subjek dan predikat

Untuk menulis sesuatu ayat yang lengkap atau dapat menyampaikan maklumat, anda perlu mempunyai konstituen subjek dan predikat. Memahami perbezaan subjek dan predikat adalah asas dalam penulisan, supaya setiap ayat yang ditulis dapat disampaikan degan tepat. Memahami perbezaan subjek dan predikat adalah penting.

APA ITU SUBJEK

Subjek biasanya terdiri daripada frasa nama iaitu pelaku yang memberi tahu kita siapa atau apa yang melakukan sesuatu Tindakan. Frasa kerja dan frasa adjektif yang berfungsi sebagai frasa nama juga boleh menjadi subjek dalam ayat. Frasa nama subjek boleh terdiri daripada:

  • Kata Nama Am
  • Kata Nama Khas
  • Kata Nama Terbitan
  • Kata Ganti Diri
  • Kata Ganti Nama Tunjuk
  • Kata Kerja
  • Kata Adjektif

Kita jugak boleh mengenalpasti subjek dengan mencari kata kerja utama dan kemudian tanya soalan siapa atau apa yang melakukan tindakan tersebut. Contoh:

Siti mengejar Nurul untuk mendapatkan gula-gula.
Kata kerja utama: mengejar
Maka, kita tanya siapa yang mengejar?
Dan kita akan dapat jawapan: Siti adalah subjek kerana dia yang mengejar.

Kata Nama Am Sebagai Subjek
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda, perkara atau konsep umum.

  • benda: sekolah, kereta, cakerawala
  • perkara: roh, udara, iklim
  • konsep: kesejahteraan, perpisahan, keindahan

Contoh Ayat: Rumah itu besar dan cantik.
Subjek = Rumah itu
Predikat = besar dan cantik

Contoh Ayat: Pegawai keselamatan itu memeriksa seluruh kawasan sekolah.
Subjek = Pegawai keselamatan
Predikat = itu memeriksa seluruh kawasan sekolah

Kata Nama Khas Sebagai Subjek
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama orang, haiwan, benda, institusi, undang-undang dan seumpamanya. Biasanya huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Kata nama khas boleh dibahagikan kepada subgolongan

  • Hidup Manusia / Bukan manusia
  • Tak hidup

Contoh Ayat: Azizul Hakim seorang pelajar yang baik.
Subjek = Azizul Hakim
Predikat = seorang pelajar yang baik.

Contoh Ayat: Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah terletak di Subang.
Subjek = Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
Predikat = terletak di Subang.

Kata Nama Terbitan Sebagai Subjek
Terhasil daripada proses pengimbuhan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata sendi nama.

Contoh Ayat: Masakan Laila sedap.
Subjek = Masakan Laila
Predikat = sedap.

Contoh Ayat: Kesusahan orang Kampung Sentosa mendapat perhatian Yang Berhormat kawasan tersebut.
Subjek = Kesusahan orang Kampung Sentosa
Predikat = mendapat perhatian Yang Berhormat kawasan tersebut.

Contoh Ayat: Pendidikan sangat penting dikalangan kanak-kanak.
Subjek = Pendidikan
Predikat = sangat penting dikalangan kanak-kanak.

Kata Ganti Diri Sebagai Subjek
Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua, iaitu:

  • Kata ganti nama diri tanya, yang terdiri daripada tiga: apa, siapa, mana
  • Kata ganti nama diri orang, terdiri daripada tiga jenis: pertama, kedua, dan ketiga

Contoh Ayat: Dia merupakan seorang pelajar terbaik di sekolah ini.
Subjek = Dia
Predikat = merupakan seorang pelajar terbaik di sekolah ini.

Contoh Ayat: Mereka pergi ke sekolah menaiki pengangkuatan awam.
Subjek = Mereka
Predikat = pergi ke sekolah menaiki pengangkuatan awam.

Kata Ganti Nama Tunjuk Sebagai Subjek
Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Hanya dua kata ganti nama tunjuk, iaitu: itu, ini

Contoh Ayat: Ini adalah baju sekolah yang dipinjam daripada Ahmad
Subjek = Ini
Predikat = adalah baju sekolah yang dipinjam daripada Ahmad.

Contoh Ayat: Itu adalah kawasan sunyi yang ditakuti oleh kebanyakan penduduk kampung.
Subjek = Itu
Predikat = adalah kawasan sunyi yang ditakuti oleh kebanyakan penduduk kampung.

Kata Kerja Yang Berfungsi Sebagai Subjek
Kata kerja ialah golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan.

Contoh Ayat: Beriadah merupakan aktiviti yang dapat menguatkan ukhuwah sesama manusia.
Subjek = Beriadah
Predikat = merupakan aktiviti yang dapat menguatkan ukhuwah sesama manusia

Contoh Ayat: Membaca adalah hobi yang memberi manfaat.
Subjek = Membaca
Predikat = adalah hobi yang memberi manfaat.

Kata Adjektif Yang Berfungsi Sebagai Subjek
Kata adjektif dikenali sebagai kata sifat yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti masam sekali, sudah lama sungguh, masih basah lagi dan lain-lain.

Contoh Ayat: Diam tidak bererti setuju.
Subjek = Diam
Predikat = tidak bererti setuju.

Contoh Ayat: kuning lambang diraja.
Subjek = kuning
Predikat = lambang diraja.

subjek dan predikat

APA ITU PREDIKAT


Predikat ialah bahagian yang menerangkan subjek atau tindakan yang dilakukan oleh subjek. Kata kerja utama adalah bahagian utama predikat. Predikat boleh mengandungi objek langsung, objek tak langsung, dan pelbagai elemen lain. Predikat terdiri daripada:

  • Frasa Nama
  • Frasa Kerja
  • Frasa Adjektif
  • Frasa Sendi Nama

untuk mengenalpasti predikat, anda perlu memisahkan subjek dari perkatan lain didalam ayat. Maka semua yang ditinggalkan adalah predikat. contoh:

Siti mengejar Nurul untuk mendapakan gula-gula.
Subjek = Siti
Maka, semua perkatan selepas ‘Siti’ adalah predikat.
Predikat = mengejar Nurul untuk mendapakan gula-gula

Predikat Fasa Nama
Contoh Ayat: Katak sejenis haiwan dua alam.
Subjek = Katak
Predikat = sejenis haiwan dua alam.

Contoh Ayat: Basikal itu kepunyaan saya.
Subjek = Basikal itu
Predikat = kepunyaan saya.

Predikat Fasa kerja
Contoh Ayat: Adik tidur di atas tilam.
Subjek = Adik
Predikat = tidur di atas tilam.

Contoh Ayat: Ahmad sedang membaca buku cerita.
Subjek = Ahmad
Predikat = sedang membaca buku cerita

Predikat Fasa Adjektif
Contoh Ayat: Baju Yusuf terlalu besar.
Subjek = Baju Yusuf
Predikat = terlalu besar.

Contoh Ayat: Pokok kelapa sangat tinggi.
Subjek = Pokok kelapa
Predikat = sangat tinggi

Predikat Fasa Sendi Nama
Golongan kata sendi adalah golongan kata yang digunakan untuk menghubungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi menunjukkan perkaitan antara satu perkataan/frasa dengan perkataan/frasa yang lain. Contoh di, sambil, kerana dan lain-lain lagi.

Contoh Ayat: Baju itu di dalam almari.
Subjek = Baju itu
Predikat = di dalam almari.

Contoh Ayat: Irfan dari rumah nenek di kampung.
Subjek = Irfan
Predikat = dari rumah nenek di kampung.

subjek dan pradikat

Semoga tajuk memahami perbezaan subjek dan predikat ini boleh membantu anda mengenali konstituen ini didalam setiap ayat dan dapat menjadi rujukkan.

SUMBER:

http://tintabahasamelayu.blogspot.com/2011/02/subjek-dan-predikat.html

https://ms.strephonsays.com/difference-between-subject-and-predicate

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_nama

http://tatabahasamelayumudah.blogspot.com/2016/08/kata-nama-terbitan_11.html

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_kerja

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_adjektif

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_sendi_(bahasa_Melayu)

https://danialzuher.wordpress.com/2017/02/20/pen-pensil-dan-buku-nota/

https://www.thesaurus.com/e/grammar/subject-vs-predicate/

https://www.slideshare.net/fatihahradhiah/dr-ton-sintaksis

Summary
Memahami Perbezaan Subjek dan Predikat
Article Name
Memahami Perbezaan Subjek dan Predikat
Description
Memahami perbezaan subjek dan predikat adalah asas dalam penulisan, supaya setiap ayat yang ditulis dapat disampaikan degan tepat.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: