menara

Negara yang tersenarai mempunyai Menara Pencakar Langit di dunia membuktikan bahawa mereka adalah negara maju dan membangun mengikut peredaran zaman dan masa. ini 10 menara pencakar langit tertinggi di dunia untuk tahun 2021/2022.

  1. Menara CITIC (Beijing, China)

menara

Dibina pada tahun 2013 dan siap pada tahun 2018, bangunan ini mempunyi ketinggian 528 m dengan 109 tingkat. Menara CITIC merupakan bangunan pejabat.

  1. Pusat Kewangan Guangzhou CTF (Guangzhou, China) & Pusat Kewangan Tianjin CTF (Tianjin, China)

Pusat Kewangan Guangzhou CTF memiliki 111 tingkat dan siap sepenuhnya pada tahun 2016.

menara

Pusat Kewangan Tianjin CTF siap sepenuhnya pada tahun 2019 dan mempunyai 97 tingkat.

menara

Ketinggan bagi kedua-dua bangunan ini adalah sama iaitu 530m walupun jumlah tingkat bagi kedua-dua bangunan ini tidak sama.

  1. One World Trade Centre (New York, Amerika Syarikat)

menara

One World Trade Centre mempunyai ketinggian 541m dan 94 tingkat.
Mula dibuka pada tahun 2014.
Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di Amerika Syarikat dan di Benua Amerika dan bukan terletak di Asia.

  1. Menara Lotte World (Seoul, Korea Selatan)

menara

Menara Lotte World adalah bangunan pencakar langit yang mempunyai ketinggian 555m dan 123 tingkat. Banguan ini mula dibina pada tahun 2011 dan siap dibina pada tahun 2017

  1. Pusat Kewangan Ping An (Shenzen, China)

menara

Pusat Kewangan Ping An mempunyai 115 tingkat dengan 599m.
Bangunan ini juga merupakan banguan yang kedua tertinggi di China.
Kohn Pedersen Fox Associates merupakan pereka bentuk bagi bangunan ini.
Dibina pada tahun 2010 dan siap dibina pada tahun 2017 dengan menelan kos U$D1.5 Billion.

  1. Menara Abraj Al-Bait (Mekah, Arab Saudi)

menara

Menara Abraj Al-Bait dibina pada tahun 2004 dan siap pada tahun 2011 dengan ketinggian 601m dan 120 tingkat. Ia telah menelan kos sebanyak U$D15 Billion. Menara Abraj Al-Bait juga merupakan sebuah kompleks yang dibina di atas tanah suci umat Islam iaitu Mekah. Bukan sahaja sebuah banguan pencakar langit yang tinggi tetapi bangunan ini juga memiliki jam yang terbesar di dunia.

  1. Menara Shanghai (Shanghai, China)

menara

Menara Shanghai dibangunkan oleh Shanghai Tower Construction & Development dan direka oleh Gensler
Menara pencakar langit ini mempunyai ketinggian 632m dan 128 tingkat disamping memiliki jumlah keluasan kawasan sekitar 380,000m².
Kos bagi membangunkan bangunan ini adalah US$2.4 billion dan siap dibina pada tahun 2015.
Menara Shanghai juga merupakan bangunan tertinggi di China.

  1. Merdeka PNB 118 (Kuala Lumpur, Malaysia)

menara

Menara Merdeka PNB 118 masih dalam pembinaan dan dijangka siap siap pada tahun 2022
Merdeka PNB118 mempunyai 118 tingkat dan ketinggiannya adalah 644 m.
Terletak di dalam kawasan Plaza Rakyat, MBSKL, Stadium Merdeka dan Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Permodalan Nasional Bhd adalah syarikat yang membiayai projek ini dengan bajet sebanyak RM5 bilion.
Menara ini akan menjadi bangunan tertinggi di Asia Tenggara dan Asia Timur sekaligus menjadi bangunan tertinggi di Malaysia, menggantikan Bangunan Berkembar Petronas.

Reka bentuk menara ini diilhamkan daripada Tunku Abdul Rahman yang sedang berdiri melaungkan kemerdekaan pada tahun 1957. Dan ia, Terdiri daripada 400,000m² ruang kediaman, hotel dan komersial.
Secara tidak langsung kita perlulah menghargai dan menghayati erti sebenar kemerdekaan negara kita selama ini selain daripada berbangga dengan adanya bangunan ini.

  1. Burj Khalifa (Dubai, Emeriah Arab Bersatu)

menara

Burj Khalifa merupakan banggunan menara pencakar langit di dunia tertinggi dengan mempunyai 163 tinggkat dan ketinggian mencecah 828m serta mempunyai Lif terlaju di dunia dengan kelajuan 18 m/s.
Dikenali sebagai Downtown Burj Khalifa di sepanjang Jalan Sheikh Zayed, berhampiran kawasan perniagaan utama Dubai dan merpakan projek pembangunan yang mempunyai keluasan 2km²
Pembinaan Menara Burj Khalifa ini bermula pada 2004 dan siap pada tahun 2010 dan Jumlah kos perbelanjaan projek ini dianggarkan dalam USD1.5 bilion.

Sekarang telah banyak Menara Pencakar langit di dunia kita temui bagi mengambarkan kemajuan sesuatu negara tidak terkecuali di Malaysia. Tetapi menurut kepercayaan orang islam, apabila semakin banyak Menara pencakar langit dibina maka semakin hampir dengan hari kiamat kerana ia merupakan tanda kiamat kecil. Wallahualam.

Semoga maklumat yang dikongsi ini dapat memberi maklumat kepada anda.

sumber:

https://www.kerisdigital.com/2021/02/10-pencakar-langit-tertinggi-di-dunia.html

Summary
Menara Pencakar Langit di Dunia
Article Name
Menara Pencakar Langit di Dunia
Description
Menara Pencakar Langit di dunia membuktikan bahawa mereka adalah negara maju dan membangun mengikut peredaran zaman dan masa.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: