mee sanggul

Mee sanggul tidak asing lagi seperti banyak-banyak mee yang lain. Teksturnya yang tebal dan agak kenyal ini telah digemari oleh ramai orang. Bosan dengan nasi? Marilah beralih kepada mee sanggul.

Mee sanggul selalu digunakan sebagai mee bagi masakan barat dan juga masakan Melayu di negara ini. Ia juga sering menjadi kegemaran masyarakat Cina kebiasaanya.

Mee sanggul semestinya salah satu jenis mee yang sangat popular di Malaysia, itu tidak dapat dinafikan lagi.

Jom belajar 3 resepi enak mee sanggul ini yang pasti menyelerakan dan sesuai untuk dimakan seisi keluarga. Lihat resepi-resepi di bawah.

MEE SANGGUL BASAH

Bahan-bahan:

  • 250 gram mee sanggul
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar minyak
  • 1/2 cawan daun kucai (dihiris)
  • 3 batang sosej
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap
  • 1 sudu kecil serbuk maggi secukup rasa

Kaedah penyediaan:

  1. Rendam mee sanggul dalam air selama 10 minit. Kemudian panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan serbuk cili, sos cili, kicap dan serbuk perasa. Masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan sosej.
  3. Tos mee sanggul dan masukkan ke dalam kuali, kacau rata.
  4. Pecahkan telur, dan kacau rata.
  5. Masukkan kucai. Kacau rata, tutup api. Siap untuk dihidangkan.

MEE SANGGUL UTARA

Bahan-bahan:

  • 3 paket mee sanggul
  • 2 ulas bawang merah – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 100 gm udang
  • 5 sudu besar cili kering kisar
  • 3 sudu besar sos tiram
  • kicap manis secukup rasa
  • sayur sawi
  • taugeh

Kaedah penyediaan:

  1. Rendam mee sanggul dalam air biasa hingga lembut kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan udang dan kacau seketika hingga udang berubah warna.
  5. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap manis.
  6. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan mee tadi gaul rata.
  7. Masukkan taugeh dan sayur sawi gaul hingga semuanya sebati.

MEE SANGGUL DAGING

Bahan-bahan:

  • Sebungkus mee sanggul
  • 500 g daging
  • 2 senduk kecil cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 cawan kicap
  • 2 biji telur
  • Daun kucai
  • Minyak masak 1 senduk

Kaedah penyediaan:

  • Rendamkan mee sanggul dalam air. Biarkan seketika.
  • Masukkan minyak dalam kuali dan tumis cili kisar.
  • Masukkan daging dan biarkan sehingga daging lembut.
  • Tambahkan sos dan kicap.Kacau rata.
  • Kemudian masukkan telur satu demi satu dan kacau.
  • Selepas 5 minit masukkan mee sanggul. Gaul rata mee sanggul.
  • Akhir sekali tambahkan daun kucai.Kacau sehingga daun kucai agak layu. Dah siap!

Bagi yang baru mengenali mee sanggul, anda boleh mencuba resepi di atas dan merasa sendiri keenakkan rasa dan tekstur mee sanggul tersebut. Kalori mee sanggul juga tidak begitu besar. Jadi mee sanggul boleh menjadi pengganti karbohidrat nasi anda. Selamat mencuba!

Sumber:

https://my-resepi.com/mee-sanggul-goreng-basah/

http://jendeladapursurianti.blogspot.com/2015/02/mee-sanggul-sedap-yang-femes-di-utara.html

https://cookpad.com/my/recipes/10281193-mee-sanggul-daging?ref=search&search_term=mee%20sanggul

Tagged: