mee rojak

Mee rojak dianggap sebagai salah satu salad Malaysia yang terdiri dari lobak cincang, timun, cucur udang (goreng udang), tauhu goreng, kacang goreng (tempe), kentang goreng, telur rebus dan mee kuning, dimakan dengan sos kacang manis dan pedas atau disebut sebagai kuah kacang dalam bahasa Melayu.

Keenakan mee rojak sebenarnya terletak pada rasa kuah kacang, yang terdiri daripada cili merah kering, kacang tanah, bawang, bawang putih, bawang merah, udang kering atau sotong kering, gula dan garam.

Mee rojak amat mudah didapati di seluruh pelusuk negara Malaysia kerana hidangan ini sangat popular. Ia sering dijadikan salah satu menu hidangan di kedai-kedai makan di negara kita ini.

Hari ini, kami ingin kongsikan 3 resepi mee rojak yang boleh anda cuba sendiri di rumah, tidak perlulah ke restoran dan gerai makan lagi untuk menikmatinya! Jom lihat resepi-resepinya.

MEE ROJAK TRADISIONAL

Bahan-bahan:

  • 1kg mee kuning (celur)
  • 1 biji keledek sederhana besar (rebus buang kulit dan kisar halus)
  • 1/2 cawan biji bijan (goreng tanpa minyak dan kisar halus)
  • 1 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan kisar halus)

Bahan-bahan kisar dan tumis:

  • 10 batang cili kering (rebus dan buang biji)
  • 2 biji bawang merah besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 2 sudu udang kering

Bahan-bahan perasa :

  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 5 cawan cawan air
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu makan garam
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • 1 cawan minyak untuk menumis

Kaedah penyediaan:

  1. Kisar dan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan perasa.
  3. Masukkan kacang tanah, biji bijan , keledek dan air.
  4. Biar mendidih dan angkat.

MEE ROJAK KELANTAN

Bahan-bahan kuah rojak:

  • 5 biji keledek oren
  • 3 keping kecil gula Thai atau gula Melaka
  • 2 sudu kecil garam
  • 8 tangkai cili kering, rendam dan kisar
  • 1 mangkuk air asam jawa

Bahan-bahan mee:

  • 1 kg mee kuning, cuci dan celur sebentar, toskan
  • 2 keping tauhu – goreng, potong dadu
  • 4 biji telur rebus – di belah 4
  • 2 biji ubi kentang rebus, potong dadu
  • Taugeh, celur sebentar
  • Timun hiris halus
  • Daun salad – hiris halus
  • Cucur Udang – potong kecil
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 cawan isi udang cincang
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 ikat daun kucai atau daun bawang – potong
  • 3/4 cawan air

Kaedah penyediaan kuah rojak:

  1. Keledek di rebus hingga empuk, buang kulit dan kisar dengan 1 1/2 cawan air hingga halus.
  2. Cili kisar, air asam jawa dan gula melaka dimasak hingga mendidih.
  3. Bila gula larut, masukkan keledek kisar, jika pekat tambahkan sedikit air, masukkan garambdan reneh hingga kuah hampir pekat.
  4. Kuah tidak terlalu cair atau pekat dan rasanya pedas manis.

Kaedah penyediaan mee:

  1. Gaulkan kesemua bahan, masukkan air sedikit-sedikit dan gaul rata dan adunan tidak terlalu lembik.
  2. Goreng hingga keperangan.
  3. Potong kecil dan hidang bersama mee dan bahan-bahan lain.

MEE ROJAK KUAH PASEMBUR

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg keledek ( seeloknya keledek kuning)*
  • 125 g udang *
  • 125 g kacang tanah digoreng*
  • 10 ~ 15 tangkai cili kering ( ikut tahap kepedasan )*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 biji bawang besar*
  • 2 sudu besar asam jawa yang telah diperah dengan 1/2 air tapis
  • 1/2 cawan gula
  • sedikit garam
  • 5~ 8 keping biskut marie direndam dengan sedikit air putih.

Bahan-bahan hidangan sampingan:

  • mee kuning dicelur sedikit
  • tauhu digoreng
  • taugeh dicelur sedikit
  • timun dihiris
  • sengkuang dihiris
  • sedikit cucur udang

Kaedah penyediaan:

  1. Goreng cili kering, bawang besar dan bawang putih sehingga layu sahaja dengan sedikit minyak. Bila dah layu angkat dan ketepikan. 
  2. Rebus keledek. Bila dah empuk kisar bahan bertanda * keledek,udang,bawang putih,bawang besar,cili kering dan kacang tanah sehingga hancur dan lumat.
  3. Masukkan dalam periuk bersama 4 cawan air dan masak sehingga mendidih.( boleh tambah mengikut tahap kecairan yang dikehendaki )
  4. Bila dah mendidih tambahkan air asam jawa tadi. tambahkan juga gula dan garam sehingga rata sehingga ke dasar periuk. 
  5. Bila dah seimbang kesemua rasanya tambahkan biskut marie yang telah direndam tadi.
  6. Masak lagi sehingga 35~45 minit.Sentiasa kacau kuahnya kedasar periuk. Jika menggunakan keledek yang berwarna putih dan kuahnya agak pucat boleh tambahkan sedikit pewarna oren kedalam kuah dan kacau rata.
  7. Bila semua rasa dah seimbang boleh diangkat.

Semua resepi diatas terbukti sangat sedap dan sesuai untuk seisi keluarga. Bolehlah anda cuba sendiri di rumah dan hidangkan kepada keluarga anda. Pasti mereka suka mee rojak yang enak yang anda sediakan berdasarkan resepi yang kami sediakan ini. Jadi, selamat mencuba!

Sumber:

http://anymz-mykitchen.blogspot.com/2011/04/mee-rojak.html

https://resipicitarasawan.blogspot.com/2016/09/rojak-mee-kelantan.html

http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/2013/06/rojak-mee-kuah-pasembur.html

Summary
Mee Rojak: 3 Resepi Enak Dan Lazat!
Article Name
Mee Rojak: 3 Resepi Enak Dan Lazat!
Description
Mee rojak dianggap sebagai salah satu salad Malaysia yang terdiri dari lobak cincang, timun, cucur udang (goreng udang), tauhu goreng, kacang goreng (tempe), kentang goreng, telur rebus dan mee kuning, dimakan dengan sos kacang manis dan pedas atau disebut sebagai kuah kacang dalam bahasa Melayu.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: