasi dan ia sering dianggap tidak serius.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: