Mee Rebus
Foto: asianinspirations.com.au

Mee Rebus umumnya adalah hidangan mee asal Melayu yang istimewa kerana kuahnya diramu dengan ubi keledek. Rasa pedas yang digabungkan dengan serdak-serdak ubi keledek manis itu pastinya membuatkan ramai jadi tak keruan.

Siapa di sini sukakan hidangan mee berkuah? Enak dimakan panas-panas sambil hiasan sampingan yang garing umpama tauhu goreng dan cebisan daging empuk. Nah kami kongsikan Resepi Mee Rebus paling simple lagi menyelerakan!

Tidak kurangnya hebatnya, hidangan Mee Rebus ini juga telah tersebar meluas hingga ke negara jiran kita termasuklah negara Indonesia dan Singapura.

Tanpa membuangkan masa lagi, jom belajar resepinya!

Bahan-Bahan: –

  • 2 Paket Mee Kuning (dicelur)
  • Air
  • 500g Daging (dipotong kecil-kecil)
  • 700g Ubi Keledek (direbus dan dilenyek)
  • 4 Biji Bawang Merah
  • 4 Biji Bawang Putih
  • 20 Batang Cili Kering (direbus dan dibuang biji *jika tak mahu terlalu pedas)
  • 3 Batang Serai
  • 1 Biji Buah Keras
  • 3cm Lengkuas
  • Cawan Udang Kering
  • Minyak Masak
  • 1 Serbuk Kari
  • 1 Taucu
  • Garam dan Gula (secukupnya)

Bahan Hiasan: –

  • Telur (direbus dan dibelah dua)
  • Cili Hijau (Dihiris)
  • Tauhu (digoreng)
  • Taugeh (dicelur)
  • Limau Kasturi (dibelah dua)

Cara-Cara: –

  1. Didihkan air di atas api tinggi. Masukkan daging.
  2. Apabila air sudah mula menggelegak, turunkan kepanasan api ke paras serdehana. Biarkan daging masak dan tutupkan periuk agar daging lekas empuk. Keluarkan daging dan asingkan air rebusan untuk memasak kuah kemudian.
  3. Sementara menunggu daging masak, boleh rebuskan potongan kecil ubi keledek sehingga lembut dan empuk. Kemudian boleh kisar atau lenyek kasar ia menggunakan garfu.
  4. Kisarkan bawang merah bersama bawang putih. Letak tepi.
  5. Kisarkan pula cili kering (jika tak mahu terlalu pedas, boleh buang biji cili kering), lengkuas, udang kering, serai biji keras dan sedikit air agar mudah melarut bahan kisaran.
  6. Panaskan periuk bersih di atas api serdehana. Tumis bahan kisaran bawang sehingga terbit bau. Kemudian, masukkan pula bahan kisaran pes cili kering tadi. Kacau lagi sehingga semua bahan jadi sebati dan masak sempurna.
  7. Masukkan air rebusan daging ke dalam bahan tumisan. Masak sehingga mendidih. Sebaik mendidih boleh mula masukkan ubi keledek yang telah dilenyek terlebih dahulu tadi.
  8. Biarkan kuah mereneh sehingga sebati dan kacau setiap beberapa minit sekali.
  9. Hasilnya kuah akan ajdi pekat dan berserdak.
  10. Boleh makan bersama mee kuning yang telah dicelur sambil dihiasi bahan sampingan seperti telur rebus, taugeh, tauhu goreng yang dihiris, bawang goreng dan cili hijau. Lebih enak kalau diperah limau kasturi!

Lebih Banyak Ubi Keledek, Lebih Pekat Konsistensi Kuah

Untuk pengetahuan semua, ada sahaja resepi mee rebus yang menggunakan ubi kentang biasa. Tetapi alangkah lebih lazat rasa kuah mee rebus jika menggunakan ubi keledek kerana rasa manisnya dan ia juga berfungsi untuk memekatkan kuah.

Lebih banyak ubi keledek, lebih pekatlah kuah. Bila kuah semakin pekat, maka lebih sedaplah rasa Mee Rebus itu.

Petua Agar Kuah Mee Rebus Lebih Sedap

Kalau kamu nak tahu, rasa kuah mee rebus akan jadi lebih ‘kaw’ jika ianya ditinggalkan semalaman.

Ini kerana, ramuan di dalam kuah akan lebih mesra andai ia diberikan masa untuk berehat lama sebelum dinikmati.

Jadi kalau kamu teringin untuk menikmati hidangan Mee Rebus dengan cara dan rasa yang lebih mengancam. Boleh cuba masak dan simpan kuah tersebut semalaman di dalam peti ais. Jangan risau, kuah yang disimpan rapi boleh bertahan sehingga 3 ke 4 hari lamanya.

Keesokan harinya sebelum kamu menikmatinya, pastikan kamu keluarkannya terlebih dahulu dan memanaskan kuah tersebut. Percayalah, memang Mee Rebus tersebut akan terasa lebih sedap daripada biasa.

Kalau tak percaya, boleh cuba dahulu.

Selamat mencuba!

SUMBER

https://www.nyonyacooking.com/recipes/mee-rebus~kENqadbek

Summary
Mee Rebus: Resepi Yang Simple Lagi Menyelerakan
Article Name
Mee Rebus: Resepi Yang Simple Lagi Menyelerakan
Description
Mee Rebus umumnya adalah hidangan mee asal Melayu yang istimewa kerana kuahnya diramu dengan ubi keledek. Rasa pedas yang digabungkan dengan serdak-serdak ubi keledek manis itu pastinya membuatkan ramai jadi tak keruan.
Tagged: