Ramai orang yang menghidap penyakit kencing manis ataupun diabetes, mungkin tertanya-tanya sama ada suplemen memang boleh membantu mengawal penyakit kencing manis. Luangkan beberapa minit untuk mengetahui bagaimana penyakit ini dan suplemen tambahan boleh menjadi campuran yang baik atau persediaan untuk masalah.

Suplemen tambahan adalah vitamin, mineral dan komponen nutrisi pemakanan lain seperti herba. Suplemen kadang-kadang dapat memberi nutrisi tambahan kepada orang yang mempunyai masalah kesihatan khas, termasuk kencing manis. Setakat ini, tidak ada kajian yang mencukupi untuk menyokong cadangan khusus untuk suplemen dan kending manis. Oleh itu, kebanyakan penghidap diabetes masih perlu mengambil ubat preskripsi tradisional untuk mengawal kadar gula dalam darah mereka.

Ubat yang dipreskripsi oleh doktor yang dapat menguruskan kadar gula dalam darah adalah:

  • terapi insulin
  • metformin (Glucophage, Glumetza, lain-lain)
  • sulfonilurea
  • meglitinides

Diet pemakanan yang sihat, aktiviti fizikal, dan penjagaan berat badan yang sihat adalah yang keutamaan pertama, dan kadang-kadang, yang paling penting dalam rawatan diabetes. Walau bagaimanapun, apabila itu tidak mencukupi untuk mengekalkan kadar gula dalam darah anda, doktor anda akan memutuskan ubat mana yang paling sesuai untuk anda.

Bersamaan dengan rawatan seperti ini, ramai penghidap kencing manis mencuba pelbagai ramuan dan suplemen untuk memperbaiki diabetes mereka. Perawatan alternatif ini diharapkan dapat membantu mengawal kadar gula dalam darah, mengurangkan daya tahan terhadap insulin dan mencegah komplikasi yang berkaitan dengan diabetes. Tetapi seperti yang disebutkan di atas, bukti adalah terhad setakat ini bahawa suplemen mempunyai manfaat terhadap manusia.

Kesan Suplemen

Namun begitu, sebilangan suplemen telah menunjukkan hasil yang menjanjikan sebagai rawatan alternatif terhadap diabetes. Ini termasuk yang berikut:

Kayu Manis (Cinnamon)

  • Perubatan Cina telah menggunakan kayu manis untuk tujuan perubatan selama beratus-ratus tahun.  Ia telah menjadi subjek banyak kajian untuk menentukan kesannya terhadap kadar glukosa darah. Satu kajian pada tahun 2011, daripada sumber yang dipercayai menunjukkan bahawa kayu manis, walau dalam bentuk keseluruhan atau ekstrak, membantu menurunkan kadar glukosa darah puasa. Walaupun terdapat banyak kajian, masih belum jelas sama ada kayu manis membantu menurunkan gula darah pada orang yang menghidap penyakit kencing manis. Beberapa kajian menunjukkan manfaat daripada rempah tersebut. Tetapi yang lain belumnya.
  • Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan apakah, dan bagaimana, suplemen kayu manis dapat membantu penghidap penyakit kencing manis.
  • Bagi kebanyakan orang, suplemen kayu manis kelihatan selamat, sekurang-kurangnya untuk penggunaan jangka masa pendek. Tetapi dos yang tinggi boleh menyebabkan masalah bagi orang yang mempunyai penyakit hati.

Kromium (Chromium)

  • Kromium adalah unsur jejak penting. Ia digunakan dalam metabolisme karbohidrat. Walau bagaimanapun, penyelidikan mengenai penggunaan kromium untuk rawatan diabetes bercampur-campur. Dos yang rendah adalah selamat bagi kebanyakan orang, tetapi ada risiko bahawa kromium boleh menyebabkan gula darah terlalu rendah. Dos yang tinggi juga berpotensi menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Vitamin B-1

  • Vitamin B-1 juga dikenali sebagai tiamin. Ramai orang yang menghidap diabetes adalah kekurangan tiamin. Ini mungkin menyumbang kepada beberapa komplikasi diabetes. Tiamin rendah dikaitkan dengan penyakit jantung dan kerosakan saluran darah.
  • Tiamin larut dalam air. Ia mengalami kesukaran untuk memasuki sel di mana ia diperlukan. Walau bagaimanapun, benfotiamine, adalah bentuk tambahan tiamin yang berlarut dalam lipid. Ia lebih mudah menembusi membran sel. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa benfotiamine dapat mencegah komplikasi diabetes. Walau bagaimanapun, kajian lain tidak menunjukkan kesan yang positif.

Asid Alfa-Lipoik (Alfa-Lipoic Acid)

Asid alfa-lipoik (ALA) adalah antioksidan yang kuat. Beberapa kajian menunjukkan bahawa ia mungkin boleh:

  • mengurangkan tekanan oksidatif
  • menurunkan kadar gula dalam darah puasa
  • mengurangkan daya tahan insulin

Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan. Selanjutnya, asid alfa-lipoik perlu diambil dengan berhati-hati, kerana ia berpotensi menurunkan kadar gula darah ke tahap yang berbahaya.

Peria (Bitter Melon)

Peria digunakan untuk merawat keadaan yang berkaitan dengan diabetes di negara-negara seperti Asia, Amerika Selatan dan lain-lain. Terdapat banyak data mengenai keberkesanannya sebagai rawatan diabetes untuk kajian haiwan dan makmal.

Walau bagaimanapun, terdapat data manusia yang terhad mengenai peria. Tidak ada kajian klinikal yang mencukupi terhadap manusia. Kajian manusia yang ada Setaka ini tidak berkualiti tinggi.

Teh Hijau (Green Tea)

Teh hijau mengandungi polifenol, yang merupakan antioksidan.

Antioksidan utama dalam teh hijau dikenali sebagai epigallocatechin gallate (EGCG). Kajian makmal menunjukkan bahawa EGCG mungkin mempunyai banyak manfaat kesihatan termasuk:

  • merendahkan risiko penyakit kardiovaskular
  • pencegahan diabetes jenis 2
  • peningkatan kawalan glukosa
  • aktiviti insulin yang lebih baik

Kajian pada pesakit diabetes tidak menunjukkan faedah kesihatan. Walau bagaimanapun, teh hijau pada amnya dianggap selamat.

Resveratrol

Resveratrol adalah bahan kimia yang terdapat dalam wain dan anggur. Dalam model haiwan, ia membantu mencegah gula darah tinggi. Kajian haiwan juga menunjukkan bahawa ia dapat mengurangkan tekanan oksidatif. Walau bagaimanapun, data penggunaan Resveratrol terhadap manusia adalah terhad. Adalah terlalu awal untuk mengetahui sama ada suplemen ini dapat membantu diabetes.

Magnesium (Magnesium)

Magnesium adalah nutrien yang penting untuk membantu mengawal tekanan darah. Ia juga membantu mengaturkan kepekaan insulin. Magnesium tambahan dapat meningkatkan kepekaan insulin untuk pesakit diabetes.

Diet magnesium yang tinggi juga dapat mengurangkan risiko diabetes. Para penyelidik menemui kaitan antara pengambilan magnesium yang lebih tinggi dengan kadar ketahanan insulin dan diabetes yang lebih rendah. Tetapi adakah suplemen magnesium dapat membantu melegakan atau mengurangkan masalah ini masih belum diketahui.

Daripada senarai ini, kelihatan terdapat sejumlah suplemen tambahan semula jadi yang boleh digunakan untuk mengatasi penyakit kencing manis.

Walaupun demikian, terdapat sebilangan suplemen popular yang boleh mempunyai interaksi negatif dengan ubat diabetes dan gula darah. Zink adalah salah satu suplemen tambahan popular yang dapat mempengaruhi tahap glukosa darah anda secara negatif. 

Walaupun senarai ini nampaknya dapat membantu banyak pesakit diabetes, ia mungkin akan mempunyai interaksi negatif dengan beberapa ubat anda. Oleh itu, ia adalah penting untuk anda berjumpa dengan doktor anda sebelum menambahkan sebarang suplemen ataupun vitamin untuk rawatan diabetes.

Sumber:

https://www.webmd.com/diabetes/diabetes-dietary-supplements

https://www.healthline.com/health/type-2-diabetes/herbs-supplements#using-supplements

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/expert-answers/diabetes/faq-20058472

Summary
Mempertimbangkan Pengambilan Suplemen Untuk Kencing Manis?
Article Name
Mempertimbangkan Pengambilan Suplemen Untuk Kencing Manis?
Description
Ramai orang yang menghidap penyakit kencing manis ataupun diabetes, mungkin tertanya-tanya sama ada suplemen memang boleh membantu mengawal penyakit kencing manis. Luangkan beberapa minit untuk mengetahui bagaimana penyakit ini dan suplemen tambahan boleh menjadi campuran yang baik atau persediaan untuk masalah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: